FOLLOWERS

Tuesday 17 March 2009

KEPUTUSAN LEMBAGA DISIPLIN UMNO : TAHNIAH YM Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail



1. Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, dilarang bertanding atau dipilih untuk jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti minggu depan. Perkara itu diputuskan Lembaga Disiplin Umno pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Umno di Menara Dato Onn di sini, sebentar tadi.


2. Calon Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin juga didapati bersalah melanggar peraturan pemilihan parti, tetapi hanya diberi amaran.Manakala seorang lagi calon Ketua Pemuda, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pula didapati tidak bersalah........................................10 orang lagi digantung keahlian selama tiga tahun, mulai 12 Mac, termasuk seorang ketua Pemuda Negeri.
Yang lainnya terdiri daripada ketua bahagian dan cawangan. Manakala empat orang diberi amaran termasuk Khairy.



Bagaimanapun, Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau dibenarkan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno hujung bulan ini. Berita lanjut :..............


Penghuni Gua : Terimalah keputusan ini dengan hati yang terbuka dan berlapang dada. Ini bagi kelangsungan UMNO dan negara keseluruhannya. Pemimpin datang dan pergi. Parti perlu diutamakan. Pandang secara positif. Semua penyokong dan pemimpin bahagian dan cawangan hendaklah tidak bertindak diluar perlembagaan parti dan negara. Ambil ini sebagai satu pengajaran dan peringatan kepada yang lain bahawa UMNO tidak berkompromi di atas perkara yang menyalahi peraturan parti. SELAMAT BERTANDING DENGAN PENUH SEMANGAT KEKELUARGAAN KEPADA SEMUA CALUN.


Kepada 2 bekas pemimpin UMNO yang bercadang hendak membawa UMNO ke mahkamah jika Lembaga Disiplin lambat bertindak bagi membenteras politik wang; lupakanlah hasrat tersebut. Bersatulah kembali. Kami pemerhati luar , cukup bimbang tentang apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku. Bertaut lah kembali dan kukuhkan kekeluargaan parti anda. Kekuatan parti anda pada pandangan kami adalah gambaran kekuatan negara. Serba sedikit kekurangan dan perbezaan pendapat itu, selesaikanlah melalaui rundingan dan musyawarah. Beri contoh kepada pemimpin-pemimpin muda anda, bagaimana anda menangai krisis di dalam parti. Ini akan kekal dalam sejarah. Keburukan yang anda tunjukkan, maka keburukanlah yang akan pemimpin muda ini akan warisi.

Pada pandangan kami sbagai orang luar, keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin ini adalah di atas konsep , menang , menang. Kepada yang dihukum pun menang dan parti juga menang serta kestabilan negara juga menang.

Penghuni Gua: Hanya pemerhati bebas.

2 comments:

  1. Salam sejahtera Sdr Arif..Terima kasih juga kerna mendapatkan no akun adik Nik Madihah. InsyaAlah sumbangan akan disalurkan sedaya yg mungkin. Kawan2 lain dipohon sama2 membantu setakat yg daya..hatta sebaris doa.

    ReplyDelete
  2. Sangat baik..UMNO perlu melakukan pembersihan total.Tak kira jerung/bilis..yg masih menggunakan duit daripada ketokohan utk bertanding jawatan dalam UMNO wajar direhatkan. Hari ini DS Ali Rustam didapati bersalah dan dilarang bertanding. Tahniah JK Disiplin UMNO.

    Tapi musykil jugak aku kenapa KJ juga bersalah politik wang tapi masih dibenar bertanding?? Something "fishy"here..Kenapa ada dua keputusan brbeza?? Adakah dia menantu PM?? Atau adakah dia gi duit cuma RM300 sorang manakala DS Ali Rustam bagi RM1K sorang??? Atau apa??? Tengku Pengerusi JK Disiplin UMNO!!!! Mengapa ni???Dah bersalah tu bersalah lah..janganlah bagi bertanding. Nampak macam Tengku Pengerusi pun sama2 berkecimpung dalam politik wang pulak!!!! Aik lain benar pulak bunyinya.

    Para perwakilan pemuda yg membaca blog Sdr Arif ni..aku nak bagi sikit nasihat. Gandingan terbaik adalah MUKHRIZ dan RAZALI IBRAHIM. InsyaAllah akan terus relevan sampai bila2.

    Kepada Allah SWT kita menyerahkan....

    ReplyDelete

PETA PELAYAR