Mar 5, 09 5:56pm
Kegagalan bedah siasat pertama mengetahui kesan penderaan terhadap tahanan polis A Kugan haruslah disiasat, kata seorang exco Pemuda Umno."Dalam keadaan bagaimana dan apakah jenis siasatan yang dijalankan sehingga membawa penemuan dan laporan bedah siasat pertama berbeza sama sekali daripada laporan kedua," kata Ahmad Ikmal Ismail. ...........................................................................................Bedah siasat itu juga mendapati pakar patologi pertama hanya membedah siasat bahagian jantung ke atas dan tidak menyiasat bahagian-bahagian mayat yang lain. Ia berjaya mengesan tiga kesan kecederaan pada badan mangsa.................................
Apa kata Pengarah hospital itu Dr Mohd Norzi Ghazali mengenai Kes Kugan:
Pengarah hospital itu Dr Mohd Norzi Ghazali hari ini dilaporkan berkata kesan pada mayat Kugan telah diganggu sewaktu bilik mayat diserbu oleh sekumpulan ahli keluarga mangsa - belum sempat dibedah siasat lebih lanjut oleh pakarnya.Bedah siasat awal dirancang pada 8 pagi sehari selepas serbuan sekumpulan 50 orang pada 20 Januari lalu, hari mangsa dilaporkan mati setelah direman enam hari. Hospital harus menjalankan bedah siasat itu di depan anggota polis, katanya.Mayat Kugan yang berpakaian lengkap di dalam beg plastik mayat telah dibuka oleh kumpulan penyerbu itu, kata Dr Mohd Norzi lagi kepada New Straits Times.
Tompokan darah Kugan ditemui di lantai bilik mayat selepas serbuan itu, laporan akhbar itu dipetik, dan ia membayangkan kecederaan pada mayat mungkin berlaku selepas kematiannya.Dr Mohd Norzi juga berkata kedua-dua bedah siasat itu sebagai "bukti yang lemah" kerana ia dibuat selepas mayat itu telah diganggu.Mengulas bedah siasat kedua yang mendapati Kugan dibiarkan kebuluran sebelum kematiannya, Dr Mohd Norzi berkata sisa makanan seseorang tidak lagi berada di dalam perut empat jam selepas makanan terakhir.
Ahli parlimen PKR Kapar, S Manikavasagam bercadang mengadakan laporan polis terhadap bedah siasat pertama dalam masa terdekat.
Penghuni Gua : Itulah apa yang saya bimbangkan dulu ( lihat tulisan saya sebelum ini ). Dengan keluarnya lapuran kedua ini maka semua tindakan akan terbengkalai. Usahkan nak tuduh anggota polis di bawah sek 302 tidak akan berjaya, nak tuduh anggota polis di bawah sek 324 iaitu mendatangkan cedera pun akan gagal. Ini kerana mayat bahan bukti diganggu. Semua pihak akan putih biji mata sahaja dalam kes ini. Komen dari pengarah hospital di atas adalah tepat dan wajar. Lapurann pertama adalah terpakai kerana ia sebelum mayat diganggu. Inilah jadinya sekiranya semua pihak hendak tunjuk pandai dan ingin menjadi jaguh dalam kes yang sepatutnya mereka terlibat. Semua orang ingin menjadi Patologist. Mereka tidak menghormati profesyen masing0masing. Jika trend ini digalakkkan maka semua kes nanti akan melibatkan pemeriksaan kedua / pendapat kedua dan akhirnya kes terlepas begitu sahaja.
Tahniah kepada Pengarah hospital Selaayang itu Dr Mohd Norzi Ghazali kerana tetap dengan keputusan dan pandangan tersebut. Jangan benar sesekali orang atau profesional / patologist lain cuba mempertikai tahap profesional patologist yang satu lagi. Tahniah sekali lagi. Anda profesional. Siapa dia ( patologist UM ) yang boleh mempertikaikan post mortem potologist anda. Sekali lagi tahniah kerana mempertahankan tindakan patologist anda. Patologist anda tetap menang di Mahkamah nanti. Lapuran nya akan diterima di mahkamah kerana :
- Lapuran patologist anda tanpa mempunyai kepentingan.
- Bahan bukti ( mayat belum diganggu. )
- lapuran dan post mortem patologist anda juga tiada kepentingan dan sebelum kes menjadi satu isu .
- Post mortem pertama di buat dengan kehadiran pihak pegawai penyiasat dari pihak polis.
- Sebaliknya :
- lapuran kedua adalah berlaku sebaliknya dari di atas dan lemah dari segi kebolehterimaannya di mahkamah. Ini kerana terdapat banyak " keraguan " yang menyelubungi post mortem kedua
Penghuni Gua : Belah dada sendiri aje. Buang angin.
No comments:
Post a Comment