FOLLOWERS

Sunday 27 September 2009

TGNA KELUAR FATWA GAJI MP YB IBRAHIM ALI HARAM ! HARAM?





..........................................“Yang buat desakan keluar ini orang lain, bukan dari Pakatan Rakyat, saja dia adu domba... orang Pakatan Rakyat ini sudah akil baligh dan cerdik semua, kalau betul nak keluar itu dia punya pasal, apa boleh buat, tapi ini sengaja nak melaga-lagakan.” Sementara itu, beliau mengulangi pendiriannya mendesak

Datuk Ibrahim Ali, meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas, kerana tindak-tanduknya didakwa menaikkan kemarahan penyokong parti itu selepas menang kerusi berkenaan atas lambang Pas pada pilihan raya umum lalu.

“Dia (bertanding di Pasir Mas) dengan bendera Pas, bila (penyokong Pas) Pasir Mas minta undur, dia kena berundur, duit yang dia makan itu tak betul, sembahyang Tuhan tak terima.

“Baik letak jawatan, senang... perut kenyang tapi masyarakat pandang lekeh. Orang Pas undi dan menangkan dia, orang Umno ada sikit-sikit. Pilihan raya umum ke-13 dia nak bertanding lagi itu dia punya pasal, ikut dialah, tapi Pas akan bertanding," katanya. .............................................Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Senangnya TGNA Aziz ini mengeluarkan hukum dan fatwa. Katanya duit YB Ibrahim Ali Makan tu duit tak betul. Maknanya duit haram.

2. Pada PG hukum TGNA tu tak betul. Gaji yang YB Ibrahim terima sebagai MP tu halal dan boleh di makan oleh anak isteri. Tak ada salahnya. Beliau menjalankan tugas tanpa mencuri tulang sebagai MP Pasir Mas. Tak pernah pun b dan mencuri beliau memonteng atau mencuri tulang dalam tugasnya sebagai MP.

2. Kalau di kata gajinya haram hanya kerana Ibrahim Ali bertanding dengan menggunakan bendera PAS itu adalah strategi dan kepandaian Ibrahim dan juga kerana kebodohan PAS dan diperbodohkan oleh YB Ibrahim. Senangnya PAS dan pemimpinnya diperbodohkan oleh Ibrahim adalah kerana PAS dan pemimpinnya angkuh dan tidak ikhlas dalam perjuangan. Asalkan PAS dapat perintah Kelantan dan menang pilihanraya maka PAS akan beri apa sahaja kepada Ibrahim atau sesiapa sahaja untuk bertanding dalam berbagai cara dan bentuk. Pada PAS , asal menang dan mengalahkan UMNO BN sudah begitu baik. Bukan islam keutamaannya. Tetapi politik.

3. Jadi kerana niat PAS yang tidak baik yang hanya hendak mempergunakan Ibrahim maka bala akhirnya menimpa PAS dan pemimpinnya. Inilah kebesaran Allah. Niat yang bermula tidak baik maka Allah akan balas dengan perkara yang sama. Ibrahim akhirnya mempergunakan PAS dan pemimpinnya.

4. Berbalik tentang gaji dan elaun MP, kepada PG ia halal. Ibrahim bukan bertanding atas tiket PAS tetapi hanya guna bendera PAS. Jauh bezanya. Beliau menjalankan tugas serta tanggungjawabnya sebagai MP. Kita semua rasakan kehadirannya di persada politik tanahair dan apa pun gajinya halal atas kerja yang dijalankannya.

5. Kepada TGNA dan PAS serta pemimpinnya : lihatlah! Allah akhirnya menunjukkan kekuasaannya . Niat anda yang tidak ikhlas dalam membenarkan YB Ibrahim menggunakan bendera PAS semasa PRU 12 akhirnya memakan diri. Akhirnya Ibrahim memperbodohkan anda dengan strateginya yang lebih cemerlang.

6. Kepada PG, TGNA sebenarnya marahkan diri sendiri dan diri pemimpin PAS yang telah membodohkan diri mereka semua dengan mendesak TGNA membenarkan Ibrahim bertanding dalam PRU12 dengan guna bendera PAS. Jadi marahlah diri anda sendiri Tuan Guru. Dan jangan lupa marahkan juga pemimpin PAS lain yang dungu dan terus dungu kerana atas sebab sukar diajar dan dipimpin. Yang mereka tahu hanya mengkafirkan orang dan merasakan mereka lebih islam dari orang islam lain.

7. inilah puncanya. Kepada Ibrahim. Makan dan gunakanlah gaji dan elaun anda sebagai MP. Tak ada masalah halal haramnya. Yang haramnya bila buat tuntutan bil hotel yang tidak pernah diduduki. Sehingga mencecah beribu ringgit tiap bulan. Lihat sahaja ke bekas ADUN Jeli YB Apandi Ali dan seorang lagi ADUN PAS yang membuat tuntutan palsu menginap di hotel Perdana beberapa tahun dulu, dan telah dituduh di mahkamah .

8. Jadi bab halal haram ini, ada baiknya TGNA bercakap kepada MP dan ADUNnya cukuplah. Macam yang pernah PG hadir sidang DUN Kelantan pada 1989 dahulu : di mana di dalam satu sesi soal jawab seorang ADUN PAS menuduh ADUN UMNO rasuah dan makan duit haram.

9. Senang sahaja Tan Sri Mohamed Yaakob ( Allahyarham ) MB Kelantan pada masa itu menjawabnya. jawab Tan Sri Mohamed ialah PAS perlu lihat diri sendiri. PAS pun rasuah terutama ADUN-ADUNnya semasa tiap-tiap kali datang sidang DUN Kelantan. Datangnya sebuah kereta 4 orang tetapi bila menuntut , tuntut elaun kenderaan seorang-seorang. Seolah datang dengan kereta sendiri.

10. Satu dewan bergegar mendengar jawapan MB Kelantan itu. Semua ADUN PAS terkebil-kebil tak boleh menjawab termasuk TGNA.

11. Itulah kisahnya. Kata dulang , paku serpih. Kata orang diri sendiri yang terlebih.

10 comments:

  1. hahaha kerjanya memang menghukum orang sahaja. Seronok baca hujah bro yang no.9 dan 10

    Bukan sahaja diperdaya oleh Berahim tetapi sekarang ini dicucuk hidung oleh DAP. Garang hanya untuk UMNO. Dengan PKR dan DAP, kecut telo........ huhuhu

    ReplyDelete
  2. Setuju ngan Amir Hamzah, tapi yg kurang setuju tu pasal telor. Sebab tgk gaya org tu dah takder telur. Dah potong bagi makan kat "ANJING"

    ReplyDelete
  3. Salam Bro PG...Selamat Hariraya Aidilfitri. Maaf zahir & Batin.

    Kenyataan Pok Nik ibarat ketam mengajar anaknya berjalan. Adalah lebih baik Pok Nik menasihatkan ahli-ahli PAS yang masih lagi mencari rezeki dengan kerajaan supaya berhenti sahaja berkhidmat. Langkah itu perlu jika mahu amal soleh mereka diterima Tuhan kerana rezeki yang diperoleh melalui hasil pekerjaan tersebut adalah ‘tidak betul.’ ( berniat tidak baik kepada majikan ).

    Kalau orang Melayu kata mereka kena berhenti, maka berhentilah. Duit yang mereka makan tu tak betul, mereka sembahyang Tuhan tak terima, mereka buat apa pun Tuhan tidak terima. Baik dia letak jawatan lagi senang. Perut kenyang pun tapi kalau niat dihati tidak baik kepada majikan buat apa? Adalah lebih baik kepada ahli-ahli PAS yang masih lagi bekerja dengan kerajaan supaya meletakkan jawatan kerana ada rakyat lain yang tiada pekerjaan memerlukan jawatan tersebut bila ada kekosongan? Wallahuallam.

    ReplyDelete
  4. salam:

    Politik macam medan perang so...PAS boleh putaq belit isu mau pun hukum !

    ReplyDelete
  5. yea ke nik ajis..
    jadik duit yg nik ajis dapat tu halal ke...
    sembahyang dia tuhan terima ke...
    kalau dah menghina tuhan dgn kata tuhan mencarut...
    tuhan dah larang berkawan ngan setan tapi nik ajis sangup plak nak kawan ngan setan...
    alahai nik ajis cermin diri lah dulu...

    ReplyDelete
  6. kalau lawan pas semua haram, pelik betul tgk TGNA. apa ni? anak haram teoh dia tak berani sentuh pulak? aduhai!

    ReplyDelete
  7. Salam Aidilfitri...Sekarang ni PAS lebih syaitan dari DAP ,sebab kalau kita berkawan dengan syaitan inilah akibatnya.Syaitan akan bagi ilmu dia pada kawan karibnya pasal tu
    la keluar pelbagai fatwa songsang kafirkan orang lain.

    ReplyDelete
  8. aku ingat si tua keparat TGNA ni hantar aja kat Tanjung Rambutan dan tak siuman lagi !!!

    ReplyDelete
  9. ni la yg terjadi klau kita belajar agama sekerat xhabis.
    kalu dh menipu org utk menjadi MP tu apa hukum?BERDOSA.segala bentuk pendapatan yg terhasil drpd penipuan tu apa hukum?HARAM....

    xbetul lg ke TGNA ckap?
    sahabatku,dlm alquran termaktub mcm tu tau.korang nk sangkal jg ke?

    ReplyDelete
  10. kebenaran berdasarkan hujah dan fakta bukan tuduhan melulu, perjuangan pas jelas termaktub dlm alquran, apa yg dikatakan nik aziz perlu diselidik hujahnya, kalu benar kte terima, kalu slh kte tolak, asyik duk kutuk je, x ada faedah pn.., islam x pernah melarang kte bekerja di bawah kerajaan yg zalim, tp islam melarang kte menyokong kerajaaan yg zalim...

    ReplyDelete

PETA PELAYAR