FOLLOWERS

Friday, 13 March 2009

YAB DS NAJIB DITUDUH PEMBUNUH : KEBIADABAN INI PERLU TAMATKAN SEGERA



Sekali lagi Parlimen dan imunitinya disalahgunakan. Semalam di sidang Parlimen , YB Gobind Singh Deo Ahli Parlimen Puchong , sekali lagi mengulangi kebiadaban dan keceluparan seperti bapanya YB Karpal Singh , dengan mendakwa Datuk Seri Najib Razak terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan menjerit kepada DS Najib sebagai pembunuh.


Inilah seorang wakil rakyat yang cukup hina dari segi tutur katanya. Inilah hasil pendidikan yang diterima dari keluarganya. Seorang terpelajar dan kelulusan undang-undang. Tetapi menggunakan kelebihan dan kemahirannya dalam undang-undang untuk kepentingan dirinya. Beliau hanya berani memaki hamun dan memfitnah di dalam parlimen. Tetapi di dalam kejadian semalam, beberapa pemberita telah memintanya mengulangi tuduhannya diluar dewan. Tetapi YB ini penakut rupanya . Gempar sahaja yang lebih tetapi berlindung disebalik kekebalan Parlimen..

Kepada semua Ahli Parlimen kerajaan, buatlah sesuatu tindakan lanjut seperti pengantungan YB ini dari menghadiri persidangan Parlimen untuk tempoh yang lama bagi memberi pengajaran kepada YB ini dan YB-YB yang serupa dengannya. Selain itu, gunakan segala peruntukan akta parlimen jika ada untuk tindakan lanjut kepada YB ini dan yang lain agar perkara ini tidak berulang.

Kepada YAB DS Najib : Syabas di atas tindakan anda yang sentiasa tenang dengan tidak menari mengikut rendak YB yang bodoh sombong ini. Jangan takut YAB DS Najib. Mereka ini cakap aje berdegar. Hati mereka hanya sebesar kuman sahaja. Lihat sahaja bapanya yang terkebel-kebil bila dikepung oleh sekumpulan ahli UMNO untuk meminta penjelasan tempoh hari. Sepatahpun tak keluar garangnya seperti dalam parlimen. Akhirnya meminta bantuan speaker dan parlimen untuk melindunginya .

YAB DS Najib, Kekalkan kematangan anda. Jangan mengikut rentak percakapan YB dan cara ahli politik murahan ini. Cara percakapan YAB amat lembut dan berhemah. Kekalkan begitu. Biar mereka malu sendiri. Mereka memang begitu. Mulut mereka seperti gambar diatas. Busuk. Ini kemungkinan , apa yang dimakan hari-hari adalah seperti dalam gambar. Itu yang hingga ke hati busuknya mereka. Maaf. Emosi sikit hari ini. Bukan apa , malu pada anak-anak perangai orang tua dan lagi YB pulak tu yang bercakap seperti spesis yang berada di zoo. Mungkin di rumah mereka pun begitu agaknya. Penghuni Gua tak dapat nak jawab bila anak-anak tanya " mengapa abah mereka boleh cakap macam tu. Siapa yang ajar mereka. Cikgu di sekolah saya tak ajar macam tu. Tak pernah dengar pun. ". Jadi apa Penghuni Gua nak cakap.!!!!!!!!!!!!.

Penghuni Gua : Bengkak hati dan makan hati dengan kerenah YB-YB selekeh ni.

1 comment:

  1. hari-hari kalau kau tengok depa berentap kat dewan rakyat tu, kemudian kau pergi plak tengok bebudak kat kelas lima corot, kamu akan nampak, takdak beza sebenarnya antara ahli-ahli parlimen dengan budak-budak lembam... cuma bezanya yang duduk di parlimen tu pakai tie dengan sut sambil sesekali cakap melayu campur inggeris atau cakap melayu lintang pukang tapi sibuk kata kat orang lain kita hendaklah memartabatkan bahasa kebangsaan.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR