FOLLOWERS

Wednesday, 25 March 2009

PENGGUNAAN CAP JARI DI MALAYSIA : Supt. Shaikh Abdul Adzis bin Shaikh Abdullah




Penghuni Gua menerima kiriman email dari kawan lama agar menyiarkan artikel ini yang mungkin berguna kepada pelajar kita di Universiti. Harapan Penghuni Gua , kepada semua pelajar cuba dapatkan dari sumber lain juga agar ilmu anda berkembang. Ini sebagai bahan rujukan tambahan sahaja.

Oleh
Supt. Shaikh Abdul Adzis bin Shaikh Abdullah
Ketua unit Pengajian Sains Forensik
Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur

1.0 PENGENALAN

1.1 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SAINS CAP JARI

Beribu-ribu tahun sebelum masehi cap jari telah digunakan pada tembikar untuk mengenali pembuat dan jenama tembikar tersebut.Ini telah terbukti apabila terdapat satu penemuan sekeping tanah liat (slap of clay) yang terdapat cap jari berusia 3 ribu tahun telah dijumpai di dalam kubur firaun di mesir.Pada era zaman pemerintahan cina, maharaja cina ketika itu juga menggunakan cap jari sebagai penanda sil (cop) di atas dokumen-dokumen. Sil tersebut diperbuat daripada tanah liat dengan penandaan cap jari di sebelah dan di sebelah lagi tertera nama empunya.Maharaja cina juga telah menggunakan cap jari ini pada dokumen-dokumen yang berkaitan dengan penceraian dan urus niaga ketika
itu.

Sukar untuk menentukan sejarah awal penggunaan cap jari, walaubagaimanapun terdapat pra sejarah dalam penggunaan pengenalan cap jari di mana manusia telah mempunyai pengetahuan cap jari sejak beribu-ribu tahun sebelum masehi.Pengenalan cap jari juga dipercayai telah digunakan pada zaman Empayar Rom iaitu pada tahun 35 sebelum masehi.Di mana seorang peguam bela dengan jayanya telah menyelamatkan seorang kanak-kanak buta yang telah dituduh oleh ibu tirinya membunuh bapanya sendiri.


Peguam tersebut telah berjaya membuktikan satu kesan cap tapak tangan yang terhasil daripada kesan darah yang terdapat pada dinding tempat kejadian iaitu sebuah bilik tidur yang tidak mungkin diletakkan oleh kanak-kanak tersebut.Tetapi kesan itu sengaja dibuat oleh penjenayah sebenar.Sehingga ke hari ini menjadi suatu misteri tiada sesiapa pun tahu bila dan siapa yang mula menggunakan cap jari sebagai identifikasi.

Hasil daripada catatan pengetahuan awal cap jari, maka lahirlah beberapa ahli sains ilmiah barat dalam perkembangan cap jari.Pada akhir abad ke-19 seorang saintis dari England iaitu Sir Francis Galton yang telah menulis secara terperinci berkenaan cap jari dan pada tahun 1892 beliau telah menghasilkan sebuah buku berjudul “Fingerprint”. Beliau telah mewujudkan satu sistem pengkelasan yang melibatkan kesemua sepuluh jari. Pada awal abad ke-20 penggunaan cap jari telah diguna pakai secara meluas ke atas pendakwaan penjenayah di Britain dan Amerika Syarikat. Sistem pengkelasan ini dipanggil sebagai sistem Galton.Hasil daripada ini cap jari telah mula digunakan sebagai tujuan pengenalan individu.


1.2 PERKEMBANGAN CAP JARI DI MALAYSIA

Pusat cap jari di Malaysia telah diperkenalkan pada tahun 1904 oleh Mr. William Lance Conlay yang ditiru pakai dari biro cap jari Scotland Yard dan telah mempraktikkan di tanah melayu ketika itu yang mana ianya dikenali sebagai sistem Conlay iaitu sistem semakan cap jari secara manual.Pada tahun 1999 satu akta berkaitan bidang cap jari telah digubalkan iaitu Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang yang Tidak Diingini (Akta No.7 1969).Pusat cap jari ini kemudian dipanggil sebagai Pusat Pendaftaran Penjenayah Malaysia dan Singapura yang berpejabat di Bahagian D2 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.Peranan Pusat Pendaftran Penjenayah Malaysia dan Singapura adalah mengendalikan pendaftaran bagi penjenayah yang melakukan dan disabitkan salah atas kesalahan-kesalahan yang berdaftar.Antara lain-lain fungsi adalah :

· Memeriksa cap jari yang telah reput dan orang perseorangan yang tidak dikenali


untuk pengesahan identiti.

· Membuat tapisan rekod jenayah bagi tujuan pekerjaan dan permohonan Lesen-lesen

· Membandingkan dan mengesahkan cap jari

· Menyedia dan membekalkan sijil-sijil berkaitan pembuktian cap jari untuk perbicaraan

Sebagai permulaan ke arah pengenalan dan penggunaan cap jari dalam bidang sains forensik, pada tahun 2001, Polis Diraja Malaysia telah menubuhkan sebuah makmal forensik dan salah satu cabang yang penting adalah Seksyen Cap Jari untuk membantu penyiasatan dan mengembangkan sains cap jari dalam PDRM.

2.0 KEPENTINGAN CAP JARI DALAM MENYELESAIKAN KES-KES JENAYAH

Cap jari adalah merupakan kesan-kesan jalur yang timbul dan lurah pada permukaan kulit luar sesuatu jari, tapak tangan dan tapak kaki dan ianya boleh digunakan untuk tujuan perbandingan dan seterusnya mengenal pasti seseorang individu.Ketika penjenayah melakukan sesuatu jenayah seperti membunuh, atau merompak, bagaimanakah polis boleh menyelesaikan kes? Semasa penjenayah melakukan jenayah berkemungkinan besar mereka tidak dapat mengelak daripada meninggalkan kesan cap jari pada sesuatu benda kecuali mereka memakai sarung tangan atau sesuatu yang dapat melindungi tangan mereka daripada meninggalkan kesan cap jari pada objek-objek di tempat kejadian tersebut.Oleh yang demikian cap jari adalah merupakan salah satu bentuk keterangan fizikal yang penting yang boleh menjurus dalam mengenal pasti di antara penjenayah dan mangsa.

Dalam kebanyakan kes-kes jenayah dilakukan oleh penjenayah berulang yang pernah ditangkap dan dipenjara di mana cap jari mereka akan direkodkan, oleh yang demikian sekiranya sebahagian daripada cap jari mereka yang ditinggalkan di mana-mana tempat kejadian jenayah berlaku, pakar cap jari boleh memberitahu kita siapa yang melakukan jenayah tersebut.

2.1 KEGUNAAN CAP JARI

Keterangan cap jari adalah merupakan satu keterangan fizikal yang jitu dalam siasatan saintifik. Ianya boleh digunakan :

· Untuk mengenal pasti mangsa yang tidak dikenali saksi ataupun saspek dan juga pengesahan rekod dan yang penting sekali cap jari boleh mengait dan memadankan di antara saspek dan tempat kejadian jenayah
· Jika tiada saspek, cap jari boleh membina petunjuk atau kadangkala memberi gambaran awal tentang sifat fizikal, jantina dan pekerjaan penjenayah.
· Cap jari juga boleh mengekalkan atau menyangkal keterangan mangsa atau saksi dengan membuktikan cap jari yang ditemui di tempat kejadian
· Bagi kes-kes membunuh diri selalunya tidak terdapat kesan-kesan cap jari yang cuba dipadamkan.
· Cap jari yang kecil berkemungkinan dimiliki oleh orang bersaiz kecil manakala cap jari pada dinding boleh menentukan ketinggian seseorang

2.2 KAJIAN KES YANG MELIBATKAN PENGGUNAAN CAP JARI

2.2.1 Rajan Kangalicharan, 1897

Dalam kes ini seorang pengurus di ladang Katalguri di daerah Jalpaiguri di negeri Benggala yang bernama Hridayah Ghosh telah ditemui mati di bilik tidur banglonya pada pagi 16 Ogos 1897. Dia telah dibunuh dengan kejamnya dan dirompak. Dalam kes ini sebilah pisau dipercayai telah digunakan untuk mencederakan pengurus tersebut.Dalam kes ini pegawai penyiasat telah menemui dua kesan cap jari dari kesan darah yang kering pada sehelai kertas.Kemudian kesan cap jari tersebut telah dihantar ke Ibu Pejabat Polis di Calcutta.Cap jari tersebut telah dikaji secara terperinci dengan menggunakan kanta pembesar dan salah satu kesan cap jari tersebut
didapati bersamaan dengan kesan ibu jari kanan penama Rajan Kangalicharan.Pada 19 September 1897 Kangali telah ditangkap di rumahnya yang berada lebih kurang seratus batu dari tempat pengurusitu ditemui.


Dia telah dituduh dan didapati bersalah.Pada 25 Mei 1898 Kangali telah dijatuhkan hukuman penjara dan ini adalah merupakan penjenayah pertama yang ditangkap atas asas pengenalan cap jari dan dihukum dari undang-undang mahkamah.

2.2.2 Mask Murders

Ini adalah kes pembunuhan pertama yang menggunakan cap jari di England iaitu pada tahun 1905.Dalam kes ini sepasang suami isteri Mr. dan Mrs. Farrow telah dibunuh pada 27 Mac 1905 di kedai mereka yang terletak di Deptforth High Street dan kes ini dikenali sebagai “Mask Murders” berdasarkan dua topeng sarung kaki hitam yang ditinggalkan di tempat kejadian.Kesan cap ibu jari telah ditemui di salah satu kotak wang dan telah dibuat pencarian ke atas 80,000 cap jari yang mana ianya gagal dikesan pada awalnya.


Hasil maklumat orang ramai dua beradik yang dikenali sebagai “Stratton Brothers” telah ditangkap dan cap jari mereka telah dirakam.Perbandingan dibuat dan didpati cap ibu jari kanan yang ditemui di tempat kejadian adalah kepunyaan salah seorang adik-beradik “Stratton Brothers” yang bernama Alfred dan telah didapati bersalah dan dihukum gantung oleh mahkamah Old Bailey.

2.2.3 Pendakwa Raya lwn Toh Kee Huat (1965) 1 M.L.J. 76

Ini adalah kes yang pertama di Malaysia yang menggunakan asas pengenalan cap jari dalam mahkamah.Dalam kes ini penama Toh Kee Huat telah dituduh mencuri sebuah kereta dan pihak penyiasat telah menemui cap jari tertuduh di bahagian dalam kereta tersebut.Mahkamah rayuan telah memutuskan penemuan cap jari tertuduh tidak boleh disangkalkan dan ia adalah kepunyaan tertuduh dan bukannya milik orang lain dan mahkamah telah menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh.

3.0 JENIS-JENIS CAP JARI

Cap jari boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu cap jari tekapan (impression), cap jari nampak (patent print) dan cap jari pendam (latent print).

Cap jari tekapan (impression) terjadi apabila jari bersentuhan atau menekan sesuatu barang dan terdapat kesan tekanan cap jari pada barang tersebut.Kesan sebeginimungkin boleh dijumpai pada objek yang baru dicat, gam di atas sampul surat dan setem,pada benda yang mudah cair seperti coklat, di atas pita pelekat, minyak, tepung dan sebagainya.

Cap jari nampak (patent print) sering dilakukan oleh seseorang samada secara sedar atau tidak sedar, contohnya rakaman cap jari menggunakan dakwat. Apabila jari ditekan pada permukaan yang berdakwat, dakwat tersebut melekat pada ibu jari akibat daripada sentuhan yang berlaku.Kemudian apabila jari tersebut ditekan pada tempat yang bersih, kelihatan kesan cap jari berada pada permukaan tersebut dengan struktur pada permukaannya adalah jelas.Kesan cap jari ini juga boleh kelihatan apabila seseorang menggunakan bahan-bahan lain seperti minyak, bahan berwarna, tepung dan sebagainya.

Cap jari pendam (latent print) terhasil apabila perpindahan berlaku semasa jari menyentuhsesuatu dan akan meninggalkan kesan-kesan jalur halus.Kesan ini adalah mengandungi kandungan perpeluhan , struktur lemak dan lain-lain bendasing yang dihasilkan oleh kelenjar peluh di hujung jari.Jalur-jalur yang ditinggalkan samada boleh dilihat ataupun tidak boleh dilihat.Jalur-jalur yang tidak boleh dilihat menggunakan mata kasar boleh ditimbulkan dengan penggunaan bahan kimia dan teknik-teknik tertentu.

3.1 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENINGGALAN CAP JARI PENDAM

Ketinggalan cap jari pendam pada sesuatu benda kebiasaannya apabila sesorang itu menyentuh termasuk jugalah kecuaian individu dan ini adalah merupakan faktor utama.Antara lain-lain faktor :
· Jalur-jalur mestilah mempunyai perpeluhan, benda berminyak dan bendasing yang dirembeskan melalui liang peluh yang terdapat pada jalur-jalur jari.Biasanya rembesan ini mengandungi 98-99.5% kandungan air dan selebihnya merupakan sebatian bendasing seperti asid amino, lemak, sodium klorida dan lain-lain bahan kimia.
· Sebatian organik.Sebatian bendasing inilah yang boleh membuat penimbulan cap jari dengan menggunakan bahan kimia dan teknik-teknik tertentu.
· Seseorang yang tidak berpeluh tidak boleh meninggalkan cap jari pendam
· Cuaca sejuk menutup liang peluh dan perpeluhan tidak berlaku.
· Cuaca panas menyebabkan kandungan kimia terutama sebatian garam akan cair yang menyebabkan kesan-kesan jalur tidak boleh terbentuk.

4.0 ASAS PENGECAMAN CAP JARI

Cap jari digunakan untuk tujuan pengecaman adalah berdasarkan kepada asas-asas berikut :
· Cap jari adalah bersifat berkekalan dan telah terbentuk sejak seseorang itu berumur 12 minggu dalam kandungan dan kekal sehinggalah individu tersebut mengalami proses pereputan (meninggal dunia).
· Sehingga kini tiada dua cap jari yang sama atau seakan-akan sama. Sejak seratus tahun cap jari diperkenalkan dan telah berjuta-juta cap jari dirakam tidak terdapat dua individu mempunyai cap jari yang sama.Menurut Sir Francis Galton kebarangkalian untuk menemui dua cap jari serupa adalah 1:640,000,000,000.
· Setiap cap jari mempunyai bentuk dan penyusunan jalur-jalur yang unik dan mempunyai sifat tersendiri (individual characteristic)
· Jalur-jalur cap jari hanya berubah semasa mengalami kemalangan yang teruk (luka yang dalam dan kesan melecur yang teruk).

4.1 CORAK ASAS CAP JARI

Bentuk cap jari boleh dibahagi kepada tiga kelas iaitu gegelung (Loops),Lingkaran (Whorls) dan lengkungan (Arches).Daripada kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat seramai 60-65% penduduk mempunyai cap jari jenis Loops, 30-35% penduduk mempunyai cap jari bentuk Whorls dan hanya 5% mempunyai bentuk Arches pada cap jari mereka.


4.2 SIFAT JALUR

Sifat jalur ialah keganjilan unik yang wujud pada jalur cap jari.Sesuatu cap jari boleh mengandungi beberapa kombinasi sifat jalur ini.Beberapa kombinasi sifat jalur ditunjukkan pada rajah di bawah :


PENGHUJUNG JALUR
•CABANG
•TAJI

PULAU
•TASIK
•JALUR MELINTAS
•JALUR PENDEK

Sifat-sifat inilah yang digunakan dalam asas persamaan dalam pengenalan sesuatu cap jari.

5.0 TEKNIK MENGESAN CAP JARI

Bagi memudahkan sesuatu siasatan dijalankan, gambaran yang jelas bagi sesuatu cap jari perlu diperolehi. Cara yang mudah ialah melalui kaedah fotografi.Terdapat tiga cara bagaimana gambar diambil.Bagi cap jari yang dapat dilihat, fotografi secara terus boleh dilakukan.Bagi cap jari pendam, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah untuk memperlihatkan atau menyerlahkan dahulu kesan-kesan cap jari tersebut.Terdapat pelbagai kaedah fizikal dan kimia yang boleh digunakan untuk menimbulkan kesan cap jari pendam tersebut.

Dalam penimbulan cap jari pendam ini termasuklah yang terdapat pada permukaan yang ditemui di tempat kejadian.Lazimnya kebanyakan objek-objek yang ditemui di tempat kejadian adalah merupakan benda-benda porous dan non-porous.Kadangkala cap jari pendam yang ditemui adalah mudah rosak terutama sekali pada permukaan licin ataupun non-porous seperti gelas, besi, tiles ataupun kayu yang bercat.

Permukaan yang mana terdapat kesan cap jari pendam yang hendak
ditimbulkan perlu ditentukan dengan menggunakan kaedah atau teknik yang bersesuaian.Kepentingan dalam memilih proses yang mengikut langkah dapat memastikan kejayaan dalam penimbulan cap jari.Sekiranya salah satu teknik gagal berkemungkinan teknik yang lain dapat memberikan kejayaan.Penggunaan beberapa kaedah ini mungkin mewujudkan lebih peluang kejayaan dalam penimbulan cap jari.

5.1 KAEDAH SERBUK

Kaedah serbuk merupakan cara biasa yang sering digunakan dalam proses penimbulan cap jari.Kaedah ini merupakan kaedah yang telah lama digunakan sejak seratus tahun dahulu dan merupakan cara tradisional, mudah dan kos yang efektif.Ianya mampu dilakukan dengan sedikit pengetahuan atau pengalaman serta boleh menghasilkan keputusan yang memuaskan.Kaedah ini sesuai digunakan pada permukaan yang licin, rata dan tidak menyerap dengan cara menyapu permukaan yang terdapat cap jari.Dengan menggunakan berus atau peralatan bulu khas (bulu unta atau tupai).Walaupun begitu kaedah ini amat sensitive dan hanya menunjukkan kesan pada cap jari yang baru.

Dalam kaedah ini serbuk karbon atau serbuk aluminium akan disapu dengan berus yang lembut dan halus ke atas permukaan yang disyaki mempunyai kesan cap jari pendam.Setelah cap jari itu ditimbulkan, gambar cap jari tersebut itu akan diambil dan ianya akan diangkat (lifting) dengan menggunakan pita pelekat yang lutsinar bagi tujuan rekod.Serbuk yang sering digunakan ialah (Hadonite & Lanconide putih dan karbon hitam)

5.1.1 Prinsip Kaedah Serbuk

Serbuk yang digunakan dalam kedah ini semestinya halus dan bersaiz sekata.Prinsip utama yang digunakan dalam kaedah ini adalah berdasarkan pernyataan bahawa air merupakan satu kandungan utama dalam sebatian cap jari.Serbuk ini mampu melekatkan diri dengan kelembapan.Selain itu serbuk ini turut akan melekat diri dengan unsur-unsur minyak dalam sebatian cap jari.Jadi, walaupun air sudah mengewap, tetapi serbuk itu masih mampu kekal di situdengan bergabung pada unsur-unsur minyak itu.

5.1.2 Aplikasi

Kaedah ini sesuai sekali digunakan untuk mengesan kesan cap jari pendam pada permukaan non-porous, tidak menyerap air dan bersifat licin seperti gelas, plastik, kayu bercat, logam dan lain-lain.Peluh dan minyak yang terserap ke dalam kertas dan kadbod adalah tidak sesuai untuk kaedah ini.Kaedah ini lebih sesuai untuk kesan cap jari pendam yang segar.Untuk kesan yang lama kaedah ini kurang berkesan.

Selain mengambil kira faktor permukaan, pemilihan teknik ini juga mengambil kira faktor warna latar belakang.Secara umumnya, serbuk hitam digunakan untuk banyak permukaan terutamanya latar belakang yang berwarna cerah dan sebaliknya jika warna latar kawasan yang disyaki mempunyai kesan cap jari pendam itu berwarna gelap, serbuk putih akan digunakan. Jika kesan cap jari pendam ini disyaki berada di permukaan perkakas logam atau serbuk aluminium, serbuk kuprum akan digunakan.

5.1.3 Peralatan Dan Bahan Yang Digunakan

Serbuk karbon hitam ini diperbuat daripada serbuk dakwat karbon yang kering manakala serbuk putih iaitu serbuk kering yang merupakan campuran titanium dioksida, kolin dan kapur.Bagi serbuk magnetik ianya adalah serbuk biasa tetapi terdapat penambahan serbuk besi yang dicampur ke dalamnya.Serbuk karbon hitam dan serbuk putih tergolong dalam kategori serbuk ‘loose powder’.

Terdapat beberapa jenis berus yang biasa digunakan iaitu berus bulu tupai di mana berus ini boleh dicuci dan dibersihkan dengan air sabun serta perlu dikeringkan pada kadar suhu bilik.Manakala berus Zephyr adalah diperbuat daripada filamen fiber kaca.Berus ini tidak boleh dicuci jika terbasah harus dibiarkan kering pada suhu bilik.Berus ini boleh dibersihkan dengan menyikatnya dengan sikat atau berus lain.

5.1.4 Prosedur Ketika Penimbulan

Berus disapu dengan serbuk dengan memusingkan berus secara lemah lembut dalam bekas serbuk dan pastikan serbuk yang mencukupi disapu dan dinasihatkan jangan terlalu banyak menggunakan serbuk pada berus.Semasa menyentuhkan berus itu dengan permukaan, sasaran sentiasa dimulakan dengan permukaan menegak sambil menyapu permukaan.Aksi ‘rolling’ harus digunkan semasa proses ini.Jangan sekali sekala hentikan aksi ini tetapi sebaliknya aksi ni harus bersambungan hingga keseluruhan permukaan sasaran habis disapu.Setelah sasaran habis, proses penimbulan awal serbuk yang berlebihan akan dibersihkan dengan menggunakan berus berasingan yang lebih kecil.Aksi pembersihan ini semestinya dilakukan dalam satu arah sahaja iaitu mengikut arah jalur kesan cap jari.

5.1.5 Faktor-faktor Mempengaruhi Kualiti Penimbulan Cap Jari Pendam

Kualiti kesan cap jari yang ditimbulkan melalui kaedah ini dipengaruhi oleh faktor-faktor tertentu.Kejayaan menimbulkan kesan cap jari ini bergantung kepada beberapa keadaan.Antaranya ialah, lokasi di mana kesan cap jari itu ditemui.Sekiranya kesan cap jari itu ditemui di permukaan yang rata ianya lebih mudah ditimbulkan berbanding di kawasan yang melengkung.

Kesan cap jari juga lebih mudah ditimbulkan sekiranya tuan punya cap jari itu menyentuh sesuatu permukaan dalam keadaan berpeluh.Ini kerana, serbuk karbon bertindak balas dengan campuran yang terdapat peluh, minyak serta kandungan asid yang terdapat pada bekas kesan cap jari pendam.Sekiranya dia tidak berpeluh dan tidak menyentuh sesuatu permukaan,kesan cap jari tidak dapat ditimbulkan.

Selain itu, jumlah serbuk karbon juga mempengaruhi kejayaan penimbulan kesan cap jari pendam.Jumlah serbuk karbon yang terlalu sedikit atau terlalu banyak boleh menyebabkan kesan cap jari kurang bermutu dihasilkan.

5.1.6 Kelebihan Dan Kekurangan kaedah Serbuk

Kelebihan . Teknik ini sering digunakan memandangkan kosnya yang jauh lebih murah berbanding teknik-teknik lain malah mampu memberi kesan yang lebih cepat.Jadi kaedah ini adalah ekonomi dari segi masa dan wang.Teknik ini juga sering digunakan kerana ia mudah dibawa kemana-mana mamandangkan hanya serbuk karbon dan berus sahaja diperlukan.

Kekurangan . Walaubagaimanapun habuk yang digunakan ini boleh mencemar atau menkontaminasi tempat kejadian.Ini terjadi sekiranya kerja penimbulan kesan cap jari dilakukan oleh orang yang kurang berpengalaman.Kaedah ini tidak boleh menimbulkan kesan cap jari pada permukaan yang kasar atau yang bertekstur beralun.Cap jari yang lama juga tidak boleh ditimbulkan dengan menggunakan kaedah ini.Perlu berhati-hati semasa mengendalikan serbuk karbon ini kerana ia boleh mengotorkan perabot atau lain-lain perkakasan rumah.Selain itu serbuk yang halus ini juga boleh memusnahkan bahan bukti lain seperti mengotorkan tulisan sekiranya diperlukan untuk perbandingan dokumen atau memusnahkan bahan-bahan biologi yang lain.

5.2 KAEDAH SUPER GLUE

Kaedah ini merupakan satu kaedah kimia untuk mengesan dan menimbulkan kesan cap jari pendam pada permukaan non-porous.Super glue merupakan nama komersial, dan nama sebenarnya dikenali sebagai bahan kimia Cyanoacrylate.Ianya boleh didapati dalam bentuk cecair atau gel tetapi kebanyakannya berada dalam bentuk cecair dan berbagai warna bergantung kepada pengeluar produk.Bahan kimia ini adalah bersifat tidak larut dalam air.

Cyanoacrylate sangat stabil pada suhu bilik.Antara perkara yang perlu dijauhi ialah elakkan suhu yang sangat tinggi dan pancaran yang sangat tinggi.Jauhkan Cyanoacrylate dari agen pengoksidaan, alcohol, air, amina dan peroksida.Semasa mengendalikan Cyanoacrylate, pastikan alat pelindung mata dan muka dipakai untuk mengelakkan sebarang keradangan pada mata, kulit dan sistem pernafasan.

5.2.2 Prinsip Kaedah Super Glue

Pemanasan atau pengewapan dilakukan bersama-sama dengan super glue dan akhirnya penyebaran ringkas terjadi ke atas permukaan yang dijangka mempunyai kesan cap jari pendam.Semasa pemanasan dijalankan, kepingan aluminium digunakan sebagai tempat untuk mengisi bahan super glue tersebut dan kemudiannya diletak dalam bekas tertutup (kebuk vakum) Semasa pemanasan super glue, wap akan terhasil.Cap jari pendam akan kelihatan apabila terdedah kepada molekul Cyanoacrylate.Molekul Cyanoacrylate adalah bercas positif di mana ianya akan tertarik kepada kesan lemak lipid yang bersifat negative.Cap jari yang timbul adalah dalam bentuk putih salji dan akan kekal pada permukaan tersebut.Biasanya penggunaan serbuk akan dilakukan selepas itu untuk mendapat satu rekod kesan cap jari tersebut.

5.2.3 Aplikasi

Cyanoacrylate ini digunakan secara meluas oleh saintis forensik bagi menimbulkan kesan cap jari pendam pada objek yang mempunyai permukaan yang licin, permukaan nonporous seperti plastik, gelas dan logam.Bagi objek senjata api, kaedah ini merupakan kaedah yang sering digunakan bagi penimbulan cap jari pendam.

5.2.4 Peralatan Yang Digunakan

Peralatan dalam kaedah ini adalah ringkas di mana ianya memerlukan bahan kimia Cyanoacrylate, bahan pemanas berkuasa rendah, bekas aluminium dan kebuk khas ataupun kotak sebagai kebuk vakum.

5.2.5 Prosedur

Beberapa titis bahan Cyanoacrylate diletakkan pada bekas aluminium.Bekas aluminium tersebut kemudiannya dipanaskan oleh bahan pemanas berkuasa rendah.Semasa proses ini ianya mesti dilakukan dalam bekas tertutup bersekali dengan objek yang hendak dianalisa.

Sebelum pemanasan dilakukan pastikan sampel rawatan cap jari dilekapkan pada mana-mana bahagian yang boleh dilihat dengan meletakkan cap jari kita sendiri. Ini adalah merupakan sebagai penunjuk di mana cap jari pendam pada objek telah timbul berdasarkan kepada cap jari sampel rawatan.Jikalau pengewapan yang dilakukan terlalu lama, ianya akan merendahkan keupayaan untuk menimbulkan kesan cap jari tersebut.Biasanya proses ini mengambl masa 20-30 minit bagi menghasilkan kesan cap jari yang baik.Selepas itu serbuk karbon disapu dengan perlahan pada cap jari yang timbul dan dipindahkan menggunakan pita pelekat dan dicadangkan dilakukan selepas 24 jam.

5.2.6 Faktor-faktor Mempengaruhi Kualiti Penimbulan Cap jari

Tiga aspek kritikal yang mempengaruhi penimbulan kesan cap jari dalam kaedah ini ialah sumber haba Cyanoacrylate dan pengudaraan.Haba yang dibekalkan mestilah mencukupi dan tidak boleh terlalu tinggi, jika tidak, struktur Cyanocrylate akan dirosakkan lalu tidak dapat bertindak balas dengan sebatian cap jari pendam.Suhu yang terlalu rendah pula akan melambatkan proses penimbulan.Untuk mengetahui suhu optimum kita mesti mengetahui sifat fizikal dan sifat kimia super glue yang digunakan.

Suhu yang dicadangkan adalah antara 80ºC-100ºC.Pemilihan jenis Cyanoacrylate yang berkualiti baik adalah amat penting.Jika tidak bukan sahaja kesan cap jari tidak dapat ditimbulkan malah kesan itu akan hilang begitu sahaja. Pastikan sistem pengudaraan di dalam ruang tertutup berjalan dengan baik.Jika ini tidak berlaku ia akan menjejaskan kualiti kesan cap jari yang ditimbulkan

5.2.7 Kelebihan Dan Kekurangan Kaedah Super Glue

Kelebihan . Cyanoacrylate amat sesuai digunakan pada permukaan nonporous. Selain itu juga ia dapat mengekalkan cap jari dalam tempoh yang lama dan ini memudahkan untuk melakukan kaedah lifting berulang-ulang kali dapat dilakukan pada permukaan yang sama.

Kekurangan . Kaedah ini tidak sensitive terhadap cap jari pendam yang lama.Ia hanya sesuai pada cap jari pendam yang baru sahaja.Kesan cap jari yang ditimbulkan dengan kaedah ini tidak sesuai ditimbulkan pada permukaan yang mempunyai warna yang terang.Ia lebih sesuai digunakan pada permukaan yang lebih gelap kerana cap jari yang ditimbhulkan dengan kedah ini akan timbul dalam bentuk putih salji.Selain itu Cyanoacrylate adalah agen yang merbahaya dan memberi kesan toksik dan keradangan kepada sistem pernafasan, kulit dan mata.

5.3 KAEDAH NINHYDRIN

Kaedah ninhydrin merupakan satu kaedah kimia yang biasa digunakan untuk menimbulkan kesan cap jari pendam.Ninhydrin mula ditemui pada tahun 1910 oleh seorang ahli kimia barat bernama Siegfried Ruhemann untuk menjalankan pemeriksaan tindak balas dengan asid amino.Hasil daripada penemuan ini saintis forensik telah menggunakan ninhydrin pada tahun 1954 bagi tujuan penimbulan cap jari yang mana terdapat asid amino dalam perpeluhan.Walaupun kandungan asid amino dalam perpeluhan adalah rendah, tindak balas ini dapat ditunjukkan dengan pembentukan warna ungu.Oleh itu, ninhydrin dikenali salah satu kaedah untuk penimbulan cap jari yang berkesan pada permukaan porous seperti kertas, kadbod dan kayu lembut.

5.3.2 Prinsip Kaedah Ninhydrin

Dalam kaedah ini ninhydrin akan bertindak balas dengan asid amino yang terkandung dalam peluh yang membentuk kesan cap jari.Hasil daripada tindak balas tersebut warna ungu akan terhasil. Namun begitu dalam sesetengah keadaan warna oren mungkin terhasil bergantung kepada cara dan keadaan semasa penimbulan kesan cap jari tersebut.

5.3.3 Aplikasi

Kaedah penggunaan ninhydrin ini sangat berguna untuk permukaan jenis porous seperti kertas, buku, kotak dan pelbagai permukaan porous yang lain.Kaedah ini juga sesuai digunakan untuk menimbulkan kesan cap jari pendam yang telah lama.

5.3.3 Bahan Kimia Yang Digunakan

Stok solution boleh disediakan dengan menggunakan 100 gram kristal ninhydrin dilarutkan secara prlahan-lahan ke dalam 400 mL Absolute Etanol dengan menggunakan alat pengacau elektrik.Apabila telah larut tambahkan 200 mL asid Asetik Glasiel ke dalamnya.Bagi menyediakan working solution sebanyak 120 mL, stok solution dicairkan dengan 1880 mL Benzena.Kesemua reagen ini boleh disimpan sehingga 6 bulan dalam botol yang gelap.

5.3.4 Prosedur

Kesemua kesan cap jari yang ditimbulkan melalui penggunaan ninhydrin tidak akan ditimbulkan secara serentak.Dalam pengendalian kaedah ini, haba dan pelembapan yang digunakan terhadap bahan poros yang telah disapukan dengan ninhydrin amat penting dalam mempengaruhi masa penimbulan kesan cap jari, samada dalam masa beberapa minit atau tempoh yang lebih lama daripada itu sehingga beberapa hari atau minggu.Selepas beberapa minit disapukan ninhydrin majoriti daripada kesan cap jari yang terdapat pada bahan porous itu akan ditimbulkan.Sebahagian kecil lagi akan ditimbulkan selepas itu dan penimbulan sepenuhnya selepas beberapa minggu.

Kaedah sapuan ninhydrin pada bahan porous boleh dilakukan dengan merendam ke dalam bekas yang mengandungi ninhydrin atau menyapu ninhydrin pada keseluruhan permukaan dengan menggunakan berus ataupun dengan menggunakan penyembur. Setelah bahan poros disapukan ninhydrin ia hendaklah dibiar kering
kepada suhu bilik.

5.3.5 Faktor-faktor Mempengaruhi Penimbulan Cap Jari

Kesemua proses penimbulan cap jari menggunakan ninhydrin hendaklah dikendalikan di dalam kebuk wasap atau di tempat yang mempunyai pengaliran udara yang baik.Kepekatan ninhydrin yang terlalu tinggi dalam larutan boleh menyembunyikan pembentukan warna ungu.Oleh yang demikian hanya gunakan larutan yang bersesuaian dan jangan salah sangka lebih tinggi kepekatan reagen lebih berkualiti kesan cap jari pendam yang ditimbulkan.

5.3.6 Kelebihan Dan Kekurangan Kaedah Ninhydrin

Kelebihan . Secara umumnya, ninhydrin boleh menimbulkan kesan cap jari pendam pada suhu bilik.Ia mudah untuk digunakan dan merupakan reagen yang paling efektif untuk bertindak balas dengan asid amino yang terkandung dalam bahan yang membentuk kesan cap jari.Selain itu, penggunaan ninhydrin membolehkan kesan cap jari yang telah lama ditimbulkan termasuklah kesan cap jari yang telah berusia beberapa hari atau beberapa bulan lamanya.

Kekurangan . Penimbulan kesan cap jari pendam menggunakan ninhydrin tidak sesuai digunakan pada permukaan nonporous, atau sebarang bahan yang telah direndam dengan air (basah/lembap).Selain itu, permukaan yang terdiri daripada kandungan protein haiwan dan tumbuhan yang tinggi seperti kulit binatang atau bahan yang diperbuat daripadanya akan menghasilkan pembentukan latar belakang yang amat ketara yang menyukarkan untuk membezakan kesan cap jari.

Kaedah ini juga mengambil masa yang agak lama untuk menimbulkan kesan cap jari pendam.Dalam sesetengah kes, jangka masa 20-30 minit tidak cukup untuk menimbulkan kesan cap jari berkenaan.Jangka masa beberapa minggu kadang-kadang diperlukan untuk menimbulkannya walaupun bilangan cap jari yang mungkin timbul hanyalah sedikit.Walaupun hasil kesan penimbulan kesan cap jari melalui kaedah ini dapat dilihat dengan mata kasar tetapi hasil ini tidak kekal lama jadi gambar perlu dirakam untuk rekod.

6.0 HALANGAN DALAM PENIMBULAN CAP JARI

Dalam proses penimbulan cap jari, ianya bergantung kepada tempoh masa cap jari yang ditinggalkan pada sesuatu objek dan juga dalam penentuan memilih kaedah yang berseuaian.Di antara halangan-halangan atau faktor-faktor tersebut ialah :

6.1 Komposisi Cap Jari Pendam

Sebenarnya bahan rembesan cap jari adalah merupakan bahan buangan haiwan yang terdiri daripada minyak, lemak, asid, dan garam serta bendasing yang lain.Jangka hayat cap jari yang boleh dikesan adalah terhad kepada beberapa hari sahaja.Bahan rembesan ini terdedah kepada kekeringan, tindak balas kimia, pertumbuhan bakteria dan fungus serta kerosakan oleh persekitaran.Namun cap jari pendam juga boleh terdiri daripada bahan melekit seperti bahan kosmetik, losyen badan, makanan dan minyak yang melekat pada jalur cap jari apabila bersentuh dengan permukaan.

6.2 Kuantiti Bahan Terkumpul

Kelenjar kulit terus merembes walaupun badan dalam keadaan berehat.Tetapi terdapat faktor-faktor lain juga yang mempengaruhi jumlah kuantiti yang dirembeskan seperti set penderma, biasanya lelaki merembeskan lebih banyak daripada perempuan.Umur penderma juga mempengaruhi kuantiti di mana rembesan maksimum adalah pada waktu muda dan kuantitinya menurun pada umurnya meningkat.Antara lain, taraf kesihatan , jenis pekerjaan, cara kehidupan dan diet penderma juga boleh mempengaruhi rembesan.

6.3 Ciri-ciri Fizikal dan keadaan permukaan Penerima

Permukaan berliang atau beralun, tidak berliang, bersih atau licin boleh mempengaruhi kemungkinan cap jari pendam dan cara menimbulkannya.Untuk permukaan berliang, kadar resapannya rendah.Ini menyukarkan untuk penimbulan cap jari.Suhu permukaan penerima yang tinggi akan menghapuskan corak jalur akibat oleh kesan minyak atau garam terlarut akibat kepanasan.

6.4 Keadaan Persekitaran

Suhu, angin, cahaya , hujan dan sebagainya dapat mempengaruhi ciri-ciri cap jari pendam.Suhu persekitaran yang sejuk mengurangkan jumlah deposit pada permukaan kulit.Suhu yang tinggi pula akan mengurangkan jangka hayat cap jari tersebut.

6.5 Kedudukan

Cap jari pendam pada permukaan yang sentiasa disentuh seperti tombol pintu, stereng kereta, akan senang dimusnahkan.

6.6 Masa Berlalu Selepas Ditinggalkan

Memandangkan cap jari pendam terdiri daripada bahan organik, digradasinya tidak dapat dihalang.Untuk mendapat keputusan terbaik, penimbulan harus dilakukan dalam jangka masa 48 jam. Kualiti penimbulan akan berkurangan secara dramatik dalam jangka masa 3-4 hari.

7.0 KESIMPULAN …

7.1 Dalam setiap kaedah yang dilakukan, tidak kira mudah atau rumit kita mesti mengambil langkah berjaga-jaga serta tidak boleh bersikap acuh tak acuh dari permulaan sehingga ke penamatan prosedur.

7.2 Langkah yang paling penting dalam penyiasatan kesan cap jari termasuklah pengesanan, penimbulan dan perakaman kesan cap jari.Ketiga-tiga langkah ini adalah sama penting.Kegagalan dalam salah satu langkah akan menjejaskan keseluruhan proses untuk menghasilkan kesan cap jari yang berkualiti.

7.3 Pemilihan kaedah penimbulan kesan cap jari pendam yang betul adalah amat penting.Ini boleh dilakukan berdasarkan ciri-ciri permukaan dan juga pengalaman seseorang.Selain itu, kombinasi kaedah turut boleh dilakukan jika satu kaedah sahaja tidak memadai untuk memberi keputusan yang memuaskan.

7.4 Rakaman setiap kesan yang ditimbulkan mesti dilakukan dengan cermat malah fotografi yang relevan mesti dilakukan.Ini kerana hasil penimbulan dalam kesemua kaedah ini adalah tidak kekal lama.

10 comments:

  1. assalamualaikum...baru saya tahu sejarah tentang cap jari ni...sekarang saya tengah buat kajian tentang cap jari...jadi maklumat ini dapat membantu saya sedikit sebanyak dalam membuat work...terima kasih

    ReplyDelete
  2. salam persahabatan sepertimana yang saudara jelaskan..... saya amat tertarik apabila singgah di laman ini.... idupkan lagi sir...

    ReplyDelete
  3. Hi, Sir. I'm currently doing a research on fingerprint pattern among Malaysian. Can sir give me the original source of this content? so that i could utilized it in my thesis writing. Thanks...

    ReplyDelete
  4. If you are a great artist, draw a sketch in your home
    and yard, as well as that which you'd like your finished design to seek like. It is intended to be a business phone, and accomplishes this task with ease. Looking into all the details beforehand can save you lots of effort and money in trying out various ideas.

    Look into my web blog - landscape design software free

    ReplyDelete
  5. Hello, I wish for to subscribe for this web site to obtain newest updates, thus where can i do it please assist.



    Feel free to visit my weblog eating-for-energy.com

    ReplyDelete
  6. Body builders use powders to mix with other food
    that helps them bulk up. Then the skinny guy finds weight gainers and tries them, or some other worthless supplement, and never really understands why he is not big and muscular
    like the other guys at the gym. Eating based on your mood is not the path to healthy weight
    gain.

    Feel free to surf to my blog post :: how to gain weight with a fast metabolism for men :: :
    :

    ReplyDelete
  7. If some one needs expert view about blogging and site-building after
    that i advise him/her to visit this weblog, Keep up the good job.


    My webpage ... web hosting services asp

    ReplyDelete
  8. I was suggested this blog by my cousin. I'm not sure whether this post is written by him as nobody else know such detailed about my problem. You're incredible!

    Thanks!

    Also visit my site ... best allergy medicine for post nasal drip *bestallergymedicinehq.org*

    ReplyDelete
  9. Great blog here! Additionally your web site quite
    a bit up fast! What host are you the use of? Can I get your associate hyperlink
    to your host? I want my website loaded up as fast as yours lol

    Visit my web blog; http://asthmasymptomshq.org/

    ReplyDelete

PETA PELAYAR