FOLLOWERS

Sunday 1 March 2009

HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU = APARTEID : TEGAS DAP


























JOHOR BAHRU 26 Feb. - Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman membidas kenyataan Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Dr. Boo Cheng Hau yang menyamakan hak keistimewaan bumiputera dengan dasar aparteid. Beliau berkata, penggunaan istilah aparteid yang disamakan dengan konsep 'bumiputeraisme' adalah melampau, tidak berasas dan keterlaluan.


Tegasnya, Cheng Hau telah menggunakan sidang DUN untuk menarik perhatian ramai dengan cara berbahaya kerana memainkan sentimen perkauman.
"Ada di antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menggunakan Dewan untuk dapatkan perhatian, kalau balik kampung, dia bawa balik istilah ini, maka ini adalah melampau.
"Saya harap masyarakat umum lebih rasional untuk timbangkan apa yang dibangkitkan oleh Skudai (Cheng Hau) hari ini," katanya. Berita lanjut :......


Penghuni Gua : Semua pihak patut merenung sejenak sejarah negara. Pemimpin terdahulu dari berbagai bangsa memerah otak dan bertolak ansur dalam usaha untuk mencapai kata sepakat untuk mencapai kemerdekaan dan merangka perlembagaan negara. Konsep perundingan kesemua pemimpin negara terdahulu ialah mereka memakai konsep memberi dan menerima. jadi masing-masing bertolak ansur. Meraka mencari persamaan bukan perbezaan. Sebab itu negara peroleh kemerdekaan dan perlembagaan negara digubal sebegitu rupa. Jadi kita yang hidup pada hari ini , jangan lupa perjanjian dan tolak ansur tersebut. Semua pihak dalam perundingan tersebut mengalami kerugian ( kalau nak dikaji satu persatu ) dan semua pihak juga peroleh keuntungan. Jadi jangan diungkit lagi perkara asas perlembagaan tersebut.


Kepada kerajaan , ambillah sesuatu tindakan tegas kepada mereka yang kerap mempertikaikan perkara asas pembentukan negara ini . Ambil tindakan setegas-tegasnya agar mereka yang terlibat mengerti tentang erti keselamatan negara. banyak pihak sudah besar kepala dan semuanya ingin bercakap dan ingin mengubah apa yang menjadi asas pembentukan negara ini . Ambillah tindakan sepertimana tindakan kita membenteras ancaman kominis dahulu. Jika terlewat atau kita takut atau masih berfikir , negara akan hancur. Kegiatan musuh pada masa ini dan berbentuk sebegini amat bahaya dan lebih bahaya dari kominis. Kominis berjuang secara berdepan dan mengistiharkan perjuangan mereka secara terbuka. Mereka yang di atas berjuang dengan bertopengkan demokrasi dan parlimen. Pembenterasan secara biasa amat sukar. Senjata negara yang masih utuh yang amat kita gunakan waktu ini, sepatutnya digunakan semaksiam mungkin dalam menangani makhluk perosak ini. Segerakan tindakan sebelum nasi menjadi bubur.


Penghuni Gua : Tak minta lebih-lebih. Minta keamanan terus kekal digua pertapaan. Enough is enough.

Tambahan : Makhluk-makhluk jenis di ataslah yang dahulunya menghina dan memburukkan pemimpin dan negara kita di New Zealand , Australia dan di UK.Mereka ini semasa belajar disana memburukkan negara bahawa mereka dilayan seperti warganegara kelas kedua. Sebahagiannya mengatakan tidak akan balik ke Malaysia atas sebab tersebut dan sebahagian lagi terus migrate ke negara tersebut. Semasa YAB Tun Razak melawat Australia, dengan menutup muka ( dengan kertas pembungkus barang dan hanya menebuk lubang di mata ) mereka berkumpul beramai-ramai di Airport dan disebuah universiti di Australia di mana Tun Razak akan melawat.

Ketibaan YAB Tun Razak disambut dengan balingan telur ayam. Jadi inilah sebahgaian dari mereka yang akhirnya balik semula ke Malaysia yang mereka hina dan dikatakan melayan mereka sebagai rakyat kelas kedua. Akhirnya mereka jilat semula ludah mereka. Inilah orangnya. Sekiranya negara huru hara pada masa sekarang , mereka yang tidak bertanggung jawab ini akan meninggalkan negara ini mencari tempat selamat. Jadi kepada kerajaan dan pihak berkuasa; jangan layan permintaan mereka ini dan sesuatu tindakan drastik wajib diambil dengan menggunakan undang-undang pencegahan yang kita ada. Pengajaran akan diperolehi oleh perosak ini. Kami mahu tindakan dan bukan lagi amaran demi amaran.

1 comment:

  1. kita sepatutnya memperingati perjuangan dan tokoh terdahulu kerana mereka bersusah payah memperjuangkan untuk mendapatkan kemerdekaan tanah air demi anak bangsa n negara...tokoh-tokoh terdahulu tidak mahu melihat anak bangsanya sendiri hidup susah dalam negara sendiri...fikir-fikirkan...dan renungkanlah...from:nor dalila...

    ReplyDelete

PETA PELAYAR