FOLLOWERS

Thursday 3 September 2009

KG BUAH PALA TELAH ROBOH : TAK BERKOKOK SEMUANYA ?








GEORGETOWN: Seramai 19 orang termasuk tiga wanita ditahan selepas menghalang tugas polis mengawal keselamatan di Kampung Buah Pala di sini. Turut ditahan ialah peguam penduduk kampung berkenaan, Darshan Singh. Mereka ditahan kerana menghalang anggota polis yang mengiringi pihak pemaju dan pegawai mahkamah memasuki kawasan kampung itu untuk kerja meroboh rumah penduduk. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Senyap sunyi parti DAP, PKR dan PAS. Juga tidak berbunyi suara DSAI, Mahfuz, Lim Guan Eng, Gobalakrisnan, AMK( Iskandar ), Dr Hassan Ali, P Ramasamy, Mansur ( TKM 1 ) , Gobind singh Deo, Majlis Peguam, SUHAKAM, Semuanya sudah bisu barangkali.

2. Jika tidak sebelum ini bagai nak runtuh negara ini jika pihak polis menangkap mereka yang menghalang pihak berkuasa merobohkan rumah haram/ setinggan.

3. Majlis Peguam dan berbagai pihaklah termasuk PAS dan DAP tak kering gusi dan air lior mengutuk PDRM dengan mengatakan anjing kerajaan lah, tangan-tangan ghaib, hamba kerajaan dan berbegai gelaran buruk kepada polis jika menangkap penghuni setinggan yang menghalang perobohan. Kali ini diam membisu.

4. Sepatah haram tidak ada komen dari mahfuz, mahjis peguam, suhakam, PAS, PKR dan DAP mengatakan ini tindakan kejam, melanggar hak asasi manusia dan sebagainya.

5. Mengapa membisu. Berilah komen tentang tindakan " kejam " dan " tidak berhak asasi manusia ini" yang di " lakukan " oleh PDRM.

6. Minta komen sikit dari kumpulan yang disebutkan di atas. Jika kerajaan BN yang terlibat maka PDRM akan di maki hamun separuh nyawa. Juga di lihat blog-blog hipokrit pembangkang pun semuanya bisu . Tak ada yang menulis mengenai isu "kejamnya polis"dalam tangkapan ini. Biasanya andalah juara bab setinggan ini dan juara menentang tangkapan oleh polis. Terkena batang hidung sendiri : senyap membisu. Majlis peguam pun sama. Jadi kita tahu siapa dan apa itu majlis peguam.

7. Inilah hipokrasi dan munafiknya parti dan pemimpin serta kumpulan ini. Nasib kau le penduduk Kampung Buah Pala.

8. Yang mampu Lim Guan Eng ucapkan kepada penduduk ini ialah " kerajaan negeri tidak mempunyai kaitan dengan kerja meroboh dan "Ini adalah urusan pemaju, koperasi dan perintah mahkamah," katanya. - Bernama " KLIK

9. Kalau sebelum jadi kerajaan dulu segala hal setinggan dialah juara dan menyalahkan kerajaan bila merobohkan setinggan. Kena kepala sendiri baru tahu. Baru nampak kedunguannya.

5 comments:

  1. aku orang kedah ni...tunggu mahput bersuara je...dia kan pejuang sesuatu yang tak kena...so i menuggu le....mungkin dia posa kot kan...

    ReplyDelete
  2. Saudara PG, tidakkah kag buah pala tu telah dijual kepada pihak lain SEMASA PEMERINTAHAN GERAKAN/BN..?? Kenapa ada konsep baling batu sembunyi tangan?? Apa bezanya merobohkan kg itu dgn kg Berembang, KL beberapa tahun yg lalu??? Bukanya sikit ahli umno (hard korrr lagi) kat situ tapi roboh jugak!! Berapa banyak kg melayu yg pupus atas alasan 'setinggan' wal hal mereka adalah antara yg terawal meneroka bandar!! Kilang 'setinggan/haram' tak de lah pula dirobohkan. Kenapa?
    Ooopp! melalut kelailah pulaknya. Itulah nasib setinggan mehran dan rakyat biasa! Percaturan hanya dibuat oleh orang atasan. Nasib baik kaum melayu tak ada kat Pulau Batu Putih, kalau tidak nescaya sudah dihalau/robohkan s/pore. Inilah hasil kerja tangan pihak yg berkuasa yg tak bertanggung jawab! Yg penting 'masyuk' walaupun bukan semua.
    Lihatlah kepada pangkal masalah itu terjadi!!!

    ReplyDelete
  3. Suadaraku PG, bila terlajak bercakap ni teringat pula teman dgn Pulau Pisang, Johor. Tidak mustahil selepas lagi 30/40 tahun maka pulau ini pun akan berpindah milik. Kenapa? Namanya berada dalam kawasan Johor tapi kenapa rumah api masih lagi dijaga oleh pihak berkuasa s'pore??? Betulkan teman sekiranya salah dalam hal ini. PG lebih arif dalam hal2 perundangan.

    ReplyDelete
  4. POSTING PG DI ATAS TU PERLI KE PUAK-PUAK PEJUANG HAK ASASI MANUSIA DAN PR. YANG BENARNYA MEMANG PENDUDUK ITU TAK BERHAK ATAS TANAH TU . PENDUDUKAN HARAM. NAK CERITAKAN AJE BERKENAAN TANGKAPAN OLEH POLIS TU DAN PEROBHONAN ITU AJE. KALAU LE BN / UMNO YANG BUAT PENDEK KATA TAK CUKUP AIR LIOR SEMUA PIHAK YANG DISEBUTKAN MEMAKI HAMUNNYA DAN MENUDUH POLIS BUKAN-BUKAN2. BILA BAB KAG BUAH PALA BILA KENA BATANG HIDUNG SENDIRI BILA , POLIS TANGKAP SEEKOR PUN MEREKA INI TAK BERSUARA. JIKA TIDAK KATA MACAM MACAM PADA PDRM. DULU SEBELUM MEMERIONTAH BUKAN MAIN JUARA DALAM RUMAH SETINGGAN PUAK INI. KENA KE BUAH PALA KEMETOT . TAK ADA PUN BLOG PEMBANGKANG YANG PG LIHAT KUTUK POLIS ATAS TANGKAPAN TERSEBUT . KERANA APA? KERANA IA AKAN SELESAIKAN MASALAH BESAR PUAK PR INI. JIKA TIDAK SEPARUH NYAWA KUTUK POLIS KALAU TANGKAP DALAM KES LAIN. CONTOHNYA SEMALAM DI PERAK. TAK AADA PULAK PUAK INI ( PR ) NAK MENGADU SUHAKAM TENTANG TANGKAPAN INI. HA HA HA H. ITU LE MUNAFIKNYA MEREKA INI. NAK TUNJUKKAN KEMUNAFIKAN MEREKA AJE

    ReplyDelete
  5. setuju bro..
    memang le..itu semua puak2 pr
    x heran pon...

    ReplyDelete

PETA PELAYAR