FOLLOWERS

Sunday, 20 December 2009

MALAYSIA LAW JOURNAL : KES HABEAS CORPUS !


[1994] 1 MLJ 592
Ng Hong Choon v Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Malaysia & Anor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (PENANG) — CRIMINAL APPLICATION NO
44–143–92

Judges VINCENT NG JC

Date 4 JANUARY 1994

Citation [1994] 1 MLJ 592


Catchwords:

Constitutional Law — Preventive detention — Application for habeas corpus — Report of the reporting officer appended in the affidavit of the assistant commissioner of police — Whether report inadmissible in evidence as it ran foul of the rule that the court was entitled to the best evidence — Report a public document — Whether s 3(2)(c) of the Dangerous Drugs (Special PreventiveMeasures) Act 1965 had been complied with — Dangerous Drugs (Special Preventive Measures) Act 1965 s 3(2)(c) — Evidence Act 1950 ss 65 & 74

Constitutional Law — Preventive detention — Application for habeas corpus — Whether such proceedings are criminal or civil causes — Rules of the High Court 1980 — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6)

Bahasa Malaysia Summary:

Satu-satunya isu untuk dipertimbangkan di dalam permohonan untuk writ habeas corpus ini adalah soalan sama ada s 3(2)(c) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (‘Akta itu’) telah dipatuhi oleh responden apabila pemohon ditahan. Peguambela pemohon telah berhujah bahawa peruntukan Akta itu tidak boleh dikatakan sebagai telah dipatuhi hanya kerana laporan yang diperlukan oleh pegawai itu (‘eks YKS1’) telah dilampirkan bersama afidavit penolong pesuruhjaya polis.

Telah dihujahkan bahawa eks YKS1 tidak boleh diterima sebagai keterangan kerana ianya tidak mematuhi peraturan bahawa mahkamah berhak mendapat keteranagn yang terbaik. Peguambela pemohon telah mengaku bahawa eks YKS1 merupakan suatu dokumen awam.

Suatu perkara kolateral, yang telah timbul dalam pertikaian mengenai kaedah-kaedah yang menentukan afidavit, adalah sama ada mereka sepatutnya ditentukan oleh Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (‘KMT itu’) atau s 365 Kanun Acara Jenayah (FMS Bab 6) (‘Kanun itu’) dan sama ada perkara sedemikian adalah perkara jenayah atau sivil.

Diputuskan:
Dibenarkan, menolak permohonan itu:

(1) Prosiding habeas corpus merupakan prosiding kuasi jenayah di bawah s 365 dan Bab XXXVI Kanun itu, dan perkataan ‘afidavit’ di dalam s 366 di bawah bab yang sama apabila dibaca bersama dengan perkataan di dalam s 424(i) Kanun itu dengan jelas membenarkan pemakaian peruntukan tertentu di dalam KMT itu kepada prosiding habeas corpus.

(2) Apabila sesuatu dokumen merupakan suatu dokumen awam, kaedah keterangan terbaik tidak terpakai. Keterangan sekunder boleh dikemukakan bukan hanya untuk menunjukkan kewujudan sesuatu dokumen itu tetapi isinya juga. Oleh itu, tidak terdapat ruang di dalam rantaian keterangan berkaitan dengan pemberikuasaan untuk penahanan pemohon dan kandungan eks YKS1 menunjukkan bahawa s 3(2)(c) telah dipatuhi.]

Penghuni Gua ; Semuga paparan ini akan memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

1 comment:

PETA PELAYAR