FOLLOWERS

Wednesday 9 September 2009

KRISIS PERAK : MAHKAMAH SAHKAN GENESAN SPEAKER DUN PERAK !



Oleh Mohd Feroz Abu Bakar/Article/index_html
V Sivakumar (kiri) dan R Ganesan


Mahkamah batal saman Sivakumar IPOH: Keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak menyingkirkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh dari DAP, V Sivakumar, sebagai Speaker DUN adalah muktamad dan tidak boleh dicabar oleh mana-mana mahkamah. Perkara itu diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azahar Mohamed, selepas membatalkan saman Sivakumar terhadap Speaker DUN, Datuk R Ganesan, di sini semalam.

Azahar berkata, mahkamah tidak boleh mencampuri keputusan yang dibuat pada sidang DUN Perak, 7 Mei lalu kerana ia diputuskan secara betul mengikut Perkara 72, Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan urusan persidangan DUN dijalankan secara sah dan tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah.

"Sebarang perkara yang dibangkitkan berhubung dengan pemecatan atau pelantikan Speaker dalam sidang DUN perlu dikaji, dibincang dan diselesaikan di dewan berkenaan dan bukannya mahkamah. "DUN Perak mempunyai bidang kuasa eksklusif berhubung perkara itu.

Bagi saya, begitu juga dengan mahkamah ini, keputusan dewan berkenaan pada 7 Mei 2009 menyingkirkan plaintif (Sivakumar) sebagai Speaker dan pelantikan defendan (Ganesan) sebagai Speaker adalah konklusif dan sudah ditentukan secara adil oleh sidang dewan pada tarikh itu," katanya. Pada 15 Mei lalu, Sivakumar memfailkan saman terhadap Ganesan memohon ganti rugi ke atas serangan dan kecederaan serta tahanan secara tidak sah ketika sidang DUN itu.

Sivakumar juga memohon untuk mendapat perintah injuksi terhadap Ganesan daripada menghalang beliau menjalankan tugas sebagai Speaker. Azahar berkata, tindakan Sivakumar mempersoalkan keesahan berhubung penyingkiran dan pelantikan sama seperti mempersoalkan keesahan Perlembagaan, sekali gus bercanggah dengan Perkara 72. Sehubungan itu, katanya, mahkamah tidak mempunyai pilihan melainkan membatalkan saman Sivakumar dengan kos. Di luar mahkamah, peguam Ganesan, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, berkata keputusan mahkamah itu selaras dengan hujah pihaknya berhubung hak keistimewaan DUN dan semua urusan persidangan itu tidak boleh dibawa ke mahkamah.

Katanya, Sivakumar tidak mempunyai asas untuk menyaman Ganesan daripada menjalankan tugasnya sebagai Speaker yang sah. "Semua dakwaan yang dibawa oleh Sivakumar terhadap Ganesan adalah remeh dan mahkamah tidak mahu campur tangan terhadap fungsi dan kawalan atau Sidang DUN.

"Apa yang penting, kerajaan sedia ada terus menjalankan tugasnya. Saya harap ini akan menghentikan keadaan tidak menentu di negeri ini dan pelbagai saman terhadap Speaker sekarang. Perjalanan sidang DUN terkandung dalam hak keistimewaan DUN dan tidak boleh dibicarakan atau dibawa ke mahkamah.

"Oleh itu, penyingkiran Sivakumar sebagai Speaker dilakukan secara teratur dan sah," katanya. Peguam Sivakumar, Chan Kok Keong, pula berkata beliau akan meneliti keputusan hakim dan berbincang dengan anak guamnya sama ada untuk merayu atau sebaliknya. Selain Firoz Hussein, Ganesan diwakili Datuk Mohd Hafarizam Harun, Chang Mai, Syed Faizal Syed Abdullah, Abu Bakar As-Sidiq, Badrul Hishah Wahap dan Faizul Hilmi Ahmad Zamri.

Penghuni Gua : Begitulah kisahnya. Dari sekarang YB Siva boleh lupakan segalanya tentang jawatan yang digila-gilakannya itu. Mahkamah sudah tamatkannya dan mengesahkan Ganesan sebagai speaker baru DUN Perak.

2. Yang lain tu, rentikanlah. Cukup-cukuplah dengan apa yang berlaku. Pentingkan dan beri perhatian kepada masalah rakyat.

3 comments:

  1. lepas ni dierang setup mahkamah derang sendiri, lantik hakim sendiri, bicara bawah pokok dan bagi diri sendiri menang pulak, tuan..derang ni mana pernah serik dan berhenti..

    ReplyDelete
  2. salam bro,

    Politik Perak dan Terengganu menjadikan politik Malaysia semakin menarik dan meloyakan hehehe

    ReplyDelete
  3. Masih ada sesetengah pihak yang dan masih enggan faham perbezaan sidang dan tempat sidang yang mendapat perkenan Tuanku dengan yang tidak mendapat perkenan Tuanku. Yang dibuat di bawah pokok atau di hotel itu, itu sendiri yang pandai-pandai maka prosidng DUN konon itu tidak memperolehi kekebalan. Sidang 7 Mei berbeza kerana ianya sah sebab adanya perkenan Tuanku. Dengan yang demikian, prsidingnya dan mereka yang terlibat dalam prosiding itu pun mendapat kekebalan.
    Kini giliran Ganesan pula selaku Speaker jika dia mahu, merujuk bekas Speaker dan kuncu-kuncunya kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan.

    Dr Abdul Rani bin Kamarudin

    ReplyDelete

PETA PELAYAR