DIPETIK DARI BLOG : PANGLIMA PERANG CYBER
RABU, 2008 SEPTEMBER 17
LOMPAT PARTI TAK SALAH : TOK GURU NIK AZIZ
Utusan Online
KOTA BHARU . - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat, tidak menjadi kesalahan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan dengan memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti.
Katanya, apa yang dilakukan Anwar adalah selaras dengan kehendak demokrasi, mengikut peruntukan undang-undang dan sejajar dengan tuntutan masa dan keadaan.
"Kalau Anwar tidak buat macam itu, nak buat macam mana lagi, sementara menunggu pilihan raya, buat macam ini dulu.
"Dalam pilihan raya, jika berlaku penipuan dan rasuah, tidak akan ada perubahan kuasa itu," katanya kepada pemberita selepas sambutan ulang tahun ke-18 Akaun Amanah Kebajikan Darulnaim, di sini hari ini.
Beliau ditanya berhubung dengan kegagalan Anwar menubuhkan kerajaan baru pada hari ini sebagaimana yang diuar-uarkan.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tarikh perubahan kuasa itu tidak penting kerana lebih penting adalah merealisasikan hasrat pembangkang bila sampai masanya.
Beliau yakin, biar apa yang diharapkan oleh Anwar belum menjadi kenyataan hari ini, namun ia bukan satu angan-angan Mat Jenin seperti yang dikatakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Abdul Hadi dilaporkan membuat kenyataan itu sebagai mengulas kemungkinan berlaku peralihan kuasa pada hari ini seperti yang digembar-gemburkan sekian lama.
"Dalam berpolitik tidak ada istilah sedemikian. Orang politik tidak ada Mat Jenin dan dia akan buat jadi kenyataan," ujar Nik Abdul Aziz.

Dicatat oleh ELBI RISALAH di 9/17/2008 06:21:00 AM
DIBAWAH INI PULA : LOMPAT PARTI YANG SALAH
Adun Pakatan Rakyat yang lompat pengkhianat: Tok Guru Nik Aziz
Written by Editor
Written by Editor
Thursday, 05 February 2009 00:25
Kota Bharu - Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan perbuatan berpaling tadah di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat sehingga tumbangnya kerajaan negeri adalah pengkhianatan kepada penyokong mereka yang bersusah payah berkempen ketika pilihan raya umum lalu.
Justeru, beliau masih berharap pilihan raya negeri diadakan di Perak, bagi membolehkan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional kembali kepada rakyat mendapatkan mandat baru untuk membentuk kerajaan."Saya rasa cukup dukacita apabila timbul cerita wakil rakyat hilang selama dua tiga hari dan kemudian nak melompat. Saya tak faham macam mana keadaan ini boleh berlaku di Malaysia. Manusia macam ni patut dilemparkan dengan kasut."Selepas dapat undi dalam pilihan raya, tiba-tiba mereka jual (berpaling tadah). Perbuatan ini pastinya ada perancang yang memujuk mereka sebagai cara mudah mencari majoriti (membentuk kerajaan). "Kalau begini, lebih baik tak payah diadakan pilihan raya, sebaliknya cukup diagihkan duit saja," katanya kepada pemberita di rumahnya di Pulau Melaka, di sini, petang tadi.BHrian Online memetik beliau menyifatkan, hanya pemimpin yang rasuah saja sanggup berpaling tadah sehingga menyebabkan masalah pergolakan politik di negara ini tiada kesudahan.
Peghuni Gua : Pening juga aku dibuatnya dengan fatwa yang kerap berubah yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz ni. Mana satu Tok Guru. Berhenti kejap berpolitik tu. Yang benar cakap benarlah. Lupa kot. Saya berpendapat kemungkinan besar Tok Guru lupa sebab umur semakin lanjut. Jadi dengan yang demikian saya ulangi semula dengan pemaparan ini untuk refresh balik ingatan Tok Guru. Kita orang islam ni perlu ingat mengingat.
Yang benar kita puji, yang salah kita tegur. Yang lupa kita tolong ingatkan. Itu sebab saya petik semula percakapan Tok Guru dari Blog : Panglima Perang Cyber yang juga dipetik dari blog lain. Jadi kami semua bloggers pembela negara ini akan sebar percakapan Tok Guru ini untuk renungan semua pembaca blog untuk di sampaikan kepada Tok Guru Nik Aziz dan semua penyokongnya : juga agar perkara ini sampai kepadanya. Tq.
Penghuni Gua baru sampai Cheras. Nak mula bertapa. Mungkin dapat ilham malam ni. Insyaallah............
Penghuni Gua baru sampai Cheras. Nak mula bertapa. Mungkin dapat ilham malam ni. Insyaallah............
No comments:
Post a Comment