FOLLOWERS

Friday 18 September 2009

PENJENAYAH NORDIN MAT TOP DITEMBAK MATI !








JAKARTA, Indonesia 17 Sept. - Kematian Noordin Mat Top hari ini membawa kepada berakhirnya pemburuan ke atas pengganas No. 1 di Asia itu selama lebih enam tahun, selepas dia terjebak dengan beberapa siri pengeboman dan keganasan di republik ini.


Pengganas paling dikehendaki di Asia itu terbunuh apabila dia dilaporkan meletupkan dirinya setelah pasukan keselamatan menggempur sebuah rumah di Solo, yang dipercayai menjadi tempat pesrembunyian Noordin dan konco-konconya. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Penjenayah ini sudah berakhir riwayat hidupnya. Sebahagian dari rangkaiannya baru di bebaskan sehari sebelum itu dari tahanan ISA di Malaysia.


2. Inilah sebahagian gulongan yang merasakan mereka lebih islam dari pihak lain. Maka dengan itu mereka sanggup menjahanamkan orang islam yang lain hingga membunuhnya juga. Kumpulan ini jika di Malaysia , sanggup merompak bank iaitu Southern Bank dan BSN sekitar KL pada sekitar tahun 2000 bagi mendapatkan dana untuk membiayai JI di Malaysia dan Indonesia. Dalam kejadian merompak BSN terakhirnya di Lembah Kelang , kumpulan ini kemudian ditembak mati ( 2 orang dan seorang cedera parah ) oleh pegawal keselamatan bank.


3. Ekoran itu, maka kegiatan kumpulan ini terbongkar seterusnya pihak berkuasa menangkap beberapa orang rakyat Malaysia ( termasuk anak TGNA dan juga mereka yang dibebaskan kelmarin dari ISA ) kerana terlibat dalam meranncang rompakan bank-bank di Malaysia.


4. Inilah ceritanya yang cuba dikelabui oleh ramai pihak termasuk parti pembangkang dan GMI serta pejuang hak asasi ( kononnya ). Jika pihak berkuasa lambat bertindak kemungkinan pengeboman yang terjadi di Indonesia tersebut pasti akan terjadi di Malaysia. Dengan di ISA kan kumpulan JI yang baru di bebaskan kelmarin , rakyat Malaysia dapat hidup aman damai di Malaysia. Itulah hasilnya. Juga sekiranya kita cepat ISA kan Nordin Mat Top di Malaysia dahulu , pastinya negara Indonesia dan nyawa-nyawa yang tidak berdosa tersebut dapat di selamatkan di Indonesia.


5. Nordin Mat Top dan kumpulan JI nya di Indonesia dan Malaysia ini sebenarnya mungkin juga benar dari segi matlamat perjuangannya, cuma sasarannya tidak betul . Jika sudah mempunyai keberanian dan kepakaran maka sepatutnya pergilah mencari sasaran tepat di Afghanistan atau terus ke US. dan boleh juga ke Palestin bagi menentang Israel.


6. Jadi inilah berakhirnya kisah mereka yang merasakan mereka lebih islam dari orang lain. Itupun ramai yang serupa kepala hotak mereka seperti ini sehingga sanggup mengkafirkan orang islam lain di Malaysia dan menjatuhkan maruah agama serta membiarkan maruah agama di injak oleh agama lain atas dasar politik liberal dan islam progresif.


7. Fikirkanlah.

4 comments:

  1. Benar2 hebat...
    Dah berapa kali mati dah si-mamat top nih..?
    Selagi kerajaan Malaysia tak sahkan lagu mana ?nak pakai yg mana satu..?
    Semua yg mati ditembak tu..adalah mat top
    p/s-masih menunggu..

    ReplyDelete
  2. huhuhuhu ~ akhirnya tumpas jugak org yg ske bunuh org ni!!!


    ISA masih releven


    selamat hari raya PG

    ReplyDelete
  3. salam bro,

    Sokong pendapat bro ni....kalau dah handal sangat pergi lah ke Palestine...baru sasaran dan matlamat yang kena pada tempatnya. Setakat nak berkokok kat Indonesia dan Malaysia ni nak wat apa? kalau betul Nordin terkorban, takziah kepada kaum keluarganya.

    ReplyDelete
  4. inilah yg aku bimbangi dengan tindak tanduk pemimpin pas tuh...
    mengeluarkan "fatwa" yg bukan2..
    boleh menjerumuskan org2 islam dengan kekeliruan dan perbalahan...
    jika kerap melabelkan pemerintah dengan gelaran islam plastik..islam kacukan..kafir...x islam...dan lain2..
    yg terlalu fanatik munkin akan bertindak secara salah dan membahayakan orang lain..

    ReplyDelete

PETA PELAYAR