FOLLOWERS

Tuesday, 10 March 2009

BAJET MINI : TAHNIAH DS NAJIB




RM60 bilion peruntukan Bajet Mini

Kerajaan akan laksanakan pakej rangsangan ekonomi kedua berjumlah RM60 bilion untuk tempoh dua tahun iaitu terbesar dalam sejarah ekonomi negara. Ia diumumkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan pakej berkenaan atau dikenali Bajet Mini.


Penghuni Gua : Tahniah sekali lagi . Ini adalah perangsang kepada ekonomi Malaysia. Ia di luar dari kotak pemikiran pembangkang yang mendakwa dan menjangka bajet ini hanya sekitar 10 billion sahaja. Tahniah. Ini kerana dijangka pertumbuhan ekonomi negara tahun ini dan tahun depan ialah -0.1 %. Jadi dijangkakan bajet ini dapat menampung dan merancakkan pertumbuhan ekonomi negara dalam tempoh 2 tahun. Jadi tunggu lah butir terperinci bajet ini yang dikeluarkan dalam sedikit hari lagi. Ada 4 teras bajet ini . Tetapi yang penting bagaimana bajet ini dilaksanakan. Satu unit sepatutnya ditubuhkan untuk memantau perkembangan dan perlaksanaan bajet ini agar setiap sen yang dibelanjakan oleh kerajaan nampak hala tuju dan hasilnya.
Jadi semua pihak yang bertanggungjawab dapat bersedia dari sekarang agar projek yang dirangka dan rancangan perbelanjaan dari bajet ini dapat dipercepatkan. Semua kemneterian tidak boleh menangguh dan mengambil masa yang begitu lama untuk membelanjakan wang dari bajet ini. Kelewatan dalam membelanjakan wang dari bajet ini walau sesaat sekalipun akan memberi impak besar kepada negara. Begitu juga sebaliknya. Semuga bajet ini terus melestarikan ekonomi negara kita dan negara terus makmur.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR