FOLLOWERS

Sunday 20 September 2009

SELCAT : HANYA SATU LAGI BADAN GENGSTER!


Agendadaily



Gara-gara cuba mencari kesalahan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) kerajaan terdahulu, melalui Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), tindakan itu kini bakal mencetuskan ketegangan dalam pentadbiran kerajaan campuran di Selangor.

Soal siasat yang dilakukan oleh Selcat dikatakan ‘ala Gestapo’ menyebabkan sudah ada rasa tidak puashati pegawai-pegawai kerajaan di Selangor malah ada ura-ura kemungkinan mereka memboikot kepimpinan kerajaan negeri.

Tindakan yang diketuai oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Teng Chang Khim sejak awal bulan ini dikatakan dibuat dengan cara tidak berhemah, tegang dan lebih menjurus kepada serangan peribadi terhadap pegawai yang disiasat.

Malah, ada pegawai terbabit diperlakukan seolah-olah mereka bodoh, tidak tahu peraturan dan tiada imej serta kredibiliti sebagai penjawat awam walaupun ada antara mereka sudah berkhidmat lebih 30 tahun.

Antara yang kecewa dengan tindak tanduk Selcat adalah Pegawai Daerah Klang, Bakhtiar Hussin dan beliau menyifatkan tindakan Selcat itu tidak mencerminkan proses siasatan sebenar sebaliknya menjurus serangan peribadi terhadap pegawai disoal siasat.

Beliau antara dipanggil memberikan keterangan selama empat jam pada 9 September lalu.
Agendadaily difahamkan, Selcat dalam proses menyoal siasat semua pegawai Daerah di Selangor berhubung peruntukan tahunan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kerajaan BN sebelum ini yang dihabiskan dalam tempoh tiga bulan tahun lalu.

Tindakan ini kerana kerajaan campuran di Selangor percaya peruntukan Adun terbabit di didakwa digunakan untuk kempen politik menjelang pilihan raya umum tahun 2008.

Menurut Bakhtiar, sebagai penjawat awam yang mengikut arahan kerajaan negeri, mereka diperlakukan seperti tertuduh yang telahpun dibuktikan bersalah.

Malah, beliau turut dikecam dikecam kerana memberikan kenyataan yang tidak memihak kepada Selcat.

"Saya rasa amat terhina dengan proses Selcat. Tindakan jawatankuasa itu mengemukakan soalan seolah-olah saya ini langsung tidak faham prosedur, bodoh dan tidak tahu menjalankan tugas sebagai penjawat awam,” katanya.

Sebagai penjawat awam hampir 30 tahun, ini kali pertama beliau diperlakukan sedemikian yang memberi kesan kepada maruah, imej, reputasi serta kredibilitinya.

"Keadaan ini jelasnya tidak adil kepada saya serta beberapa Pegawai Daerah lain yang turut dipanggil. Ketika itu kita hanya menjalankan tugas seperti diarahkan kerajaan sebelum ini,” tegas beliau.

Katanya, sebagai Pegawai Daerah, beliau diarahkan memproses dan membuat bayaran melalui peruntukan khas Adun seberapa segera untuk memenuhikeperluan kerajaan negeri dan rakyat dalam menghadapi pilihan raya.

Mana-mana penjawat awam katanya, tidak wajar mengingkari arahan kerajaan negeri ketika itu bahkan beliau sentiasa mengikut semasa kerajaan dan tidak boleh menyebelahi mana-mana parti politik seperti termaktub dalam Perintah-perintah Am.

Bakhtiar menegaskan, beliau juga tertakluk kepada peraturan kewangan dan arahan pentadbiran termasuk pengawasan audit iaitu Jawatankuasa kira-kira wang awam (PAC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan lain-lain bukannya Selcat.

Jelasnya, ketika pilihan raya, pihaknya menyegerakan proses pembayaran seperti arahan kerajaan negeri dan Adun-Adun wajar menggunakan peruntukan itut untuk kepentingan rakyat meliputi orang kurang upaya (OKU), warga emas, fakir miskin dan sebagainya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Selcat hanya sebuah badan haram. Tetapi selcat cuba hendak menunjukm pandai. Dari pengerusi Selcat termasuk ahlinya hanya hentam keromo sahaja dan hanya berpolitik melalui selcat. Sebab itu cara soalan dan pengendalian soalsiasat terhadap pegawai kerajaan hanya bagi menunjukkan kebodohan pegawai kerajaan ( jika jawapan tidak diperolehi oleh mereka bagi mengenakan kerajaan sebelumnya / BN ).

2. Selcat dan ahlinya hanya lah bertujuan mengalihkan isu dan menutup isu. Isunya ang cuba di alih dan ditutup ialah tentang penyelewengan Eco-exco Selangor yang kini si siasat oleh SPRM dan mungkin akan di dakwa dalam tempoh terdekat. Jadi dengan ini selcat digerakkan bagi mencari kesalahan kerajaan yang lalu. Jika tidak menemui kesalahan kerajaan yang lalau hasil dari keterangan pegawai-pegawai kerajaan ini maka pegawai-pegawai kerajaan ini ditentukan supaya kelihatan bodoh dan diperbodohkan. PG sudah ulas sebelum ini tentang selcat.

3. Juga sekiranya Selcat benar, iaitu bagi mencari kelemahan dan memperbaiki kelemahan serta penyelewengan maka adalah lebih wajar selcat memamnggil satu sidang bagi menyiasat tentang penyelewengan exco-excoSelangor termasuk kes penyelewengan sehingga SETPOl Teoh Beng Hock mati bunuh diri. Mengapa ini tidaak dibuat. Walhal repot polis dan SPRM serta pendedahan oleh blog dan berbagai saluran lagi telah berleluasa. Mengapa Selcat tidak menyiasat dan memanggil sidang untuk tujuan ini?

4. Mengapa asyik membuang masa untuk menyelongkar kesalahan kerajaan terdahulu walhal dalam kerajaan Selangor sekarang di bawah PR sendiri bergelumang dengan berbagai skandal rasuah. Dilihat sebelum ini : sekiranya ada isu mengenai sesuatu perkara mengenai kerajaan PR dan exco serta ADUNnya maka selcat akan bersidang bagi menyelongkar kononnya kesalahan kerajaan BN terdahlu yang belum tentu hujung pangkalnya berbanding dengan isu dan jenayah semasa di bawah kerajaan PR Selangor? Inilah cara kerajaan PR lakukan bagi mengalih perhatian rakyat dan menutup kesalahan sendiri.

5. Akhirnya pegawai kanan kerajaan yang jauh lebih cerdik dari mereka diperbodohkan. Sebab itu kita lihat exco-exco dan ADUN-ADUN PR amat daif dan dangkal dari segi mutu dan kualiti serta pengetahuannnya mengenai urusan pentadbiran negeri. Sebabnya? Sebabnya kerana mereka cuba bermusuh dengan pegawain kanan kerajaan negeri. Jadi pegawai kanan yang sepatutnya menjadi penasihat mereka telah menjadi musoh mereka. Dengan ini kita lihat, exco-exco dan ADUN-ADUN PR dilihat amat bodoh dalam banyak tindakan mereka kerena pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri Selangor menjauhkan diri dari menasihati pemimpin kerajaan negeri .
6. Buat apa lagi menasihati pemimpin begini. Jika sudah mereka kelihatan cerdik dan merasakan mereka cerdik maka di syorkan agar semua pegawai kerajaan Selangor jangan sesekali memberikan pandangan mereka dalam semua urusan pentadbiran kerajaan negeri. Jika suroh kerja , anda buat. Suroh luluskan , baru luluskan . Jika tidak jangan . Buat ikut peraturan. Biar pemimpin kerajaan negeri ini akan terlingkop akhirnya.

7. Inilah dia kepimpinan kerajaan yang pada pandangan PG amat daif dalam pemerintahan negeri di Malaysia. Kepada pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri terutama pegawai Daerah : selepas ini , jika ada arahan hitam putih buat. Jika tak ada arahan hitam putih ( hanya lisan ) jangan laksanakan. Biar mereka rasakan. Jangan sesekali gunakan inisiatif sendiri atau laksanakan sesuatu tugas hanya dengan arahan lisan. Amat bahaya. Ini kerana pemimpin kerajaan negeri sebegini amat tidak bertanggungjawab dan hanya menuding jari jika terjadi sesuatu perkara.

8. Jagalah diri anda dahulu. Jagalah periuk nasi anda dari pemimpin kerajaan negeri yang bertindak dan hanya pandai untuk mencuci tangan masing-masing sahaja......

9. PG setuju Dr Khir Toyo ingin membawa Selcat ke mahkamah bagi menentu sahkan badan ini. Adakah ia badan hantu atau lembaga yang sah.

8 comments:

  1. Speaker Teng tubuh mahkhamah sendiri.
    Beliau sudah jadi"judge juri dan hangman".
    Ini mainan politik agar Kes Kes yang di siasat SPRM Dun Kajang dan Puchong di bersihkan.
    Dendam kesumat tak habis kerana tak mahu pakai songkok dan sekarang di dah jadi juara nak hina pegawai.
    changkat lobak.
    arjuna waspada.

    ReplyDelete
  2. analisis yg bagus tuan!

    ReplyDelete
  3. Hamba juga ikut menyokong pandangan PG itu. Penjawat awam tertakluk kepada Perintah Am dalam melaksanakan tugasnya. Penanggongjawaban kepada badan badan pengawal apa lagi agensi siasatan sudah terkandung semuanya.

    Mana datangnya Selcat pula. Tak ada kena mengena. Nampaknya memang patut kena saman. Dan kalau pegawai pun rasa dhina mengapa tidak. Mereka pun boleh saman apa ?

    Nak tutup pekong di dada dengan cara begini bukan kerja orang baik2. Tak kan kerajaan pula nak dianggap sebagai tak baik.

    Ketelusan dan Kredibiliti tu slogan lama Anuar ketika nak jatuhkan Tun M dulu. Padahal kerenahnya dia yang buat. Tak payah lah nak ulang dengan kekasaran tak beradab pula sekarang. Orang dah tahu dah.

    Nah !! Ini selogan kita sekarang:
    ORANG DAH TAHU DAH.

    ReplyDelete
  4. Salam.. Bila tiba giliran diaorang perintah,banyak sangatlah benda yang nak dikorek.Tak tau ke mereka dipilih untuk
    bawa kemajuan dan perubahan bukan cari
    kesalahan orang lain..

    ReplyDelete
  5. Salam sejahtera,
    Apakah tidak mungkin semua itu dilakukan atas dasar perkauman yang tebal di kalangan parti jenama DAP yang anti-Melayu dan anti Islam?

    90% kakitangan kerajaan adalah Melayu. Sementara yg jadi DO (pegawai Derah) semuanya Melayu. Sedangkan penyaluran wang peruntukan wakil rakyat adalah melalui pejabat DO, maka pihak DO harus ditekan dan dipersalahkan dalam usaha mereka membersihkan penyelewengan yg telah mereka lakukan di Selangor.

    Apapun, selagi Selangor berMBkan si Khalid yang sarat dengan hutang itu, selagi itu pentadbiran negeri itu kucar-kacir dan tidak terurus dgn baik.

    Dalam usaha mereka menutup kelemahan dan kesalahan, maka Pegawai Daerah akan jadi sasaran.

    Bila pentadbiran pejabat daerah jadi kelam-kabut, maka rakyat akan membenci kerajaan. Bukan kjn Selangor tetapi, kerajaan pusat - Umno/BN.

    Justeru, kesedaran sangat diperlukan di kalangan orang Melayu Selangor - terutama wakil rakyat pembangkang, supaya mengembalikan kuasa pentadbiran negeri kepada yg berpengalaman.

    Mana ghaibnya cerita-cerita kononnya kerajaan Selangor akan bertukar tangan sepertimana yg telah berlaku di Perak?

    Masuk angin keluar asap atau masuk asap keluar angin?

    ReplyDelete
  6. Ingat tak apa yang dilakukan oleh MPAJA/Komunis selepas Perang Dunia II dan sebelum pihak British mengambilalih pemerintahan di Malaya? Kalau masih ingat aka tempoh singkat ini dalam sejarah negeri kita, maka kita akan faham apa sebenarnya yang sedang dilakukan oleh Teng. Ini babak pertama; tunggu sajalah babak-babak yang akan datang.

    Sepertimana MPAJA/Komunis disokong segelintir orang Melayu ketika itu,kini pun terdapat segelintir orang Melayu yang memberi sokongan kepada SELCAT di bawah pengaruh DAP.

    Orang Melayu dah lupa? Orang Melayu dah tak sedar lagi? Lebih baik diperintah DAP berbanding diperintah UMNO/BN?

    Tepuk dada tanya selera.

    ReplyDelete
  7. salam,

    satu lagi usaha meminggirkan melayu dan golongan intelektual serta birokrat melayu

    bilalah melayu ni nak sedar jangan sampai dapat worst case senario seperti ini

    http://anakbukitgantang.blogspot.com/2009/09/2013-back-to-future-simulation-on.html

    ReplyDelete
  8. SLM BRO..CUBAAN TENG & CO. NAK BALAS DENDAM. X SYAK LAGI!. SENGAJE NK CARI PSL BILA DH BERKUASA!!..HARKK PTUIHHH!!!

    ReplyDelete

PETA PELAYAR