FOLLOWERS

Tuesday 1 September 2009

SIDANG DUN HARAM : MAHKAMAH TOLAK PERMOHONAN SIVAKUMAR !






IPOH 1 Sept. – Mahkamah Tinggi Ipoh menolak permohonan injunksi bekas Speaker, V. Sivakumar menghalang Setiausaha Kerajaan Negeri daripada mengganggu pakatan pembangkang mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri esok. - Utusan

Penghuni Gua : Harapan bekas Speaker DUN Perak untuk mengadakan sidang DUN haram ditolak oleh mahkamah hari ini.

2. Sudah-sudah lah Siva. Jangan buat lawak bodoh. Nampak lagi bodoh kita. Jika sudah mahkamah menolak permohonan anda maka jika dibuat juga maka ia satu penghinaan kepada keputusan Mahkamah.

3. PG berpendapat sesuatu tindakan tegas perlu diambil terhadap sidang DUN ini yang akan diadakan juga secara haram esok oleh Siva dan kumpulannya.

4. Mungkin ISA boleh dipertimbangkan kerana tindakan ini mengundang kepada tergugatnya ketenteraman awam. Keselamatan dan ketenteraman awam adalah kuasa sah polis. Polis yang berkuasa menentukan samada keadaan keselamatan selamat atau tidak. Bukan pihak lain. Kes Stephan Kalong Ningkan telah mengesahkan ia adalah kuasa mutlak polis dalam menentukan keadaan ini. Jadi ambil lah tindakan sebelum keadaan akan lebih buruk.

5. Kepada pihak berkuasa termasuk polis: jangan layan dengan kerenah watak-watak bodoh ini. Hak rakyat terbanyak harus diberi keutamaan.

6. Apa kata Sivakumar mengenai sidang haram ini esok : KLIK Harakahdaily

2 comments:

  1. Salam Tuan, salam Ramadhan...

    Saya harap KDN akan benar-benar bertindak tegas lagi terhadap pihak-pihak yang sengaja melanggar undang-undang negara serta arahan yang telah diberikan.

    Jangan hanya mengeluarkan kenyataan yang biasa kita dengar "amaran keras diberi" "tidak akan teragak-agak" "akan bertindak tegas" dan sebagainya tetapi tiada juga berbuat apa-apa.

    ReplyDelete
  2. SLM BRO...SIVA NI BKN BODOH LG TP DH TAHAP BEBAL TAK SUDAH HEHEHE

    ReplyDelete

PETA PELAYAR