FOLLOWERS

Tuesday 29 September 2009

PRK BAGAN PINANG : PJ NS ZUKEFLY MOHAMAD OMAR PILIHAN PAS !


Berita Harian

29 sep 2009


PORT DICKSON: Pas memilih Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar sebagai calon bagi bertanding pilihan raya kecil Bagan Pinang,11 Oktober ini. Pengumuman nama Zulkefly, 45, yang juga seorang ahli perniagaan itu dibuat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini, sebentar tadi.

Penghuni Gua : Tahniah kepada Pesurohjaya PAS NS Zukefly Mohamad Omar atas pemilihan beliau sebagai Calun PR bagi PRK Bagan Pinang.

2. Selamat bertanding dengan berhemah dan semoga demokrasi terus subur dalam keadaan yang terus aman dan damai.

3 comments:

  1. Salam, pengundi bagan Pinang lebih tahu hati budi TSIS dari calon PAS khawarij................

    ReplyDelete
  2. Zulkifli Omar???

    Orang PAS N9 pun pulaukan dia ... kah kah kah..Pesuruhjaya Kera Sumbang ..

    ReplyDelete
  3. Saudara Zul telah dipilih sabagai calon Pas di Bagan Pinang melawan Isa Samad.Saya berpendapat dia dipilih atas sebab berpendidikan tinggi dan pemimpin tertinggi Pas N9.Tuan guru dalam pengumumannya hari ini berkata"PJ N9 dipilih kerana dia calon muda dan berpendidikan tinggi" katanya hari ini pada pengumuman calon bagi BP.Bagi saya,adakah pendidikan saja yang diambil kira? sememangnya kedua2 itu aset penting,tapi ada lagi yang paling penting untuk menjamin kemenangan. Masaalahnya adakah pengundi2 sendiri menerima PJ dimana saudara Zul merupakan 'orang luar' dan banyak dikalangan pemimpin peringkat cawangan mula mempertikaikan kenyataannya yang tidak mahu bertanding dan hanya akan menumpukan sepenuhnya di Dun Lenggeng yang dia pernah tewas sebanyak 3 kali,adakah saudara Zul begitu mengidam jadi YB atau mencari populariti kerana sudah tentu tumpuan akan diberikan pada PRK ini.Isa Samad dan NS terlalu kebal bagi Pas tambahan pula kemelut kepimpinan pas yang berpanjangan sahingga kini.Saya heran, mengapa tiada jalan penyelesaian, malah jika pendapat diberikan dlm blog sudah di cap sebagai pengacau bilau.Tetapi,adakah kita terpikir bahawa lama kelamaan Pas N9 akan lesu. Banyak kekalutan dan kepincangan yang sudah begitu lama terbiar.Saudara Zul sendiri seolah2 sengaja berdiam diri demi menjaga jwtan PJ Pas yang disandangnya."mengapa saudara Zul membiarkan saja Pas Kawasan Seremban digantung lebih 5 tahun sedangkan cawangannya Lenggeng berada di kawasan seremban"kata seorang penyokong Pas yang menetap di seremban.Kabarnya ini satu muslihat politik untuk menjamin kedudukannya sebgai PJ.Walau bagaimana pun,hanya ahli pas sendiri yang harus mencari jalan demi kebaikan perjuangan.Saya merasakan agak susah pengundi BP memberikan undi kpd saudara Zul,malah kemungkinan undi protes secara senyap akan berlaku bagi Pas kali ini.Sama2lah kita tunggu keputusan,namun andaian ini anggaplah satu ramalan politik biasa yang bersandarkan kpd fakta.Jauh dalam lubuk hati untuk memusnah jemaah tpi,kerana sayangkan parti saya terpaksa menyedarkan pimpinan Pas N9 supaya ubat sebelum parah.wazkurrabba...fi...nafsika..

    ReplyDelete

PETA PELAYAR