FOLLOWERS

Sunday 13 September 2009

KASIH SEORANG SUAMI...........................





PAK Mat seorang penduduk sebuah pondok di utara tanah air. Pada pertengahan Mei lalu, isterinya, Maznah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung. Pak Mat yang berusia menjangkau 50-an mula dilihat luar biasa oleh jiran-jirannya kerana beliau akan pergi ke kubur isterinya tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya secara berterusan lebih dua minggu.

Ada setengah daripada jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya. Seorang saudara terdekat menemuinya dan berkata:

“Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu."

Pak Mat menjawab: “Sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas terakhirnya, beliau berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dulu.

"Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh..." katanya dengan selamba.

ISMAIL, Jasin, Melaka.
Penghuni Gua : He he he he he. Bagus juga kisah ni.

2 comments:

  1. Ha ha ha...itu baru berhemah. Nasib baik dia tak bawak baja sekali.

    ReplyDelete
  2. hahaha
    tunaikan permintaan terakhir sang isteri..

    ReplyDelete

PETA PELAYAR