FOLLOWERS

Sunday, 22 March 2009

KRISIS DI PERAK : LAGI PENJELASAN PROF MADYA DR RANI




Ulasan-ulasan Prof Dr Rani ini dipetik dari Blog ; kopitiam Bang Nan


Bacalah untuk renungan kita bersama. Semuga kita mendapat menafaat darinya.


Ulasan Prof Dr Rani :
Bacalah undang2 tubuh Perak dan lawatilah blog lawyer kampung dan Malaysian news blog dimana hal ini sudah banyak diperbincangkan dalam konteks undang2 tubuh Perak. Apakah tafsiran Tuanku sultan tersasar?



Saya ingin menambah, Sultan dalam menjalankan tugas rasminya berbanding dengan tugas peribadi tidak sama. Jika Seorang sultan didapati membunuh, maka Sultan akan didakwa di Mahkamah Khas. Dalam tugas rasminya, keputusannya adalah muktamad yang mana melibatkan budibicaranya. Pembubaran DUN adalah budibicaranya dan undagn-undng tubuh Perak sendiri menghendaki MB dan EXCOnya mengemukakan perletakkan jawatan EXCO jika permintaan MB bubar DUN ditolak.



Maka saya tidak nampak dimana silapnya. Bukankah kes yang diputuskan Mahkamah FEderal tidak boleh dirayu -apakah nak disaman mahkamah Federal terhadap keputusannya.Persoalan2 yang saya ajukan adalah;Apa kah Standing Order itu undang2atau undang2 subsidiari sahaja? Jika bukan, apakah undang2 subsidiari (anak-anak Undang2)boleh mengatasi keputusan dan perlantikkan yang dibuat oleh Sultan dibawah Undang2 Tubuh Negeri (State Constitution -bapak Undang2) dengan Speaker berhak menggantungkan EXCO baru dan menghalang mereka dari menjalankan tugas?


Siapa yang Tuanku di Perak - Speaker DUN atau Sultan Raja Azlan Shah?Siapa ketua eksekutif tertinggi di negeri Perak. Sultan atau Speaker DUN?Adakah Dewan Undang Negeri milik Speaker?Adakah Speakar mempunyai kuasa melantik dan memecat Setiausaha DUN? Atau itu adalah kuasa Ketua Setiausaha Negeri?Inilah masaalahnya jika Standing Order tidak dibaca dengan menyeluruh dan tanpa memahami akan kedaulatan dan ketuanan Sultan apabila menelaah apa yang termaktub dibawah Undang2 Tubuh Negeri Perak (atau mana-mana negeri) dan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri tentang kedudukan dan keistimewaan Pemerintah (Ruler).Perlu faham bahawa Sultan Raja Azlan Shah bukan sahaja Tuanku dinegeri Perak bahkan adalah salah seorang ahli Majlis Raja-Raja (atau Majlis Pemerintah2) bagi Persekutuan Malaysia.


Malaysia adalah sebuah persekutuan (Federation) hasil gabungan negeri-negeri Tanah2 Melayu yang berdaulat dibawah Tuanku2 masing-masing. Inilah yang Dato Seri Nazri Aziz, Menteri di JPM baru-baru ini mengatakan "Malay Lordship" bukannya "Malay Supremacy". Lebih tepat jika disebut "Ketuanan Raja-Raja". Inilah sejarah Malaysia dibentuk atas muafakat dan sepakat Raja-Raja Tanah Melayu.Bersekutu dan Tidak Bersekutu.Maka bagi Persekutuan Malaysia, kuasa exsekutif tertinggi (Fasal 39) terletak pada kuasa Yang DiPertuan Agung selaku wakil kepada Majlis Raja-Raja (Majlis Pemerintah2).


Saya ada terdengar diTV3 tidak beberapa hari yang lepas, Dr Marzuki, pensyarah Sains Politik diIIUM disebuah persidangan menyebut dibawah Fasal 10 Undang2 Tubuh Negeri Perak, Sultan Perak adalah Ketua Exsekutif Tertinggi bagi Negeri Perak.Apakah seorang guru besar sekolah berkuasa mengenepikan dasar dan ketentuan Menteri Pendidikan? Apakah Yang DIpertua Persatuan Ibu Bapa Guru berhak mengatasi ketetapan Guru Besar Sekolah itu sendiri?Contoh selanjutnya, Police Standing Order (Peraturan Tetap Polis) yang bukan Undang2 tidak boleh mengatasi Undang2 Kanun Prosedur Jenayah.


Begitu juga, sebuah Standing Order DUN, tidak boleh disegi Undang2 membelakangkan kuasa dan keputusan Sultan yang dibuat dibawah Undang Tubuh Negeri Perak iaitu, (i) tidak membubarkan DUN, (ii) menghendaki MB Dato Seri Nizar dan EXCOnya mengemukakan perletakkan jawatan, dan kemudiannya (iii) melantik MB baru Dato Dr Zambri dan Exconya. Sementara menunggu keputusan mahkamah, speaker DUN tidak berhak bertindak seolah-olah dia adalah ketua eksekutif dinegeri Perak bertentangan dengan Undang2 Tubuh Negeri Perak mahupun bertindak seperti Hakim Besar Malaya dengan mendahului Mahkamah dengan mengesahkan bahawa Dato Seri Nizar adalah MB yang sah bertentangan dengan keputusan Sultan.


Bahkan beliau berfahaman mempunyai kuasa `membatalkan’ perlantikkan Sultan pula dengan menggantungkan kehadiran Dato Zambri dan Exconya diDUN sekaligus menghalang mereka dari menjalankan tugas nya. Bahkan kini beranggapan berhak memecat setiausaha DUN pula.Sivakumar bertindak seolah-olah dialah ketua Suruhanjaya Pilihanraya, Hakim Besar Malaya, Ketua Setiausaha Negeri, dan dia juga adalah `Tuanku’ pula di Negeri Perak.Sesuatu Undang-Undang Tubuh Negeri hendaklah ditafsirkan selari dengan Kedaulatan dan Ketuanan Raja-Raja sebagai Pemerintah didalam negeri tersebut. Speaker bukannya lebih berkuasa berbanding Sultan dan speaker tidak lebih dari sekadar pegawai kerajaan.


Diperingkat Persekutuan, yang berkuasa adalah Yang Dipertuan Agong selaku wakil Majlis Raja-Raja Konsep Raja Berpelembagaan tidak bermaksud dan boleh ditakrifkan sebagai menafikan Kedaulatan dan Ketuanan Raja itu sendiri. Adalah hak YDPA dalam perlantikan Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Ketua Hakim, Peguam Negara, Pesuruhjaya Polis, YDPA jugalah Ketua Tertinggi Angkatan Tentera dan banyak lagi dalam hal-hal yang lain. Apapun, pada akhirnya,persetujuan dan pengendosan tetap milik Raja.United Kingdom hanya mempunyai satu Raja sahaja dan bukan juga sebuah Persekutuan berbanding Malaysia yang merupakan gabungan Raja-Raja Tanah-Tanah Melayu yang masing-masing berdaulat dan Tuanku dinegeri-negeri masing-masing.


Mungkin Negara Amiriyah Arab Bersatu lebih banyak pesamaannya dengan Malaysia berbanding United Kingdom. Maka, perlu berhati-hati bila menfasirkan Pemerintah (Ruler) “shall act on advice” sama itu bermaksud hendaklah bertindak atas nasihat ataupun hendaklah bertindak mengikut nasihat? Setelah merdeka, Tuanku bukan lagi dibawah telunjuk penjajah. Jika masih lagi dibawah telunjuk samada dari Speaker, PM atau Menteri Besar, maka apa gunanya merdeka? Bukankah PM, MB dan Speaker - mereka adalah Pegawai Tadbir kepada Pemerintah? Sejak bila mereka itu berkedudukan sebagai Pemerintah?


Fikir-fikirlah dan fahamilah Rukun Negara apabila membuat penafsiran Perlembagaan Persekutuan dan ataupun Undang2 Tubuh mana-mana Negeri.


Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin

Pensyarah Undang2 IIUM
March 5, 2009 12:57 AM



Ulasan Prof Dr Rani yang kedua :


`Pakar Undang2 Perlembagaan’ seolah-olahnya sepakat bahawa Speaker DUN Perak tidak memerlukan perkenan Sultan jika sesi DUN yang lalu ditangguhkan/ ditundakan dan bukannya ditamatkan. Jika sesi DUN yang lalu ditamatkan baharulah perkenan Sultan diperlukan untuk memulakan semula sidang DUN.Maka samada sidiag DUN dibuat dibawah pokok atau atas pokok tidaklah begitu penting kot – yang paling penting adalah perkenan Sultan samada siding DUN boleh dibuat atau tidak.Pandangan saya berbeza.


Persoalan yang saya ajukan adalah Sultan ibarat CEO Negeri Perak, apakah Baginda Sultan tiada kuasa veto dan mempunyai kuasa menitahkan Speaker untuk tidak membuat siding DUN yang sudah dirancangkan Speaker? Apakah rancangan Speakar mengatasi rancangan Sultan Negeri Perak itu sendiri? Lain pulalah kedudukannya jika seseorang itu berpendapat bahawa Sultan bukannya CEO dinegerinya sendiri sebaliknya Speakerlah yang menentukan walaupun terhadap Sultan yang merupakan Pemerintah (Ruler) dinegeri Perak.Hendaklah suatu Peraturan Tetap DUN tidak dibaca berasingan (piecemeal) tetapi secara menyeluruh dan filosof. Pentadbiran negeri boleh bertukar tangan seperti Kelantan, namun Pemerintahnya tidak.


DI Kelantan contohnya, Pas mendapat mandate mentadbir negeri bagi pihak Sultan sebab itu MB merupakan perlantikkan Sultan bukan rakyat.Beberapa petikan dari Peraturan2 Tetap DUN dan Undang2 Tubuh Negeri Perak;PT 1 (Perintah Tetap DUN) yang mengatakan “maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak DarulRidzuan memanggil mesyuarat..”.


“PT 10 (1) mengatakan “ Penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta,” katanya.PT 10 (1) itu, kuasa mutlak untuk memanggil sidang DUN adalah kuasa Sultan Perak dan ia tidak boleh dipertikaikan.Perkara XXXVI(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memberi kuasa yang jelas kepada DYMM Sultan Perak untuk memanggil DUN bersidang.


Perkara XXXVI (1)memperuntuk “DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempohenam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidanganyang di hadapan.” Peruntukan di atas adalah peruntukan Perlembagaan yang merupakan Undang-UndangTertinggi di negeri Perak dan jelas menunjukkan kuasa untuk memanggil sidang DUN adalah kuasa Sultan Perak.


Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin

Law Lecturer IIUM
March 5, 2009 10:31 PM



Ulasan Prof Dr rani ketiga :


Di sini saya cut n pastekan pandangan Dato DR Seri Utama Rais Yatim dalam sebuah rencana diBerita harian tarikh 8hb Mac 2009.


DrRais yatim memiliki PHD (Falsafah Doktora)dalam Penahan Pencegahan (seperti ISA antaralain).
Soal Jawab:


Sultan Perak miliki kuasa lantik Menteri Besar sesuai Undang-Undang Tubuh NegeriOleh Rasid Rahaman dan Siti Almizan AripinTINDAKAN Sultan Perak, Sultan Azlan Shah melantik Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar baru terus dipertikaikan Pakatan Rakyat walaupun ia dilakukan mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Menteri Luar, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim berpengalaman luas dalam soal perundangan yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengupas krisis itu. Ikuti temu bual beliau dengan Pengarang Berita, Berita Minggu, Rasid Rahaman dan Wartawan, Siti Almizan Aripin.


BOLEH Datuk Seri jelaskan peranan Yang di-Pertuan Agong dan Sultan dalam Perlembagaan Persekutuan terutama dalam proses pelantikan Perdana Menteri dan Menteri Besar?


Seseorang Raja khususnya Yang di-Pertuan Agong mempunyai tiga kuasa besar yang tidak boleh diganjak mengikut Perlembagaan. Pertama, melantik seseorang Perdana Menteri mengikut perkara 43 (2a) Perlembagaan Persekutuan. Kedua, sama ada bersetuju atau tidak bersetuju membubarkan Parlimen dan ketiga, menguruskan perkara berkaitan hak-hak keistimewaan atau pun adat istiadat Melayu dan yang berkaitan dengan agama Islam.


Ketiga-tiga kuasa mutlak ini juga ada pada Raja Melayu atau Sultan di negeri-negeri. Selain itu, Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai pelbagai fungsi dan kuasa mengikut Perlembagaan termasuk sebagai Ketua Turus Angkatan Ketenteraan. Baginda juga mempunyai hak dan kuasa untuk memberi keampunan kepada pesalah yang kesalahannya berlaku di Wilayah Persekutuan. Hak ini juga ada di negeri-negeri, cuma Sultan tidak ada kuasa atau peranan sebagai Ketua Turus Ketenteraan di negerinya.


Kuasa di Perak misalnya melantik seseorang Menteri Besar terletak pada Perkara 16 dan perkara ini ada ceraiannya antara satu hingga enam. Yang penting ialah bagi kita mengetahui kuasa baginda Sultan di Perak melantik Menteri Besar dari kalangan seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak yang pada pandangan baginda mempunyai sokongan teramai atau majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) terbabit.


Bagaimanapun, peruntukan ini ada pada semua negeri. Bagaimanapun yang tidak ada pada semua negeri adalah Klausa 4 perkara 16 di negeri Perak itu yang berbunyi lebih kurang, Sultan mempunyai kuasa melantik seseorang Menteri Besar dari kalangan yang baginda dapati sesuai dan untuk melantik seseorang Menteri Besar di bawah Klausa 4 itu, baginda boleh mengetepikan mana-mana peruntukan Perlembagaan Negeri jika pada pendapat baginda ini sesuai dan berpatutan.


Klausa atau peruntukan inilah yang pada hemat pakar Perlembagaan digunakan oleh Sultan Perak ketika melantik Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tempoh hari. Seharusnya pelantikan ini tidak dipertikai, tetapi politik sudah mempertikaikannya dan pada masa sama penasihat dan mereka yang bertanggungjawab mengenai Perlembagaan negeri Perak sendiri mungkin berasa terkejut dengan tindakan di luar dugaan itu. Inilah kuasa-kuasa am dan khusus yang ada.


Kenapa pelantikan Menteri Besar Perak terus dipertikaikan?


Politik mempunyai pelbagai mata, tetapi undang-undang mempunyai satu mata. Oleh demikian, politik di Perak yang diasuh oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas nampak bahawa dengan peruntukan Klausa 4 tadi, mereka masih mempersoalkan pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar.


Kononnya pada ketika sama tidak ada ujian penentuan dibuat di DUN untuk menentukan siapa yang mempunyai kedudukan majoriti. Jadi dalam hal majoriti di DUN ini memang menjadi suatu kelaziman bagi mana-mana kuasa legislative (perundangan) untuk menentukan majoriti seseorang atau sesuatu kumpulan. Di Perak, pembangkang terus menduga dengan hujah mereka kononnya Sultan tidak mengendahkan keputusan Dewan. Jadi pihak yang menyebelahi pandangan mereka terus mendesak supaya diadakan undian di Dewan dan menganggap hanya itulah yang sepatutnya diadakan.


Tanggapan itu salah sebab menentukan majoriti di DUN hanya salah satu daripada kaedah dan ini diputuskan oleh kes di negeri Sabah pada 1994, Amir Kahar lawan Tun Mustafa. Dan hal ini sudah diterima sebagai hakikat keputusan universal (sejagat). Ia terkandung di dalam pelbagai kes lain juga dan dengan adanya kes di Sabah itu maka jelas bahawa Sultan tidak perlu mengikut kaedah lazim seperti dikatakan oleh pembangkang.


Pada pandangan Datuk Seri siapakah yang berhak bertindak kepada mereka yang mempersoalkan fungsi Sultan?


Kuasa untuk menahan mana-mana pihak daripada menyaman Sultan atau mengheret Sultan, atau menyaman atau mengheret Menteri Besar yang baru, tidak ada. Apatah lagi sejak 1994, pindaan Perlembagaan kepada Perkara 181 sudah dibuat dan pada pindaan itu seseorang Sultan boleh disaman atau sesuatu kesalahan atau salah laku atau atas sesuatu yang sabit dengan kes sivil. Asalkan Pendakwa Raya membenarkannya.


Jadi soal dibangkitkan di Perak ini harus diamati dengan baik oleh kerana kita tidak mahu terbabit dengan suasana kita memperli atau memperkecil mahkamah lantaran ada satu dua perbicaraan sekarang yang berlaku di dalam mahkamah yang seharusnya tidak kita pertikaikan perjalanan atau perbicaraan itu. Tetapi soal ini adalah soal majmuk yang seharusnya masyarakat boleh mengambil perhatian mendalam.


Bloggers turut memperkecilkan fungsi Sultan?


Kita lemah dari segi penguatkuasaan undang-undang. Dan apabila saya nyatakan begini, saya tidak fikir ramai yang tidak bersetuju. Majoriti bersetuju apa saya rasakan. Kita ada Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Sama ada puncanya berasaskan kepada radio, televisyen atau blog di dalam internet, ia sama seperti seseorang itu menulis. Sebab niat yang wujud akibat perbuatan itu untuk mewujudkan suasana menghasut atau perasaan syak wasangka hingga menyebabkan perpaduan masyarakat berpecah.


Jadi dengan itu, pihak berkuasa harus terus mengambil tindakan mengikut Akta Hasutan atau Kanun Keseksaan atau Akta Polis dan ada beberapa akta lain. Dan tidak semestinya kita guna ISA. Saya cuma bercakap dari hal undang-undang semata-mata. Ini bukan soal hendak mempolitikkan sesuatu isu. Seharusnya, penulis blog ini sudah menerima saman dan juga untuk hadir di mahkamah. Jadi kita bandingkan kalau di beberapa negara jiran, mereka tidak berani menulisnya di blog, kenapa mereka berleluasa di Malaysia.


Sebab mereka tahu kita tidak menjalankan tugas asas untuk menyusul sesuatu tindakan mengikut undang-undang. Apa yang membezakan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dengan negeri lain? Perbezaannya ada pada beberapa aspek. Salah satu daripadanya adalah kuasa diraja. Kuasa diraja negeri Perak yang ada di bawah 16 (4) tadi didapati hanya ada di beberapa negeri. Dua daripadanya ialah Perlis di bawah Sesyen 39 dan Terengganu di bawah kuasa lama 1911 yang pada tahun 1948 dipinda dan menjadi kuasa mutlak bagi Sultan Terengganu.
Dalam proses melantik seseorang Menteri Besar, Sultan di ketiga-tiga negeri ini berkuasa penuh untuk menentukan siapa yang baginda rasa wajar. Jadi kuasa ini dianggap kuasa tradisional. Kuasa turun-temurun dunia Melayu ini lagi dan selepas Inggeris mengaturkan pada 1948, di bawah Perjanjian Persekutuan Malaya 1948. Semua negeri Melayu mempunyai beberapa bidang pindaan kepada Perlembagaan yang ada. Jadi bagi negeri Perak, Perlis dan Terengganu khususnya mempunyai kuasa-kuasa itu. Kuasa untuk memberi pengampunan semuanya ada. Kuasa untuk menentukan Raja itu boleh menjalankan tugas dalam bidang tradisi ada di beberapa kelompok kuasa di Negeri-Negeri Melayu Yang Bersekutu, tetapi tidak ada di dalam Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.


Boleh Datuk Seri berikan contoh kes lain yang boleh dibuat rujukan?


Tidak seratus peratus. Tetapi nasnya banyak. Misalnya dalam kes Adigbenro Akintola dari Nigeria ditentukan di situ bahawa dalam menentukan siapa yang boleh menjadi Gabenor harus mempunyai suara ramai. Jadi nas seperti itu juga dipakai di dalam kes Stephen Kalong Ningkan 1966 di Sarawak. Atas kes-kes Komanwel inilah muncul satu corpus undang-undang yang merujuk kepada keputusan DUN menentukan siapa yang mempunyai kuasa majoriti harus diikuti. Kes negeri Perak, keadaan itu telah dibatalkan oleh Klausa 4.


Sebab itu Sultan Perak selepas memanggil semua Adun termasuk Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim, Yee Yit Foong (Adun Jelapang), Jamaluddin Mohd Radzi (Adun Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Adun Changkat Jering). Baginda berpendapat suara ramai sebenarnya sudah ada pada Barisan Nasional (BN). Sebab itu baginda bersetuju ambil Dr Zambry sebagai Menteri Besar.


Kewajaran Speaker gantung Menteri Besar dan 6 DUN daripada menghadiri Persidangan DUN Negeri Perak?


Kuasa itu tidak boleh diikuti sebenarnya sebab prosiding itu tidak dibuat dalam Dewan. Ia boleh dipertikaikan dan tidak seharusnya Menteri Besar akur kepada arahan itu. Sekiranya arahan itu dibuat dalam Dewan dan diluluskan usulnya di bawah Peraturan Tetap 18 atau 89 barulah menjadi perkara yang boleh dikuatkuasakan. Tetapi seseorang Speaker yang Dewannya pun tidak ada, beliau tidak ada kuasa menggantung Menteri Besar dan enam Exco daripada menghadiri persidangan DUN Perak. Sebab Speaker hanya boleh bertindak dalam Dewan. Begitu juga di bawah pokok, bukan Dewan.


Seharusnya pihak berkuasa menghalang perhimpunan itu, tetapi ia tidak dihalang. Di situlah saya mempertikaikan cara kita mentadbirkan kuasa undang-undang di negara ini yang sudah berlainan sangat ketika saya menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri dulu (tahun 1977-1978).


Ada pihak menyatakan Speaker DUN Perak tidak perlu mendapatkan perkenan Sultan untuk mengadakan persidangan baru kerana persidangan terdahulu hanya ditangguhkan, bukan ditamatkan. Boleh Datuk Seri komen?


Itu pandangan biasa namanya. Pandangan yang tidak berasaskan kepada undang-undang. Tetapi jikalau seseorang itu meneliti perkara 36 dan melihat kehendak dan kuasa Sultan di situ, ialah bahawa Sultan mempunyai kuasa itu. Kita tidak boleh hanya menyatakan oleh kerana ini hanyalah kesinambungan kepada Dewan dulu. Sedangkan Menteri Besar sudah bertukar, Exco sudah bertukar, Menteri Besar lama sudah keluar daripada bidang tugas dan bidang kuasanya. Ia sudah menjadi suatu keadaan baru.


Sebab itu perlunya kita mendapat arahan daripada Sultan. Sebenarnya ketika Dewan tidak bersidang, kuasa Sultan tetap ada. Sama ada hendak mengarah Dewan bersidang atau tidak. Ini perlu difahami semua orang yang berkaitan dengan DUN. Speaker tidak boleh berbuat sesuka hati di negeri begitu juga di Parlimen. Jika Yang di-Pertuan Agong menyatakan baginda hendak menangguhkan Dewan, jadi ini kuasa baginda.


Tindakan Speaker DUN Negeri yang mengadakan persidangan di bawah pokok dari sudut undang-undang?


Pertama, istilah Dewan mengikut amalan Parlimentary Practice Commonwealth termasuk yang diamalkan di House of Common (Dewan Rakyat) dan di House of Lord (Dewan Negara). Ia institusi berdinding, beratap dan menggunakan suatu bangunan. Jadi apabila seseorang itu bersidang di bawah pokok, ia bukan bersidang di dalam Dewan. Tidak ada rumahnya jadi mengikut Sesyen 27, seharusnya kita sudah boleh bertindak, tapi kenapa dibiarkan? Soalan ini saya tidak boleh jawab. Jadi saya berterus terang menyatakan tindakan-tindakan preventive (pencegahan) kita tidak cukup.


Dan mesyuarat itu tidak sah. Adakah tindakan pencegahan itu perlu tunggu arahan menteri sebelum polis boleh bertindak? Tanpa menyinggung mana-mana perasaan, polis sendiri boleh bertindak. Sebab ini bukan berada di bawah cabang keselamatan. Ini kesalahan awam biasa. Ada tiga undang-undang berkaitan dengan tindakan awam. Pertama Akta Polis, kedua Akta Ketenteraman Awam dan ketiga ialah akta bersabit dengan mesyuarat atau berkaitan dengan Dewan Parlimen misalnya. Jadi mereka terbabit boleh diambil tindakan mengikut Akta Polis dan Akta Ketenteraman Awam 1959.


Jadi, jika persidangan dibuat tidak sah, bagaimana dengan tiga usul diluluskan oleh DUN di bawah pokok?


Ia juga tidak sah. Satu, prosedurnya ialah Setiausaha Dewan harus menyediakan notis sekurang-kurang tujuh hari atau menurut kehendak Speaker boleh disingkatkan. Dalam persidangan itu, Setiausaha Dewan tidak terbabit. Proses itu tidak dilakukan. Yang kedua, mengikut Perkara 36 Perlembagaan negeri Perak, Sultan hendaklah memanggil dari semasa ke semasa sidang DUN. Bermakna masa tertentu, Sultan harus dimaklumkan lantaran konsep DUN di negeri-negeri, pertama Sultan dan kedua DUN.


Jika di Parlimen, konsep Parlimen ialah pertama Yang di-Pertuan Agong dan kedua Dewan Rakyat dan ketiga Dewan Negara. Jadi di negeri, Speaker tidak boleh bertindak sesuka hati, sekurang-kurangnya setiausaha mesti berfungsi dan yang paling wajar Sultan perlu memainkan peranannya. Sultan juga boleh meminta supaya sidang diadakan. Menteri Besar juga mengikut petisyen di bawah kuat kuasa peraturan Dewan Negeri Perak boleh meminta Dewan diadakan. Timbalan Speaker pun boleh sekiranya Speaker mempunyai alasan, dan boleh buat petisyen mengikut Sesyen 8 Peraturan negeri Perak.


Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk Ambiga Sreenivasan menyatakan kekebalan Speaker DUN termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak ada akta atau undang-undang lain yang boleh mencabarnya. Boleh Datuk Seri komen?


Mereka yang cakap kebal ini sebenarnya kebal dari apa. Itu saya fikir satu terma yang sengaja diwujudkan untuk mengelirukan pelbagai pihak. Speaker tidak kebal dari segi undang-undang dan juga prosedur. Pertama, seseorang Speaker jika tidak mengikut prosedur, fungsinya terbatal. Speaker beroperasi di dalam Dewan bukan di luar Dewan. Speaker mesti menerusi Setiausaha Dewan, Speaker tidak boleh mengarahkan dengan sendiri. Kerja-kerja Speaker mengadakan persidangan dan membubarkan Dewan mesti mendapat kelulusan Sultan sebab erti DUN, tampuknya ialah Sultan dan bawahnya DUN.


Di bawah Perkara 39 Perlembagaan Perak, ada peruntukan bagi Timbalan Speaker. Kenapa ini tidak berlaku?


Inilah masalahnya. Kita kena berani sekarang melaksanakan tuntutan undang-undang. Paling penting, Perak sekarang ini dinasihati oleh satu kumpulan. Kita harus meneliti adakah kumpulan ini memadai bagi perjuangan negeri Perak menghadapi cabaran sekarang. Tapi ini bukan bagi saya untuk jawab. Terserah kepada pihak negeri. Kita mesti mencari alternatif yang praktikal jadi mesti orang yang betul-betul memahami prosedur politik dan juga prosedur dalaman legislative (perundangan) dan juga peraturan menguatkuasa undang-undang dalam DUN.


Adakah kerajaan baru ini boleh berfungsi sebagai kerajaan negeri?


Sebenarnya boleh dan yang terbaik ialah memberi legitimacy (kesahihan) kepadanya di DUN sekarang. Sebab BN sudah majoriti. BN sudah ada 31 Adun termasuk tiga DUN Bebas. Apa yang hendak ditakutkan. Cuma soalan saya, betulkah yang empat orang itu tidak berubah hatinya. Bak kata pepatah, anak sungai lagikan berubah ini pula hati orang. Jadi sekarang mahu tanya balik. Kalau betul kita majoriti, sebaik-baiknya dibuat petisyen di bawah Peraturan 8 ataupun 18 di dalam kaedah peraturan tetap, diadakan sidang.


Speaker kalau tidak hadir pun tidak apa. Sebab petisyen boleh dibantu oleh arahan daripada Sultan mengadakan sidang. Menteri Besar sekarang pun boleh memohon menerusi petisyen, di situ lantik Speaker baru.


Ada pihak terutama Pakatan Rakyat menganggap masalah kecelaruan politik di Perak boleh diselesaikan jika DUN dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan. Komen Datuk Seri?


Itu pilihan mereka. Kalau hendak buat begitu, kini terpulang kepada Sultan Perak. Sekarang setahu saya baginda tidak bersetuju, tidak berkenan untuk bubar Dewan. Kalau Sultan tidak berkenan bubar Dewan, sebaik-baiknya kita memilih Speaker baru. Itu jalannya. Kita gunakan institusi DUN bagi memberi cop legitimacy kepada kerajaan negeri sekarang. Di situ kita boleh dengar petisyen daripada Menteri Besar, petisyen daripada Setiausaha misalnya dan kita buat usul dan diterima. Dan saya percaya akan lulus sebab majoritinya ada, iaitu sekurang-kurangnya satu. Ini yang terbaik



Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin

Pensyarah Undang2 IIUM

March 8, 2009 10:54 AM

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR