FOLLOWERS

Friday, 6 March 2009

PENJENAYAH DI TEMBAK DI KELANTAN : LIHATLAH KEJADIAN INI. TIADA ISU KAUM : FIKIRKANKAN SEMUA PEMIMPIN KITA



Utusan Malaysia 6 mac 2009


BISIK-BISIK AWANG SELAMAT


POLIS semalam terpaksa berbalas tembak dengan empat penjenayah di Kelantan. Keempat-empat mereka ditembak mati. Dua daripada penjenayah itu orang Melayu manakala dua lagi warga Indonesia. Apa yang Awang mahu tonjolkan ialah kegiatan jenayah dan penjenayah tidak mengenal kaum. Ia mungkin Melayu, Cina, India atau kaum-kaum lain. Oleh itu apa juga operasi polis bagi membanteras kegiatan jenayah jangan sekali-kali cuba dipolitikkan dan dimainkan sebagai isu perkauman. Jika itu berlaku, ia amat tidak adil kepada pihak polis.


Setahu Awang, polis mempunyai prosedur operasi yang jelas berhubung penggunaan senjata api. Seingat Awang, tembakan sama sekali tidak akan dilepaskan kecuali nyawa pihak polis terancam ataupun nyawa pihak ketiga seperti orang awam terancam oleh tindak-tanduk penjenayah yang bersenjata api. Atas dasar itu, bagi kes-kes polis berdepan dengan penjenayah ganas dan bersenjata api, risiko kena bunuh sentiasa dihadapi oleh pihak polis. Awang percaya dalam kes-kes sedemikian, jika polis tidak bertindak tangkas, nyawa merekalah yang akan melayang. Dalam keadaan itu siapa yang kita perlu pertahankan - anggota polis yang menjaga keamanan atau penjenayah yang menggugat keamanan kita?


Awang – Cukup faham.


Penghuni Gua : Penjenayah yang ditembak mati di Kelantan semalam terdiri 2 warganegara Indonesia dan 2 bangsa melayu warga negara Malaysia. Lapuran dari parlimen semalam menyebut Tim. Menteri Dalam Negeri mengatakan bahawa pada 2008 sahaja seramai 79 orang penjenayah ditembak mati. Separuh darinya adalah Indonesia dan selebihnya adalah warganegara Malaysia. Juga 8 pegawai dan anggota polis juga terkorban. Jadi fikirkanlah diluar kotak kaum. Juga kepada semua pejuang hak asasi penjenayah di Malaysia, apakah sumbangan anda terhadap kebajikan 8 orang anggota dan pegawai polis yang terkorban pada 2008 ? Adakah anda pernah menderma dan membantu mereka dengan sumbangan 1 sen sekecil2nya. Jawapannya kosong. Jadi jangan cakap lebih-lebih lah. Kepada PDRM teruskan tugas dan tembakkan anda. Tahniah PDRM. Itulah wajah anda ( walau dikecam dari berbagai sudut anda tetap bertugas dengan setia sepanjang masa ). Tahniah.


Penghuni Gua : Tembak udang aje di Sungai Kemaman, Cukai, Terengganu cuti ini. Guna lidi basikal.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR