FOLLOWERS

Wednesday 16 December 2009

MALAYSIA LAW JOURNAL : KES KEMALANGAN JALAN RAYA / LIABILITY IN NEGLIGENCE.....!


[1995] 3 MLJ 104
Batang Kali Estates Sdn Bhd v Romani bte Abdul Aziz
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (SHAH ALAM) — CIVIL APPEAL NO 12–25–92

Judges KC VOHRAH J

Date JULY 1995

Citation [1995] 3 MLJ 104


Catchwords:
Tort — Negligence — Maintenance of tree — Tree fell on motor cyclist — Estate owner’s liability in negligence for state of tree — Duty of estate owner to inspect and remove tree if dangerous

Tort — ; Nuisance — Tree falling onto highway — Whether owner of rubber estate on which rubber trees stood liable — Knowledge of nuisance — Liability for nuisance in allowing the fallen tree to remain and obstruct road

Bahasa Malaysia Summary:
Suami penentang (‘si mati’) telah meninggal dunia di dalam suatu kemalangan dan dia mendakwa perayu untuk ganti rugi dalam suatu tuntutan untuk kehilangan penanggung di bawah s 7 Akta Undang-Undang Sivil 1956. Perayu memiliki ladang getah sepanjang Jalan Ulu Yang Bharu-Batang Kali. Pada malam 30 Ogos 1985, sebuah motosikal dijumpai terbaring di sebelah kanan jalan ke arah Batang Kali.

Penunggang motosikal itu adalah si mati yang mengalami keretakan beberapa tulang rusuknya. Beliau meninggal dunia oleh kerana kejutan hemoragik pada hari yang sama. Penentang mengata bahawa pokok getah kepunyaan perayu telah menimpa si mati, ataupun, si mati telah melanggar pokok yang jatuh ke atas jalan dan telah menghalang jalan yang betul dan sah yang dilalui oleh si mati. Penentang mengata bahawa kemalangan itu berlaku semata-mata kerana kecuaian perayu dan/atau pekerja atau ejennya dalam mengawas dan menyenggara pokok getah tersebut dan bahawa pokok itu tumbang kerana ianya berpenyakit.

Penentang juga mengatakan bahawa terdapatnya kacau-ganggu oleh pihak perayu kerana membiarkan pokok yang jatuh itu di atas jalan, dengan itu membawa kepada keadaan membahayakan kepada pengguna-pengguna jalan tersebut. Perayu bagaimanapun, menegaskan bahawa pokok itu tumbang kerana angin kencang semasa ribut. Majistret memutuskan bahawa perayu bertanggungjawab sepenuhnya. Perayu telah membuat rayuan.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan itu:

(1) Beban membukti adalah selalunya di atas plaintif untuk menunjukkan bagaimana kemalangan itu berlaku. Di dalam kes ini, tiada sesiapa yang melihat bagaimana si mati mendapat kecederaan. Pelan lakaran menunjukkan bahawa pokok itu tumbang ke sebelah kiri jalan, dengan itu menghalang hanya setengah sebelah kanan jalan, dan si mati boleh melalui tempat yang tidak dihalang.

(2) Penentang gagal mengemukakan apa-apa bukti bahawa pokok itu berpenyakit atau mengalami apa-apa kecacatan. Sebelum isu mengenai kecuaian perayu atau soalan sama ada ia telah mengambil langkah untuk memeriksa pokok-pokok di dalam ladangnya timbul, ia mestilah dibuktikan terlebih dahulu bahawa pokok itu sememangnya berpenyakit ataupun cacat.

(3) Tiada bukti bahawa pokok itu dalam keadaan mereput dan oleh itu, isu bahawa ianya dalam keadaan membahayakan dan isu mengenai pengetahuan bahawa ianya dalam keadaan berpenyakit tidak timbul. Juga, keterangan menunjukkan bahawa ribut berlaku sejenak sebelum kemalangan itu dan penolong pengurus ladang perayu itu telah dengan serta-merta mengambil langkah yang perlu untuk membersihkan jalan setengah jam kemudian. Oleh itu, tort kacau-ganggu tidak dibuktikan berkenaan dengan penghalangan jalan yang disebabkan oleh pokok itu.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

2 comments:

  1. terima kasih tuan. semoga banyak lagi kes2 seperti ini dipertontonkan.

    ReplyDelete
  2. berubahlah bg kepentingan kita pengguna jalanraya

    ReplyDelete

PETA PELAYAR