FOLLOWERS

Thursday, 5 March 2009

ILHAM YB IBRAHIM ALI : DARURAT








KUALA LUMPUR 4 Mac – Isytihar saja darurat di Perak!

Demikian saranan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.

Beliau berkata, kerajaan sepatutnya mengisytiharkan darurat di Perak kerana keadaan semakin tidak menentu kebelakangan ini.

Menurut Ibrahim, tindakan pakatan pembangkang memprovokasi dan mengkucar-kacirkan keadaan sudah sampai kepada keperluan mengisytiharkan darurat di negeri itu.

Beliau berkata, tindakan pakatan pembangkang seolah-olah mencari simpati tetapi menyerlahkan lagi kebodohan mereka tentang undang-undang.

“Keadaan semakin bercelaru dan jika tiada sebarang tindakan paling tegas diambil maka hari-hari kita akan dimomokkan dengan cerita-cerita sebegini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Berita lanjut : Lihat....


Penghuni Gua : Tahniah YB Ibrahim Ali. Penghuni Gua dah cadang minggu lepas lagi. MAGERAN kan saja di Perak. Habis cerita. Biar mereka yang berkenaan sedar pentingnnya keselamatan awam di jaga dan dipelihara. Kepentingan awam patut diutamakan dari kepentingan beberapa individu yang berkepentingan. Beri isyarat yang betul kepada rakyat tentang ketegasan kerajaan. Jika tindakan tegas tidak diambil segera, maka mesej yang salah telah diberi kepada umum bahawa kerajaan takut dan tidak tegas. Ini akan lebih membawa kekacauan. Jangan sesekali kerajaan dilihat lembik. Ini akan menghilangkan perhormatan rakyat terbanyak kepada kerajaan. Mungkin tindakan ini tidak popular. Tetapi kami rakyat yang banyak berdiam diri ini memang tidak merestui apa yang berlaku. Keadaan tidak menentu diseluruh negara khasnya di Perak. rakyat semakin rimas. bagi kerajaan, dengarlah suara kami. Sokongan rakyat kepada kerajaan masih kuat. pengundi senyap ini amat menyokong kerajaan yang ada cuma kami atau mereka yang serupa dengan kami yang kurang bersuara. Tahniah YB Ibrahim. Teruskan kelantangan vokal anda. Mungkin ada sesuatu kebaikan dan hikmat anda dilahirkan sedemikian. lihatlah.....


MAGERAN. Mungkin sebahagian rakyat tidak tahu kuasanya.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR