FOLLOWERS

Sunday 6 September 2009

YAA HAKIM MALAS : TUN ZAKI TUNJUK JALAN KELUAR !




KUALA LUMPUR: Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi mengesahkan dua hakim mahkamah tinggi telah diarahkan supaya melepaskan jawatan mereka secara sukarela kerana tidak mencapai tahap kecekapan yang dikehendaki.

Selain dua orang hakim mahkamah tinggi tersebut, dalam usaha yang dilihat untuk meningkatkan kecekapan dalam sistem mahkamah Malaysia, dua orang kakitangan mahkamah telah turut dipecat dan ada yang diturunkan pangkat.

Perkembangan terbaru ini memperlihatkan Zaki sedang menghantar mesej yang jelas kepada para hakim dan pegawai mahkamah - tingkatkan keupayaan kerja atau ditunjuk jalan keluar.

Zaki telah mula memantau prestasi para hakim di bawah seliaannya sejak beliau dilantik ke jawatan tertinggi kehakiman negara Oktober tahun lalu. Menjelang bulan depan, genaplah setahun beliau menjadi ketua hakim negara. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Tahniah Tun Zaki kerana pantas dan berani bertindak. YAA Hakim juga seperti orang lain. Tiada istimewanya. Kadangkala mereka berlindung disebalik jubah hitam mereka. Bagus dengan tindakan Tun Zaki ini.

2. Tunjukkan jalan keluar kepada YAA Hakim yang malas dan tidak menunjukkan KPI yang memuaskan. Semua kemudahan sudah disediakan di mahkamah-mahkamah di Malaysia. YAA Hakim tidak perlu lagi menitiskan peluh untuk menulis. Tidak juga perlu mencari tukang urut untuk mengurut tangan mereka kerana letih menulis. Jadi tidak ada alasan untuk kes dilewatkan.

3. Tahniah sekali lagi.

8 comments:

  1. Baguslah dalam sistem Kehakiman kalau boleh buat begitu.
    Dalam sistem parti2 politik bolehke ? ?

    ReplyDelete
  2. Salam bro,

    Dalam bidang kehakiman boleh pak cik Che Leh Jangok, sebab hakim makan gaji. Hakim tak ada pengikut. Kalau ada yang ikut dia hanyalah isteri dan anak-anak di rumah. Hakim ada ketua Hakim yang powerful sebab Ketua Hakim Negara bukan dipilih melalui pilihanraya. Ketua Hakim Negara tidak ada kepentingan diri. Kalau macam tu Ketua Hakim Negara tengok-tengok kan sikit penangguhan kes Anwar Ibrahim. Kesian Si Saiful yang dah lenguh menunggu kes dia tak jalan-jalan. hehehe

    ReplyDelete
  3. SLM BRO..MANA2 HAKIM YG SENGOT2 TU PIKIRLAH 2 KALI KLU RASA TAK BLH NAK HANDLE KES LG. BUKAN APA, TAKUT KES ASYIK TANGGUH2 SAMPAI NAIK JENUH PLAK. PDHAL BYK LG KES2 YG MASIH PERLUKAN PEMBELAAN..ADOIYAIII

    ReplyDelete
  4. Adaaa...khalid gagap dan guang eng dipersilakan keluar sebab dah jadik bangang..nuar pulak dipersilakan beranikan diri dan menghadapi kenyataan.

    ReplyDelete
  5. Fuh! bagus betul Tun Zaki ni! teruskan YAA!

    ReplyDelete
  6. kalau dalam politik pun boleh macam tu .. aman la selangor sekarang ni... tapi tau2 jer la ... apa yang hakim buat.. sikit2 kata bersekongkol dengan bn .. sape lagi kalau bukan anwar.. dia skg ni sebok nak carik hakim yg blh diperbodohkan dan dibeli dengan wang. HARAM punyer manusia!

    ReplyDelete
  7. 3 adun sudah confirm keluar pakatan rakyat selangor.. dan mb baru akan diumumkan sebelum raya.. sebarkan..

    ReplyDelete
  8. sebenarnya tidak seharusnya ada banyak kes-kes tertangguh, hakim seharusnya monitor mana-mana kes yang ditangguhkan tanpa apa2 sebab konkrit akibatnya suatu suit yang isunya mudah memakan bertahun2 sebelum dapat didengar. Pendaftar mahkamah juga perlu aktif dalam bantu hakim, apapun, mana2 hakim yang kpinya nyata jelas merudum, elok surrender

    ReplyDelete

PETA PELAYAR