FOLLOWERS

Friday 25 September 2009

PR SELANGOR TUNJUK JALAN KELUAR KEPADA DR HASSAN ALI !





SHAH ALAM 24 Sept. – Pas Selangor sedia mengkaji secara terperinci cadangan mana-mana wakil rakyat yang mahu parti itu melihat semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang di negeri ini.

Setiausaha Badan Perhubungannya, Mohd. Khairuddin Othman berkata, pihaknya akan mengadakan satu menyuarat tergempar dalam masa terdekat ini untuk membincangkan perkara tersebut.

Beliau berkata, pihaknya juga amat kesal, kecewa dan terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali berikutan tegurannya mengenai Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

Menurut beliau, lebih mengecewakan ialah kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang amat mengejutkan parti kerana beliau sebagai pemimpin Pas negeri harus menyokong pendirian parti.

“Jika mereka mahu Hassan letak jawatan sebagai Exco dan Pesuruhjaya di negeri ini bermakna mereka mahu Pas keluar dari negeri ini kerana Hassan adalah Pesuruhjaya kami.

“Mereka semua ini hanya tahu mengeluarkan kenyataan membuta tuli tanpa menyelidik dahulu apa yang sebenarnya Hassan maksudkan. Setahu kami Hassan bermaksud baik bukan mempertikaikan kewujudan dan kuasa Selcat. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Apa nak kaji lagi. Keluar aje lah. Ada pun hanya melukut di tepi gantang. Bercakap ditulikan. Bergantung terputus talinya, menimba air , bocor bawahnya. Apa maruah PAS?

2. Hanya cakap aje yang berdegar. " PAS UNTUK SEMUA " ?. Fikirkanlah. Hanya slogan kosong tanpa isi. Hanya layak untuk menjadi halua telinga bagi telinga-telinga yang enggan mendengar pendapat orang lain.

3. Khalid Samad ( MP PAS ) pun menikam parti dan pemimpin sendiri. Adakah pemimpin dan parti yang sebegini yang boleh kita semua berikan amanah untuk mentadbir negara dan negeri? Maaf lah. Kalau PG : bukannya BN atau UMNO tu baik sangat. Tetapi jika nak undi PR tu untuk memerintah negara tidak sekali. Seburuk UMNO/ BN tu jauh lebi baik dari PR ini. Demi kelangsungan agama , bangsa, dan negara amanah itu wajib PG letakkan kepada UMNO / BN.

4. Inilah contoh perkahwinan yang tanpa asas yang kukuh. Hanya cinta buta tanpa mata hati.

5. Kepada DR Hassan : Orang dah tunjukkan jalan keluar. Apa lagi nak tunggu. Di mana maruah anda!

6. Atau anda menungggu pari-pari DSAI datang untuk redakan ( redakan dan bukan selesaikan. Itulah krpandaian DSAI. Hanya sorokkan masalah buat sementara ) keadaan? Tunggulah.

7. Superman DSAI akan datang. Tunggulah drama hebat selepas ini.

7 comments:

  1. alaa...jgn risau le. sekejab je tu gaduh. aku gerenti..seminggu g siap cium mulut lak.hasan ali tu panas sekejab je..ingat x kes arak kat shah alam tu hehehe

    ReplyDelete
  2. SLM BRO..KLU IKUT PD SEJARAH LALU PAS NI PANDAI MAIN WAYANG..JGN SAMPAI TERPERANGKAP SUDAH ADOIYAIIII

    ReplyDelete
  3. tu drama ulangan bro..
    drama bodoh...

    ReplyDelete
  4. Berbangga menjadi Melayu Muslim Malaysia yang bakal menyambut 'Arthur's Day' hari ini di Sunway Lagoon (bersamaan 6hb Syawal 1430H). Sempena 250 tahun, Guiness dicipta. Dengan semangat perpaduan, jom sambut Arthur's Day. ANDA BERANI?

    jom ramai2 pergi Sunway Lagoon. kat selangor kot.. Selamat punya, Take Beer!!

    ReplyDelete
  5. salam,
    hehehe....maruah??PAS mana ada maruah!...semuanya dah habis terlacur kat DAP...mana 'negara Islam'??...mana hudud??... jgn tak percaya akan datang PAS akan bertukar jadi Parti Agama Semua!!


    anakjati_sgway

    ReplyDelete
  6. hehehe....kalau tak bahagia, bercerai lagi baik.

    ReplyDelete
  7. Kalau tak keluar tu maknanya betullah berlakun je.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR