FOLLOWERS

Monday, 30 March 2009

CONFICKER.C : SELAMATKAN KOMPUTER ANDA



Berita Harian
30 mac 2009

CyberSecurity usaha tangani Conficker.C

KUALA LUMPUR: CyberSecurity Malaysia, pusat pakar nasional bagi keselamatan siber, sedang berusaha untuk menangani sebarang kemungkinan kesan cecacing Conficker.C kepada pengguna komputer.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Lt-Kol (Bersara) Husin Jazri, berkata CyberSecurity bekerja sama rapat dengan pendaftar domain .my dan rakan kongsi antarabangsa lain untuk mengurangkan penyalahgunaan domain oleh Conficker.

"Situasi terkawal dan nasihat ini adalah sebahagian daripada inisiatif kesedaran kami untuk memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai mengenai apa yang sedang berlaku berkaitan dengan keselamatan ruang siber," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Conficker.C adalah versi cecacing yang diubah suai dan diprogram untuk dihubungkan kepada domain secara rawak bermula Rabu ini.

Ia menyerang komputer dengan sistem operasi tetingkap yang tidak dikemas kini atau dilindungi dan kemudiannya menghubungkan kepada laman web milik pencipta cecacing conficker untuk dapat kembali arahan mengenai "what to do next" ("apa yang perlu dilakukan seterusnya").

CyberSecurity menerusi Malaysia Computer Emergency Response Team (MyCERT) telah mengeluarkan kenyataan amaran berkaitan Conficker.C pada Januari.
Kenyataan amaran itu boleh diakses menerusi: laman web http://www.mycert.org.my/en/services/advisories/mycert/2009/main/detail/647/index.html

Husin menasihatkan pengguna komputer mengemas kini sistem operasi tetingkap dalam komputer mereka dan merujuk kepada kenyataan yang menerangkan langkah untuk menangani cecacing tersebut.

"Kami amat menggalakkan orang awam untuk sentiasa mengunjungi laman web kami untuk membaca perkembangan terkini kami dan nasihat mengenai cecacing Conficker.C.

Organisasi dan individu juga dinasihatkan melapor kepada keselamatan siber insiden seperti serangan perisian bahaya dalam komputer mereka menerusi emel kepada cyber999@cybersecurity.my untuk analisis dan tindakan selanjutnya oleh pakar keselamatan siber kami," katanya. - Bernama

Penghuni Gua : saya sudah ambil tindakan seperti yang disarankan oleh NISER. Ia mengikut langkah seperti yang dicadang di laman Niser iaitu : http://www.mycert.org.my/en/services/advisories/mycert/2009/main/detail/647/index.html.

Kesannya amat baik. Hasilnya komputer Penghuni Gua samada bila buka Internet dan lain-lain program, datanya terbuka dan akses maklumatnya bagai halilintar kepantasanya. jadi ambil tindakan segera untuk " Remove " benda buruk ini. Ikut langkah di bawah tajuk Mitigation di laman web Niser iaitu http://download.eset.com/special/EConfickerRemover.exe .
Ini program yang bagus. Penghuni Gua baru saja selesai ambil tindakan. Hasilnya " WOW ". Ia lambat laun akan menjahanamkan komputer anda jika terlewat.
Segerakan.

2 comments:

  1. maklumat menarik tuan. saya akan hantar mesej rakan3 kita utk ambil perhatian..tq

    ReplyDelete
  2. Jangan risau.. kalau pakai OS ory.. sila update Windows anda.. pasal dalam update tu ada patch dari Microsoft.. (Cecacing buatan Microsoft kot)..

    Kalau yang pakai lanun punya.. nanti AV anda akan kasi update untuk cecacing tu.. (sentiasa update AV anda)

    Kepad user biasa.. xperlu kecoh2.. kalaua da orang blh ceroboh PC kita..bukan dapat apa2 pun.. satu sen pun xdapat..

    Kepada orang yang suka2 main duit secara online tu.. belilah OS ory & AV berbayar (bukan Free ek).. agar PC & Duit anda tak da orang nk 'pow'..

    wassalam... www.umnopengkalankubor.blogspot.com

    ReplyDelete

PETA PELAYAR