FOLLOWERS

Saturday 7 February 2009

KRISIS DI PERAK: PEJELASAN DARI SUSUT UNDANG-UNDANG OLRH DR SIDDIQ AZANI, FAKULTI UNDANG-UNDANG UiTM


Keputusan telah dibuat. SPR sebulat suara telah menyatakan bahawa kedua-dua ADUN PKR mempunyai hak untuk keluar parti dan tiadalah kuasa SPR untuk mencabarnya kerana ia jelas tidak bertentangan dengan undang-undang negara dan perlembagaan SPR.

Speaker DUN Perak Sivakumar dengan angkuh menyatakan “It is the right of the Speaker to decide on the seats. It is not the duty of the Election Commission. I stand by my decision to declare the Behrang and Changkat Jering seats vacant,”. Boleh beritahu kami YB dari mana undang-undang ini timbul? Charter mana yang YB pakai?

Seorang speaker hanya mempunyai hak untuk mengiystiharkan sesebuah kerusi itu kosong atau vacant jika hanya selepas kedua-dua ADUN itu meletak jawatan. Tetapi ternyata kedua-dua ADUN itu menafikan bahawa mereka telah meletak jawatan, dan masih berkhidmat sebagai ahli Yang Berhormat untuk kawasan masing-masing.

Ini langsung bertentangan dengan perkara 10 perlembagaan persekutuan yang memberi kebebasan kepada sesiapa untuk menganggotai mana-mana persatuan dan parti politik tanpa batasan dan halangan dari sesiapa.

Ini juga telah dibuktikan dalam kes Nordin Salleh v DUN Kelantan.

Dakwaan bahawa terdapat perjanjian antara ADUN Pakatan supaya meletakkan jawatan jika keluar parti merupakan perjanjian tidak sah dari segi undang-undang dan tidak boleh diguna pakai. Jelas sekali ia bertentangan dengan undang-undang.

Persoalannya siapakah yang mempunyai hak untuk menguatkuasakan perjanjian tersebut? Sahkah perjanjian antara anak dan ibu yang melarang anak itu keluar bermain setiap petang? Sungguh lah bodoh dan tidak logiknya.

Seperti kata Pengerusi DAP Karpal Singh, adalah merupakan suatu tindakan yang sia-sia untuk membawa isu ini ke mahkhamah. Terimalah hakikat ADUN kamu sudah lompat parti.

UPDATED 3pm

By Adib Zalkapli and Lee Wei Lian IPOH, Feb 5 — Sultan Azlan Shah has refused to give his consent for the dissolution of the Perak state assembly, and has asked Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin to resign, national news agency Bernama is reporting. And if Nizar refuses to resign, the post will be declared vacant. This will pave the way for Barisan Nasional to form the next state government.

Mengikut perlembagaan persekutuan, apabila seseorang Perdana Menteri telah hilang sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat, beliau mempunyai dua peringkat yang harus dilalui.

1) memohon mengadap YDPA untuk perkenan pembubaran parlimen dan mengadakan pilihanraya semula. YDPA bertindak diatas kapasiti sebagai ketua negara berhak mengatakan tidak atau bersetuju dengan Perdana Menteri.

2) jika YDPA tidak bersetuju, maka Perdana Menteri harus meletakkan jawatan.
Perlembagaan ini diaplikasikan ke seluruh perlembagaan negeri seperti yang telah diputuskan di dalam kes Stephen Kalong Ninkan v Tun Abg Hj.Openg & Twi Sili (1966).

Di dalam kes Datuk Nizar seperti di atas, Nizar harus letak jawatan dan perhimpunan khas Pakatan pembangkang jika diadakan sekalipun tidak dapat mencabar keputusan Seri Paduka Baginda Sultan Azlan Shah ini.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR