FOLLOWERS

Saturday 5 September 2009

SIDANG DUN PR PERAK SAH : KATA PROF AZIZ BARI UIAM . YE KE NI ?


Dipetik dari blog : Kelab Greenboc


Tindakan Speaker DUN Perak V. Sivakumar bersama 24 ADUN Pakatan Rakyat mengadakan Sidang DUN pada 2 September lalu di Hotel Herittage adalah sah dari segi Perlembagaan.


Pakar Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata malahan usul yang dikemukakan pada Sidang berkenaan juga merupakan usul yang sah.Beliau berkata, V. Sivakumar masih lagi Speaker Dewan kerana ia diangkat keluar dari Dewan secara paksa pada Mei lalu dalam cubaan rampasan kuasa Umno-BN.“Ganesan hingga kini masih lagi tidak sah dan tidak jelas.


Dan beliau telang melanggar Perlembagaan Negeri yang melarang seseorang memegang dua jawatan dalam satu masa. Beliau masih jadi peguam sewaktu dilantik jadi Speaker Dewan. Sebenarnya yang bermasalah adalah Datuk Ganesan bukannya Sivakumar.


“Apa yang diputuskan dalam Sindang DUN itu adalah sama statusnya dengan yang di bawah pokok hari itu sah kerana pada satu-satu masa hanya boleh ada satu DUN sahaja. DUN di pengerusikan Ganesan tidak sah dan ia masih di bawah Sivakumar,” katanya.


Aziz yakin pihak setiausaha kerajaan negeri dan polis sedar bahawa sidang Dun Pakatan Rakyat itu adalah sah kerana pihak berkuasa kelihatan teragak-agak untuk mengambil tindakan.


“Ini dikutuk oleh sebuah laman web penyokong Umno berasa tidak senang dengan tindakan yang dianggap lembut oleh pihak polis di Ipoh walaupun sebenarnya kalau diperhatikan sudah kasar apa yang diakukan oleh polis terhadap Nizar dan Nge Khoo Ham,” katanya.


Mengulas mengenai kemelut politik di Perak, Aziz berkata Umno-BN mengheret mahkamah dalam kancah politik negara bagi merealisasikan rampasan kuasa yang dilakukan di Perak.Beliau berkata mahkamah tidak seharusnya mencampuri hal ehwal Dewan Negeri mahupun Dewan Negara, sejajar dengan konsep pemisahan kuasa legislatif-eksekutif-kehakiman.


“Kalau mahkamah telah melanggar Perlembagaan siapa lagi yang kita harapkan untuk jaga Perlembagaan kerana hakim-hakim harus menjunjung dan pertahankan Perlembagaan.“Perlembagaan kata mahkamah tidak ada kuasa untuk campur atau kaji atau periksa prosiding Dewan, dia buat juga maknanya mahkamah telah melanggar Perlembagaan. Jadi sekarang dalam keadaan kelam-kabut dan keputusan mahkamah dipersoalkan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan Putrajaya memutuskan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa menggantung Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam Exconya daripada menghadiri sidang Dewan Negeri berkenaan.


“Umno heret Istana untuk sahkan kedudukan ini satu tindakan yang tidak betul dan mengkompromikan kedudukan neutral dan atas politik istana,” katanya.Katanya DUN Perak perlu dibubar demi kepentingan negeri berkenaan khususnya dari segi kestabilan politiknya.


“Siapa Istana untuk menentang ini, kita harus faham latar belakang mengapa kuasa budi bicara diberikan pada Sultan bukan kuasa mutlak, apa yang berlaku di Perak jelas keengganan Sultan membubarkan Dewan telah memalitkan Istana dengan politik. Ia jelas dan semua nampak ia tidak boleh dinafikan,” katanya.





Penghuni Gua : Ya ke Prof ini cakap ini. Tapi kalau lihat komen-komennya dari dulu , iaitu ketika krisis ini bermula, satu pun tak betul dan berpihak. Semua keputusan Mahkamah telah berpihak kepada Kerajaan Perak sekarang.


2. Biasalah mengenai Prof ini. PG kenal sangat dengannya. Tak ada satu pun kalau bab kerajaan buat ini sah padanya. Tapi kalau PAS dan PR yang buat semua sah. Kalau BN/UMNO yang lakukan semua haram, ada tangan-tangan ghaib, ada hidden agenda . Inilah bahasa yang digunakan. 10 kali dengar ceramah dan kuliahnya pun inilah bahasa dan modalnya. Buktinya langsung tak ada.


3. Bercakap, semuanya atas pentas PR. Cuma berlindung disebalik gelaran Prof aje. Takat yang PG ikuti ulasan dan komen nya , semua didapati salah dan mahkamah akhirnya memutuskan sebaliknya.


4. Fikirkanlah. DYMM Sultan Perak pun dipersoalkannya . Lihat ayat yang di bold kan tersebut " Siapa istana untuk menentang ini" . Fikirkanlah ayat tersebut. Tidak ke biadap ungkapan sebegini keluar dari mulut Prof ini? Seolah ia bijak dalam segalanya. Keputusan mahkamah pun habis semua dipertikaikannya. Jika keputusan mahkamah memihak kepada PR maka beliau akan katakan mahkamah adil. Serupa aje dengan suara pemimpin politik pembangkang ( PR ).

23 comments:

  1. SLM BRO...DIA MMG PRO PAKATAN PUN. SALAH SORANG DR GOLONGAN PENDERHAKA2 JUGAK. DIA NI LEBIH SUDU DR KUAH

    ReplyDelete
  2. adoh mana dia dapat title prof ni...suh dia belajar lagi melintang otak dia nie

    ReplyDelete
  3. Orang macam Prof Bari inilah yang menjadikan rakyat tambah keliru . Jelas dia seorang yang berkepentingan dlm puak PR kerana komen-komennya menjurus kepada sokongan kpd Anwar Ibrahim . Macam juga Mohd Sayuti Omar yang taksub dgn Nik Aziz.
    Kita boleh berlainan pendapat malah berlainan parti sekalipun . Tapi apabila orang yang tahu undang -undang mahu memanupulasikan isu untuk kepentingan dirinya sendiri maka rosaklah negara.

    ReplyDelete
  4. Cuba sapa-sapa tolong pi check tenguk Ijazah Prof ni. Dibeli atau dibuat fostat saja. Gelaran saja Prof tapi akal macam loyar buruk. Kalau dibiar dia terus mengajar kat UIAM, nanti habis rosak student kat sana.

    ReplyDelete
  5. lempang je beramai ramai dia ni..dasar melayu tak mengenang budi

    ReplyDelete
  6. Salam PG..

    Takkan nak biarkan " duri " ni tinggal lama di dalam daging...dah parah dan menanah nanti baru nak cabut?

    ReplyDelete
  7. Kalau kita mencari lawyer utk membela kita di mahkamah mesti lah lawyer yg boleh menang kes. Kalau lawyer yg bawa kes kita sentiasa kalah lawyer itu tidak boleh di langgan lagi.
    Semua hujah Aziz Bari ini tidak pernah diterima oleh Mahkamah maknanya dia seorang lawyer yg tak pandai...

    ReplyDelete
  8. itu yang dinamakan kononnya PST...Professor Serba Tahu... kalau berani letak jawatan di UIA dan jadi peguam wakili pihak yang disokong di mahkamah.. cakap macam dia paling hebat... ada berani???? kita boleh tengoklah berapa kes dia boleh menang...ada berani????

    ReplyDelete
  9. salam..minta di betulkan nama IPTA yg PG tulis pada tajuk posting..beliau bukan dari UITM..beliau darI UIAM..harap maklum..

    ReplyDelete
  10. salam, bro prof ni bukan semua betul ada juga yang gila, mungkin yang ni gila bahasa.Dia tu dari keturunan mana? macam lupa diri nampaknya...

    ReplyDelete
  11. salam, ada harapan prof jadi calon untuk PR pada pilihanraya ke 13, benar kata Tun Mahathir..MELAYU MUDAH LUPA, kalau tak kerana dasar kerajaan sekarang.. mungkin prof tak sempat ambil Diploma pun.. mungkin sekarang jadi tukang cuci longkang.. tak apalah, letak je jawatan kat UIAM , kerja dengan PR.. mungkin jadi peguam bela DSAI , dia pun masih tak cukup lawyer...

    ReplyDelete
  12. salam bro,

    Menteri pengajian tinggi nak buat pekak aje ke? Tak reti-reti nak bertindak? Dah macam tak ada telo......

    Pada kawan lantaklah dema nak cakap ape. Yang penting Zambry teruskan membela rakyat Perak sampe pRK ke 13.

    ReplyDelete
  13. Bukankah MAHKAMAH dah putuskan. Ini dah kes mencabar keputusan MAHKAMAH.

    ReplyDelete
  14. Bodoh betul Prof ni!

    ReplyDelete
  15. Bintara Muda
    aku tak kisah dia dari mana u pun. tapi kalau cakap "SIAPA ISTANA UNTUK MENENTANG INI" ini udah kuarang ajar dengan aku punya sultan. Kalau kau nak tahu prof sultan aku itu merupakan bekas ketua hakim negara yang sudah tahu pasal undang-undang negara. kau tak payah cakap merepek bukan-bukan. Kalau kau nak sangat jadi pembangkang berhenti sahaja dari UIA jadi orang politik, mungkin orang tak marah kalau kau nak cakap apa pun.

    ReplyDelete
  16. contempt of court boleh dikenakan keatas dia ni. k'jaan jgn berlembut sanagt. aku harap ada la student uiam yg buat laporan polis, kalau dapat student dia lagi baguss..hehe

    kalau baca harakah , kata2 dia ni di dikupas sampai ke kulit dan digunakan semaksima utk putar cerita seolah2 PR yg betul.

    masa sudah sampai utk diambil tindakan. cukup2 la berselindung disebalik gelaran prof. ni yg suatu masa dulu org gelar prof kangkung ni. haha

    salim

    ReplyDelete
  17. bukankah prof ni yg menyokong projek Sept-16 Anwar?!...hehehe dah tau dah ke mana 'kiblat'nya!!



    anakjati_sgway

    ReplyDelete
  18. Semua orang tahu Aziz Bari adalah rakan sengkokol penasihat PKR Anwar Al Juburi...fakta yang dia bagi akan tetap menyebelahi rakannya

    ReplyDelete
  19. siapa yg tak kenal dgn Aziz Bari ni..seorang prof yg pendek akal,dungu,bebal dan baral..dari mula dia jd pengkhianat sampai le skrg, satu pun analysis dia takde yg betul...smua artikel yg beliau kluarkan bukannya berfakta tp mengikut kehendak perasaan dia je..pelik knapa sinar harian slalu siarkan artikel Aziz yg tak berilmiah ni..

    ReplyDelete
  20. Salam PG,

    Saya rasa walaupun saya baru kenal nama Professor ini...saya rasalah, memang Prof ini sendiripun tidak faham tentang apa-apa yang berlaku dekat keliling dia..cakap macam tau saja...tapi bila baca dia punya pandangan memang dia ni Prof yang jenis tangkap-muat saja. Lebih kurang macam bakul sampahlah.

    ReplyDelete
  21. salam,
    biasa la penyokong pr nie. kata penyokong bn sokong membuta tuli. mereka pula macam mana. penyokong bn, ada yang menentang arus dan sanggup lihat bn kalah kalau membuat sesuatu yg tak betul. buktinya pru12. penyokong pr ni je yg buta dan tuli. semua pemimpin pr betulllll belaka. tak ada yang salah. maksum. mereka melihat bn ni kentut pun dah salah dari hukum alam.

    ReplyDelete
  22. Kalau prof dari UIAM bersikap macam ni macam mana negara nak kedepan. Orang gila pun dah jadi prof, gila ni macam macam gila kan?

    ReplyDelete
  23. PIHAK UNIVERSITI HARUS MENILAI KEDUDUKAN PROF HAPRAQ NI DI UNIVERSITI ISLAM. DIA SEDAR DAK YANG DIA TU MAKAN GAJI DENGAN UNIVERITI YANG DI BINA OLIH KERAJAAN BN. NAMPAK SANGAT DIA NI DAH BUTA HATI DAN CONDONG KEPADA PKR. TAK SEDAR YANG ANAK CUCU ESUK SATU MASA NANTI AKAN MEREMPAT DI BUMI SENDIRI.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR