FOLLOWERS

Tuesday 17 March 2009

Speaker Perak YB Sivakumar ada 20 pengawal peribadi : Ayo, Yo, Yo Ramainya !!!.



17 mac 2009

IPOH 16 Mac - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar yang sering menimbulkan kontroversi berikutan keputusan 'luar biasanya' dilaporkan mempunyai kira-kira 20 pengawal peribadi.
Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran ketika mengesahkan perkara itu berkata, tindakan Sivakumar yang mempunyai ramai pengawal peribadi adalah untuk memastikan keselamatan diri dan keluarganya.
"Beliau bimbang tentang keselamatan diri dan keluarga sebab itu perlu mempunyai pengawal peribadi lebih kurang 20 orang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Berita Lanjut :.....


Penghuni Gua : A yo yo , lumayan betul bodyguards speaker ini. Sekali imbas macam dalam cerita Hindustan aje. Sudah-sudah lah buat lawak. Sesekali, aku hormat juga kepada YB Karpal, YB Gobind, YB Lim Kit Siang , YB DSAI. Mereka semua ni tak ada pun pengawal peribadi. Termasuk YB Lim Guan Eng. YB Lim Guan Eng itupun ada satu yang dia layak sebagai Ketua Menteri ( seorang Kopral polis sahaja ). YB Karpal kemana pergi pun hanya diteman oleh seorang lelaki untuk menolak wheel chair beliau sahaja. Berhentilah buat lawak. Buat suka dik orang aje.


Buatlah perkara yang lebih matang sesuai dengan kedudukan, pendidikan dan taraf kita. Rakyat Malaysia ini masih rasional lagi. YB Nik Aziz dah 19 tahun jadi MB Kelantan, hanya seorang sahaja kopral polis menjadi pengawal peribadinya. Tak ada pun juga unit Amal Makrufnya mengawal. Bukannya negara dalam kacau bilau. Otak anda semua yang kacau dan takut pada bayang-bayang sendiri. Sudah-sudahlah lawak ringan ini. Buat malu aje.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR