FOLLOWERS

Tuesday 3 March 2009

BILA HAKIM BERSUARA : HALANG SIDANG DUN







Berita harian Terkini 3 mac 2009


Mahkamah Tinggi benarkan permohonan Adun BN halang sidang DUN Perak

IPOH: Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, dan enam Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) lain menghalang Speaker DUN, V Sivakumar, daripada memanggil sebarang sidang dewan tanpa perkenan Sultan Perak, termasuk sidang tergempar. Keputusan itu dibuat Pesuruhjaya Kehakiman, Rizwan Ibrahim, dalam kamarnya selepas mendengar permohonan panel tujuh peguam BN diketuai Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Penolong Penasihat Undang-Undang Kerajaan Perak, Zulqarnain Hasan, yang mewakili Sivakumar. Firoz berkata keputusan itu membawa kembali pentadbiran berlandaskan perlembagaan di Perak yang sekarang kucar kacir.
Penghuni Gua : Patut le Tengku Siva tu beriya-riya sangat nak cepatkan sidang DUN sebab mungkin Tengku Siva dah ketahui lebih awal bahawa tindakannya dan keputusannya berkaitan isu ini, selama ini semuanya silap. Jadi hendak menarik balik dan mengubah keputusan yang telah dibuat mengenai sidang DUN tidak boleh bagi menjaga airmukanya. Jadi dipanggil sidang tergempar DUN tanpa mengikut peraturan.
Ini bagi mengalihkan perhatian dari kesilapannya yang terdahulu juga bagi menjaga air muka PR dan juga bagi menunjukkan bahawa juga menyebelahi kerajaan. Jadi ini semua akan memberi mereka isu dan sebab untuk memberitahu penyokong mereka bahawa BN telah membeli hakim. inilah yang biasa dibuat oleh mereka. Tak percaya lihatlah komen mereka dan mereka yang sehaluan dengan mereka. Esok penuhlah dalam blog-blog dan akhbar lalat dan pemfitnah mereka yang akan memainkan isu ini. Jadi itu le yang tak menyempat nak tungggu keputusan hakim mengenai isu ini.
Penghuni Gua : Itu baru diberi sedikit kuasa, mabuknya dah bukan main. Maka dalam drama ini dilihat yang bodohnya ialah pelakon-pelakon utama dan pelakon tambahan yang dipergunakan oleh pengarah Tengku Siva untuk menghilangkan malu dan membersihkan muka dia seorang. Maka bersidanglah di negeri Pasir Berdengong. Mungkin esok mereka akan bersidang lagi dibawah pokok ketapang atau pokok berunuk / janggut hantu di negeri Pasir Pasir Dua Butir. He he he he . BN menang lagi pusingan ke 4.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR