FOLLOWERS

Monday 2 March 2009

Pekida buat aduan polis terhadap Gani Patail





Mar 2, 09 6:10pm

Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan Badan Bertindak Rakyat Malaysia (BBRM) membuat laporan polis terhadap peguam negara yang mengklasifikasikan kematian A Kugan sebagai kes bunuh.Mereka mendakwa kenyataan Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung kematian suspek curi

Laporan polis itu dibuat oleh pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan, Roslan Dahaman dan setiausaha BBRM Naseron Ismail di Ibu PejabatPolis Daerah Sentul, Kuala Lumpur hari ini.Roslan dipetik berkata aduan itu dibuat bagi memastikan tiada salah guna kuasa dan menuntut peguam negara agar tidak mengetepikan pandangan pihak lain."Gani mengetepikan pandangan kedua-dua individu itu apabila beliau mendakwa Kugan mati disebabkan dibunuh dan bukan disebabkan paru-paru berair seperti yang disahkan sebelum ini... justeru kita minta beliau mengkaji semula pandangannya itu," katanya selepas membuat laporan itu.Roslan berkata kenyataan peguam negara itu boleh disalaherti dan dianggap seperti menggalakkan perlakuan jenayah serta memberi perlindungan kepada penjenayah.


Menurut agensi berita itu lagi, beliau berkata pasukan polis tidak sepatutnya dipersalahkan atas kematian Kugan kerana mereka hanya menjalankan tugas mereka.Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata siasatan akan dijalankan oleh polis Putrajaya berikutan kedua-dua badan pernah membuat laporan berhubung perkara yang sama di IPD Putrajaya pada 23 Jan lepas.Kugan direman 15 Jan lalu bagi membantu siasatan polis dan meninggal dunia empat hari selepas itu semasa dalam tahanan polis.


Penghuni Gua : Banyak juga menerima keluhan dan rintihan pegawai-pegawai kanan polis mengenai kes ini. Ramai dari mereka amat tidak puas hati mengapa kes ini disiasat di bawah sek 302 Kanun Keseksaan. Lapuran pakar sepatutnya wajib diambil sebagai asas untuk menyiasat dan asas utama bagi mengklasifikasi kes. Ini lapuran pakar. Polis hanya membuka kertas siasatan dan mengklasifikasi kes setelah mendapat lapuran perubatan. Sepatutnya kuasa menyiasat adalah kuasa polis. Polis yang sepatutnya klasifikasikan kes berdasar sebab kematian yang dikemukaan oleh patologist. selepas siasatan , itu merupakan tugas pendakwa raya samada hendak mendakwa atau tidak berdasar bukti yang dikemukan oleh polis.
Pembahagian tugas telah jelas dalam undang-undang antar bidang kuasa peguam negara dan pihak polis ( siasatan ). Mereka mengatakan kes ini seolah mengarah pihak polis untuk mencari bukti supaya kes bunuh boleh dibuat dakwaan. Seolah ini di frame / bias kepada PDRM. Tak tahulah, ..........meraka yang bijak pandai...... buat lah labu.


Penghuni Gua : Memiliki ijazah undang-undang rimba aje. Apa pun terima kasih PEKIDA kerana membangkitkan isu ini. Bersemangat polis kerana masih ada yang menyokong dan membelanya

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR