FOLLOWERS

Sunday, 20 December 2009

GUAN ENG DAN KEJAHATANNYA : AWANG SELAMAT


Mingguan Malaysia

20 DIS 2009

Guan Eng dan kejahatan sebenar



Tulisan Awang dalam ruangan ini bertajuk Malaysia menuju republik, minggu lalu mengundang reaksi balas daripada Naib Pengerusi DAP, M.Kulasegaran.

Beliau membuat laporan polis terhadap Awang dengan mendakwa tulisan tersebut berbau fitnah, tidak bertanggungjawab dan boleh mencetuskan ketegangan kaum. Awang tidak kisah. Sesiapa sahaja boleh berbuat demikian atas nama demokrasi.

Jika beliau mahu membuat 100 laporan polis sekalipun, tiada hal. Awang sedikitpun tidak gundah malah puas hati kerana mesej sudah sampai. Selagi pemimpin DAP mengelirukan rakyat dengan membuat fitnah terhadap konsep ketuanan Melayu kononnya menjadikan kaum lain sebagai hamba, Awang tidak akan berdiam.

Begitu juga dengan tindakan DAP mempersoalkan pembinaan banyak masjid. Siapa sebenarnya yang mahu mencetuskan ketegangan kaum kalau bukan parti itu. Cadangan DAP untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua, turut mempunyai muslihat untuk menafikan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Tulisan dalam ruangan ini minggu lalu menyanggah ketiga-tiga isu itu, yang boleh dilihat sebagai sebahagian usaha untuk menulis semula Perlembagaan.Rumusan Awang dan banyak pihak lagi sebelum ini bahawa tindak-tanduk tersebut adalah ke arah menjadikan Malaysia negara republik.

Apa yang dilakukan oleh parti itu sekarang ternyata mahu memercikkan ekstremisme, yang tidak boleh sama sekali dibenarkan. Pendirian Awang sejak dahulu lagi adalah mempertahankan Perlembagaan dan menolak ekstremisme termasuk daripada kalangan orang Melayu seperti Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM), Al-Arqam dan Al-Maunah. Kelompok aktivis politik Islam yang melampau juga tidak sunyi daripada kritikan Awang. Gerakan pelampau dalam apa sahaja bentuk termasuk politik adalah sama bahaya dengan pelampau bersenjata seperti Parti Komunis Malaya. Jadi apa istimewanya DAP untuk kita akur dengan agenda mereka, yang akibatnya jauh lebih memudaratkan negara.

Maka apabila Lim Guan Eng menuduh Utusan Malaysia sebagai penjahat, Awang hanya senyum. Apakah kerana Utusan tidak mengikut aspirasi parti itu lalu dilabel macam-macam? Apakah kerana Utusan masih menjadi perisai mempertahankan kepentingan Melayu dan Islam atas nama Perlembagaan maka Utusan mahu dibunuh, yang proses itu sedang dilakukan oleh DAP dan PKR pimpinan Anwar Ibrahim.

Anehnya, media tertentu termasuk akhbar berbahasa ibunda yang ghairah memainkan sentimen rasis mengikut kepentingan kaum mereka, tidak pula dituduh penjahat. Sedangkan Utusan yang hanya menyanggah kenyataan berbau hasutan dan keterlaluan pemimpin DAP - bukan memulakannya- diserang habis-habisan.

Rakyat boleh menilai siapa sebenarnya penjahat. Guan Eng boleh memperdaya sesetengah kalangan tetapi masih ramai terutama Awang memang tidak percayakan beliau. Kalau Guan Eng pakai kostum lengkap seorang badut sekalipun, Awang tahu muslihat sebenarnya adalah untuk merungkai asas kenegaraan kita mengikut gagasan Malaysian-Malaysia.

Jadi untuk apa tunduk kepada pihak yang sesungguhnya menjadi paksi kejahatan. Sedarkah Guan Eng bahawa beliau juga dilihat oleh banyak pihak sebagai musuh dalam selimut yang sedang menggerakkan ‘pengkhianatan’ di negara ini? Cerminlah diri sendiri. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Lim Guan Eng dan DAP . Berhati-hati lah kita pada keduanya.

2. Inilah parti paling rasis di Malaysia dan ianya tidak pernah berubah sejak dari penubuhannnya. Malaysian Malaysia menjadi pedomannya. Kepada orang muda dan pengundi muda, jangan sesekali terperangkap dengan segala cakap dan retorik politik parti dan pemimpjn ini.

3. Jangan menang sorak kampung tergadai. Inilah parti dan sebahagaian pemimpinya masih hidup lagi iaitu mereka yang bertanggungjawab mencetuskan tragedi berdarah 13 mei. Inilah partinya. Mereka masih selamat. Yang menanggung akibat burok ialah kita semua bangsa Malaysia saling bergaduhan dan syak wasangka. Inilah hasil terburok DAP sehingga kini.

4. Jangan sesekali anda sebagai pengundi muda, memperjudikan nasib bangsa Malaysia kepada parti dan pemimpin ini. Jangan sesekali. Ingat anak dan cucu kita untuk 50 ke 100 tahun lagi. BUkan juga untuk DSAI peiwat tu. Malaysia bukan buat mereka dan politik sebegini.

5. Fikirkan baik-baik. Apa yang ditulis oleh Awang Selamat adalah benar. PG masih penyokong setia Awang Selamat. Mereka yang marah pada tulisan Awang Selamat adalah kerana tulisan Awang Selamat adalah benar. Itulah juga awang Selamat dan itulah juga lidah bangsa Melayu. Sebab itu ramai sangat yang marah pada tulisan Awang Selamat. Teruskan Awang ..........

14 comments:

  1. singgah jap... bosan2 datang le sini

    ReplyDelete
  2. sokong 100%. Teruskan mengganyang DAP komunis ni.. Kalau boleh kuburkan mereka. Jangan ada parti DAP di malaysia. Kalau nak, pergi dan jadi rakyat Singapura.

    ReplyDelete
  3. Ini Tanah Melayu.....cina pendatang yang digunakan utk lombong bijih timah d Perak dan K.Lumpur. Ini bumi melayu....India dibawa utk buruh ladang getah....inilah cacatan sejarah, semuanya dibawa masuk oleh Ingeris laknat. Macamana beruk belaan nak gigit tuan pula?

    ReplyDelete
  4. Tahniah dan teruskanlah Awang.

    Yang peleknya apakah PAS dan PKR (Melayu) tak sedar betapa jahat dan bahayanya LGE dan DAP ini.

    Atau mereka memang sengaja nak "bunuh" bangsa Melayu dan Islam.

    Kan lebih baik bubar sahaja kedua-dua parti itu dan ramai-ramai menyertai DAP.

    Senang sikit kita buat perhitungan.

    ReplyDelete
  5. Betul 2 bro!biar putih tulang..jg bg muka kt DAP..tgk PAP kt Singapura/abg tiri DAP..apa dia wat kt owg melayu..klu terpaksa jd cm Vietcong,perang dgn DAP ny..kwn rela..PAS 2 X sedor2 lg..klu X jasa UMNO,Nizar dn Khalid pn X rasa jd MB..psl syarat owg melayu.walau DAP lebih kerusi..Cerita byk X guna..PAS syg sgt kt DAP..beri Xsah byklh..5 perkara baik yg telah mrk buat utk owg islam..yg baru nk buat atau dirancang ..kwn X mahu dgr..sebutkan..

    ReplyDelete
  6. BETUL PERTANYAAN DARI ANOY :
    TUNJUKKAN 5 PERKARA YANG DAP BUAT BAIK UNTUK MELAYU DAN BERI 5 PERKARA YANG PKR BUAT BAIK UNTUK UMAT MELAYU. TUNJUKKAN DAN FIKIRKAN. TAK BANYAK 5 SAHAJA.

    ReplyDelete
  7. arif omar said......

    TUNJUKKAN 5 PERKARA

    jawapannya....Nil/Kosong

    ReplyDelete
  8. Kerana kuasa... semuanya mahu ngap² sebelum mata tertutup rapat.. pedulikan agama dan bangsa tergadai demi kuasa dan ringgit didalam poket kusam...

    Celakalah pemimpin sedemikian.. Ayuh Bangkit dari tidor rakyat malaysia semua.. kita jatuhkan keangkuhan mereka!

    ReplyDelete
  9. Tak payah 5 perkara, 1 perkara pun cukupla untuk PAS buat untuk Islam. Ade ke? 1 perkara cukupla untuk PKR buat untuk Melayu. Ini pun ade ke?

    Untuk diri sendiri memang ade le.

    ReplyDelete
  10. Hahaha, DAP dan KULA!!! Kalau dia dok pertikai perlembagaan tak pe ye... kalau org lain dok sanggah dia terus report polis. Kalau dia bukan mencetuskan ketegangan kaum? habis ketegangan apa? Memang dasar HARAM JADAH tak sedar diri termasuklah PAS dan PKR

    ReplyDelete
  11. PAS...ckp aje islam..amende yg dia dh buat Xnmpk apa2 pun dr dulu...retorik je lebih..pelaksanaan Xde..sanggup bersekongkol dgn DAP..

    ReplyDelete
  12. MR..PG ////YANG PELIKNYA KENAPA pas HARUS IKUT KEHENDAK DAP...PKR HANYA WUJUB ATAS KEPENTINGAN INDIVIDU KENAPA PAS TAK SEDAR.. UMNO BAGI PAS KAFIR. BERKAWAN DGN MCA/GERAKAN/MIC YG MEKA BERSEKONGKOL DGN DAP./PKR KENAPA...JIKA NAK JATUHKAN BN MENIDAKKAN HAK2 ANAK BUMI MALAYU..ITU AKAN MENJAHANAMKAN MELAYU/ISLAM.. PAS NI PUN KAYU..

    ReplyDelete
  13. PAS YANG TAK lePAS, menuju saat terlePAS, padan muka melePAS lah PAS.Ker guane TUANG-TUANG GURU OI...........yg dok seronok berpeluk dgn guan eng rasis soasialis tu ape ke kijoang?

    ReplyDelete

PETA PELAYAR