FOLLOWERS

Wednesday, 11 March 2009

FATWA TENTANG AURAD ISMAILIAH AJARAN MAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN




Dipetik dari WEB : Jabatan Mufti Negeri Selangor.








NEGERI SELANGOR
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF SELANGOR GAZZETE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 48
23hb November 1995
TAMBAHAN No. 23
No. 24
PERUNDANGAN
Sel. P.U 48.

ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM
1989

FATWA TENTANG AURAD ISMAILIAH AJARANMAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN

En. 2 / 1989

PADA menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen 31(1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW ENACTMENT
1989
FATWA ON AURAD ISMAILIAH AJARANMAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN

En. 2 / 1989
IN exercise of the powers conferred by subsection 31(1) and section 32 of the Administration of Islamic Law Enactment 1989 the Mufti for the State of Selangor, after discussion with the Islamic Legal Consultative Committee, makes the fatwa as specified in Schedule.
JADUAL/ SCHEDULE

( 1 )
Ajaran Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd.Rahman didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.

( 2 )
Orang-orang Islam yang telah menerima ijazah dan mengamalkan Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd.Rahman di mana-mana jua berada hendaklah meninggalkan dan segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata'alla.
Dibuat pada 25hb Oktober 1995
Made the 25th October 1995.[JAI.Sel.8014/7 Jilid IV; P.U.Sel.AGM/0007.]

DATO' HAJI ISHAK BIN HAJI BAHAROM Mufti Negeri Selangor

Penghuni Gua : Adakah ini orang yang sama di mana DSAI menghadiri majlis Maulidur Rasul semalam. Habis , apa cerita pulak ini. Apa jawapan Jabatan Agama Islam Selangor ? Jawab segera. Jika ya , bagaimana madrasah ini boleh beroperasi. Kalau bukan minta maaf lah. Pohon jawapan dari JAIS segera !!!

10 comments:

  1. orang yang sama tu.

    JAIS tertido agaknya.

    ReplyDelete
  2. tolong terang khilaf aurad ismiliah dari hukum tarekat yang muktabar tolong beri jawabannya kalau tak arif tentang ilmu tarekat tolong jangan jawab nanti timbul fitnah pada ugama awak pulak yang sesat

    ReplyDelete
  3. senang aje jawabnya. prof othman ishak dekan fakulti islam um semasa saya belajar dengan dia dan dia maklumkan senang aje agama islam ini. ikut aje tarekat nabi muhamad. habis cerita. apa nak pecah-pecahkan ikut berbagai jenis apa entah. islam tu tak susah. kita sahaja nak menyusah dan jadi berpuak-puak dan berasingan. Fatwa pun dan jelas , apa nak bertekak lagi . jangan kita asyik nak menyalahkan orang lain. pemerintah dan pihak berkuasa yang arif tentang agama dan mengesahkan. Takkkan bodoh sangat dato ishak baharum juga dan prof othman ishak. Ayah saya pun guru agama di kuantan pahang. Bertaubatlah dan jangan pecahkan lagi umat islam dengan berbagai aliran ciptaan sendiri. Nabi Muhamad dan tunjuk dengan jelas dan mudah sahaja. Tak ada pun tarekat ismaliah masa nabi. Ikut tarekat nabi terakhir kita sudah. Jangan nak memandai dan menambah tokok dan ujud dengan berbagai nama dan gelaran. lagi keliru umat islam ni.dah banyak contohnya.

    ReplyDelete
  4. Bismillahhirrahmanirrahim

    Siapa sebenarnya Syeikh Mahmud Al-Kedahi?

    1)Tarekat di madrasah nurul iman pimpinan "Syeikh Muhyiddin" Abdul Qadir Mahmud Al-Kedahi/Mahmud "al-Majzub" ini telahpun difatwakan menyeleweng oleh bekas mufti selangor, Dato' Haji Ishak Bin Haji Baharom (semoga Allah mengampuninya dan merahmatinya) pada tahun 1995. Ia difatwakan dibawah nama ajaran Aurad Ismailiah.
    Rujukan:
    http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/KoleksiBukuPanduanFatwa/FatwaWartaKerajaanSelangor25%201991-1997.htm
    Fatwa Kerajaan Selangor diwartakan pada 25 Oktober 1995

    2)Fatwa ini boleh juga didapati di dalam website rujukan rasmi fatwa di Malaysia :
    http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=445

    3)Tarekat ini juga telah disenaraikan dalam "AJARAN-AJARAN SESAT YANG TELAH DIWARTAKAN" (nombor 45: Tarikat Aurad Ismailiah) yang boleh didapati pada website JAKIM berikut:
    http://www.islam.gov.my/ppi/profil.html

    4)Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Negeri Kedah pada 25.4.1979 memutuskan mengharamkan ajaran yang dibawa oleh En. Mahmud bin Abd. Rahman dan para pengikutnya kerana membawa, mengajar dan menyebarkan ajaran salah disisi syariat Islam kepada masyarakat Islam.
    Ini disalin dari booklet bertajuk:
    Himpunan Ajaran, Amalan dan Fahaman Yang Telah Difatwa dan Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor oleh JAIS

    ReplyDelete
  5. 5)Berikut saya pastekan dari booklet JAIS penerangan mengenai fatwa berkaitan.
    (Dengan kerjasama Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa) Negeri Selangor)

    Booklet berkenaan bertajuk:
    Himpunan Ajaran, Amalan dan Fahaman Yang Telah Difatwa dan Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor
    (Diterbitkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor)
    Cetakan Pertama - 2000
    Cetakan Ketujuh - 2006

    Aurad Ismailiah
    (Ajaran Mahmud bin Hj Abd. Rahman)

    Latar belakang
    1. Beliau berasal dari Bt. 5, Sik, Kedah.
    2. Selepas ajarannya difatwakan haram di Kedah beliau telah berpindah ke Selangor.
    3.Ajaran beliau berkembang di Surau Nurul Iman Bt. 12 3/4, Jalan Sg. Long, Hulu Langat..
    5. Semasa di Kedah, ajaran ini berkembang di Kg. Hangus, Kupang dan Kg. Kijang Baling.
    6. Beliau selalu bertapa di Gua Bukit Enggang Kedah yang dianggap Gua Hira dan batu besar di dalamnya dianggap Hajarul Aswad.

    Ciri- Ciri Kesalahan
    1. Pengikut dikehendaki membayangkan wajah guru ketika berzikir dan bersuluk.
    2. Semasa berpuasa dan bersuluk, pengikut tidak dibenarkan memakan yang berdarah dan minum seteguk air sahaja bila dahaga.
    3. Semasa upacara berzikir, guru akan memukul lantai menggunakan rotan menyempurnakan rentak ratib.
    4. Kemuncak ratib ialah apabila pengikut-pengikut melompat tidak sedarkan diri.
    5. Mendakwa menerima wahyu dari langit.
    7. Menganggap diri dan amalan mereka lebih suci dan tinggi martabatnya dari orang-orang lain yang tidak mengikut ajaran itu.
    8. Membuat pengakuan dan dakwaan yang aneh seperti dia tidak siuman semasa hendak menerima ajaran itu ketika bertapa di Gua Bukit Enggang, beribadat dalam gua yang digali, dianugerahkan oleh Allah kepadanya mengenal yang hak dan yang batil tanpa belajar serta Allah memperlihatkan kepada dunia ini yang penuh dengan dosa.
    10. Lafaz zikir yang asalnya "Lailahaillallah" telah diubah di dalam masa berzikir kepada lafaz yang lain daripada yang asal.
    11. Di dalam berzikir (beratib) diangkat suara dan diselangselikan dengan pukulan rotan untuk menyamakan rentak irama ratib itu dan berlaku kelakuan-kelakuan yang melanggar adab zikir, ada yang menari, ada yang menyulu, ada yang tonggeng buyung, ada yang terselak kain, ada yang menangis. Kejadian-kejadian ini mengikut dakwaan En. Mahmud menunjukkan pengikut-pengikutnya banyak dosa. Tetapi mengikut dakwaan pengikut-pengikut mereka ketika itu telah sampai puncak kelazatan.
    12. Zikir (ratib) yang tiada ketahuan itu dikatakan zikir isi, manakala zikir orang kebanyakan yang terang lafaznya dikatakan zikir kulit.

    Aku berlindung dengan Allah dari kesesatan dan kejahilan dan aku berlindung dengan Allah dari tipudaya syaitan
    Wallahualam

    "Dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh Syaitan-syaitan. Dan tidak layak bagi Syaitan-syaitan itu berbuat demikian dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya. " [Asy-Syu'araa':210-211]

    "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. " [Al-Baqarah:208]

    ReplyDelete
  6. soalnya bukan mahmud tu yang bermasalah tapi kedua-dua pemimpin parti ini yang menimbulkan masalah kerana mmbodohkan rakyat...
    1)majlis agama kata haram tapi cara mereka(pemimpin) ini menunjukkan sebaliknya
    2)menimbulkan kekeliruan terhadap rakyat mengenai fatwa majilis agama
    3)membuktikan bahawa mahmud ini lebih berkuasa dari dari mereka
    i-mereka yang datang berjumpa mahmud bukan sebaliknya
    4)mereka_pemimpin_menimbulkan syak wasangka disamping cuba menafikan kredibilti jab agama.
    5(tiada penjelasan kedua mereka mengenai mahmud
    i)sbb perjumpaan
    ii)hubungan
    6)jika benar mereka seccra kebetulan tapi itu bukan soalnya tetapi tidakkah PM mmmpunyai maklumat yg jelasa ttg ajaran ini?

    ReplyDelete
  7. saya telah lama cuba mencari dimana silapnya fatwa yg dikeluarkan terhadap Fatwa Tentang Aurad Ismailiah Ajaran Mahmud Bin Haji Abd Rahman yang diharamkan oleh jab agama islam apabila anwar mengunjunginya namun begitu ia tidak mengejutkan lagi namun yang lebih memeranjatkan kehadiran Perdana menteri Malaysia!! ...berbagai persoalan yang timbul apabila kejadian ini berlaku..

    1)Apakah mereka(terutama PM) telah memahami fatwa yang dikeluarkan?
    2)Tindakan mereka seperti cuba menafikan atau mengetepikan hak fatwa jab agama terhadap mahmud
    3)Menunjukkan betapa kebal atau kuatnya pengaruh Mahmud hingga ia mampu bertahan kini.
    4)Ini juga mmbuktikan bahawa ajaran oleh mahmus ini adalah betul dan ajaran yang kita amalkan ini salah sebab kalau dah jabatan agama kata salah sedangkan ketua pemimpin ini kata betul(melalui tindakan).
    5)tindakan PM ini juga seperti tidak menghormati ketua agama islam dimalaysia (tidak memperdulikan fatwa) setelah hadir dan menjamu selera umpama menyokong ajaran mahmud yang tidak ada salahnya ajaran tersebut.
    soalnya mengapa mereka (terutama PM)memperbodohkan kita?mengapa saya berkata begitu kerana disatu pihak dimana kita diminta mengikutinya kerana atas dasar agama(jab agama) tetapi disatu pihak pula bersikap sebaliknya dimana ia adalah ketua pemimpin(PM)....dimanakah silapnya?

    ReplyDelete
  8. hadith qudsi:
    "Barang siapa memusuhi waliKU, AKU isytihar perang atas mereka"

    ReplyDelete
  9. assamualaikum semua pembaca...

    kalau kita betul-betul mendalami ilmu sayariat berdasarkan al-quran dan al-sunnah kita akan tahu mana sesat mana yang tak sesat.

    saya lebih mengenali tariqat yang dibawa oleh syekh mahmod. di segi amalan syariah alhamdulillah mereka tiada yang menyeleweng.. tetapi amalan2 tambahan yang mereka tambah2( atau disebut dalam bahasa arab adalah bid`ah) seperti zikir yang terloncat2 dan meraung2. itu yang bagi saya agak terpesong.

    keduanya mana2 tariqat sufi ni suka mengagungkan pemimpin mereka sehingga ada yang kata pemimpin mereka atau guru mereka sebagai wali. termasuklah tariqat yg dibawa oleh syekh mahmod. ini pun saya tak boleh terima. sedangkan syekh mahmod yg saya kenal tahap ilmu dia pun tak tinggi mana. perbahasan ilmiah dia pun agak kurang dar para ilmuan yang lain. banyak membawa cerita2 dongeng khayalan yang palsu saja..

    kesimpulannya nak kata sesat tu tak sesat 100% cuma ada amalan mereka yang patut ditegur. kedunya adalah taksub/fanatik pada pemimpin sampai mengagung2kan. ketiganya mana2 guru yang kita belajar kita juga kena kaji sumber2 ilmu yang disampakan. bukan ikut buta2 atau dalam bahasa arab hanya BERTAQLID BUTA

    ReplyDelete
  10. saya rasa amalan tariqat ni tak sesat yg sesat adalah cara pemahamannya. org yang tidak memahami tariqat tidak bisa membahaskan ilmu berkaitan hakikat dan makrifat. sebagai org awam macam kita ni saya rasa tak payah lah membahaskan amalan tariqat sebab tak tahu sejauh mana kebenarannya. kita kata orang sesat, takut2 kita yang sesat.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR