FOLLOWERS

Tuesday 1 December 2009

LIWAT : DSAI KALAH LAGI !



By: Ramjit-->



KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bahawa ia tidak boleh membenarkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan pertuduhan meliwat terhadapnya hanya berdasarkan laporan perubatan yang menyatakan ketiadaan penetrasi.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata laporan perubatan tidak boleh dijadikan asas untuk mahkamah menggunakan kuasa untuk membatalkan pertuduhan kerana mahkamah perlu mendengar keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan terlebih dahulu.Pada peringkat ini, katanya, mahkamah bersetuju dengan hujahan Peguam Cara Negara Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden bahawa laporan-laporan tersebut terhad kepada pemerhatian dan pemeriksaan fizikal dan tidak konklusif sedangkan kes pendakwaan lebih berlandaskan kepada keterangan lisan, keterangan forensik dan keterangan lain.

Beliau berkata dalam kes ini elemen penting untuk pihak pendakwaan ialah membuktikan bahawa adanya kemasukan zakar tertuduh ke dalam dubur pengadu.

"Terpulang kepada pihak pendakwaan bagaimana ia ingin membuktikan elemen tersebut," kata Mohamad Zabidin.

Beliau berkata sudah semestinya laporan perubatan merupakan satu daripada keterangan yang boleh diguna, sama ada oleh pihak pendakwaan untuk menyokong keterangan berhubung isu kemasukan, atau oleh pihak pembelaan untuk menimbulkan keraguan berhubung keterangan berkenaan, atau untuk menunjukkan tidak terdapat kemasukan.

Anwar pada 17 Jun lalu membuat permohonan membatalkan pertuduhan terhadapnya setelah mengaku tidak bersalah pada 10 Mac terhadap dakwaan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 24, bekas pembantu peribadinya, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 27 Jun tahun lepas.Mohamad Zabidin juga berkata isu kedua yang mahkamah mengambil perhatian adalah dakwaan pemohon kononnya pertuduhan terhadap beliau mempunyai niat jahat dan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah.

Beliau berkata hujah pemohon melalui afidavitnya yang mengkaitkan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan insiden "mata lebam" pada 1998 dengan pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes terbaru boleh menyebabkan mereka boleh bersikap berat sebelah adalah tidak dapat diterima.

"Beban untuk membuktikan terdapat niat jahat di pihak pendakwa dalam membawa pertuduhan terkini terhadap pemohon terletak di bahu pemohon. Afidavit pemohon ada menyenaraikan Tan Sri Gani dalam apa yang didakwa cuba putar belit atau mencipta keterangan terhadap pemohon dalam tahun 1998.

"Walaupun begitu, tidak ada apa-apa yang menunjukkan perkara yang sama berlaku dalam kes terkini," kata Mohamad Zabidin.Beliau berkata hanya dengan menunjukkan bahawa barisan pendakwaan yang mengendali kes terbaru ada pengetahuan tentang peranan Gani dalam kejadian 1998, tidak cukup untuk mahkamah mendapati dalam kes terkini mereka akan bersikap berat sebelah.

Mohamad Zabidin menetapkan tempoh sebulan bermula 25 Jan tahun depan untuk perbicaraan kes walaupun peguam Karpal Singh membantah kerana anak guamnya ingin memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.Karpal kemudian memberitahu media bahawa satu notis rayuan akan difailkan di Mahkamah Rayuan pada Rabu.Anwar turut hadir di mahkamah pada Selasa.-- BERNAMA

Penghuni Gua : Peliwat kalah lagi. Ini semua kebesaran Allah. Yang benar akan menang. Lihat kebesaran Allah.

2.Berjuta sembahyang hajat dan doa dari yang bergelar ulama pun , sekiranya salah satu masa Allah akan kalahkan mereka juga. Begitu juga peliwat ini. Beribu mereka yang alim berdoa ( kerana di perdaya oleh nya dengan penampilan ), tetapi tetap Allah tak perkenankan doa mereka. Tidakkah kita semua tidak mahu berfikir dan terus di hasuti syaitan dengan mempercayai ia konspirasi. Dengan kebesaran Allah sebarang konspirasi pun jika ada di zaman moden ini akan Allah buktikan dengan sains. Sains akan menjelaskan segalanya. Itulah kelebihan Sains yang Allah ciptakan untuk faedah manusia jika kitya semua mahu fikirkannya secara mudah.

3,. Islam itu mudah dan ringkas. Itu pun bagi mereka yang mahu berfikir dan mereka tidak benarkan sebarang peliwat mempengaruhinya.

4. Kepada Saiful : Tabah dan Allah bersama anda.

4 comments:

  1. tahniah saiful! kami menanti giliran anda pula untuk melakukan serangan balas!

    ReplyDelete
  2. Memang dah dijangka Karpal akan memohon ke mahkamah rayuan. Ini adalah bertujuan utk melengah-lengahkan kes. Orang bodoh pun tahu tujuan Karpal.
    Balik kpd kes liwat ini. Jika kesan air mani dgn DNA Anwar dijumpai di dalam dubur Saiful maka akan terbuktilah Anwar telah meliwat Saiful.
    Tetapi jika kesan air mani itu berada di tempat lain spt di atas cadar, mungkin Anwar telah tertidur di atas cadar katil itu dan telah bermimpi ghairah dan terkeluar air maninya dgn tidak sengaja. Saiful pun mungkin telah tertidur atas cadar yg sama dan bermimpi ghairah dan terkeluar air maninya dgn tidak sengaja. Pemeriksaan DNA tidak boleh menentukan bahawa pengeluaran air2 mani telah berlaku pada masa yang sama. Ini akan meragukan pertuduhan meliwat!
    Satu lagi senario ialah mungkin Anwar ada meliwat Saiful tetapi dia tidak pancutkan air maninya di dalam dubur Anwar tetapi di luar supaya tidak ada bukti liwat. Penetrasi telah berlaku tetapi disebabkan kegunaan pelincir spt KY Jelly maka tiada bukti penetrasi spt luka dsbnya.
    Satu lagi dipercayai si Saiful ni dah diliwat berulang kali sebelum tarikh itu, maka lubang duburnya dah biasa dgn penetrasi. Semasa diliwat mangsa pun selalunya akan merasa sedap dan terkeluar air maninya. Itulah sebabnya ada kesan air mani Saiful juga.
    Marilah kita bersama-sama lihat apa yang akan didedahkan pada 26 Jan nanti.

    ReplyDelete
  3. Salam penghuni gua..ini ada sedikit permintaan dari seseorang berhubung isu royalti minyak.

    December 1, 2009 12:12 AM
    siberangan said...
    Sanggul Melayu, menarik sungguh penjelasan panjang lebar cerita fasal royaliti dan wang ihsan untuk Kelantan ini.

    Banyak juga Menteri2 Kabinet, yang kawan2lah, bila saya tanya mengenai isu ini, kata mereka, kita tak boleh buat apa2, kerana ianya berkaitan dengan undang2. Apa pulak undang2 yang berkaitan?.

    Sekarang jelas, bahawa undang2 yang mereka sebut itu, ialah JV Agrimen Kerajaan Malaysia-Thailand 1990. Maananya, agrimen ini dibuat sudah lama salepas agrimen Petronas yang dibuat masa YBM Ku Li jadi Menteri Kewangan dulu.

    Dalam blog Syed Azidi yang panjang lebar menceritakan hal minyak 3 nutika lebih itu, tidak disebut langsung tentang agrimen 1990 antara Kerajaan Malaysia-Thailand ini.

    Di Parlimen, saya dengan hujjah Sallehuddin Ayob tentang isu royaliti ini. Sapai dia menyebut berani berdebat dengan Dato' Sri Nazri mengenai isu ini. Dan terbaru pulak Anuar Ibrahim nak buat kaukus Parlimen, beliau cadang YBM Ku Li pulak jadi Ketuanya. Saya faham, itu aginda Anuar, nak melingkupkan YBM Ku Li.

    Nampaknya, perjuangan Kerajaan Kelantan nak dapatkan royaliti ini macam 'anjing menyalak bukit' lah. Perjuangan yang sia2. Yang paling sedih, kerana bukan royaliti tapi wang ihsan yang diumum oleh Perdana Menteri itu, menyebabkan Nik Aziz pun jadi bahlol kerana dipermainkan Husam Musa. Nik Aziz berdoa di Mesjid supaya Allah melanati Dato Sri Najib.

    Oleh yang demikian, saya pohonlah kapada Sanggul Melayu yang juga Ccz, tolonglah minta Pensyarah Undang2 UIAM itu buat satu artikal yang jelas dan lengakap dalam mana2 akhbar arus perdana, samada Utusan atau Berita Harian.

    Kerana, manalah tahu, doa Nik Aziz tu, bagoih punya mustajab, lingkup PM kita.

    Saya mengucap panjang ooooo...
    Bodoh sungguh rupa2nya manusia yang berpura2 memperjuangkan Islam, konon.

    December 1, 2009 2:34 AM

    ReplyDelete
  4. Kah..kah..kah Melayu sudah bijak..Melayu sudah boleh terima politik...Melayu percaya Saiful kena liwat, Melayu percaya Azizan kena liwat...kah..kah.,.kah..
    Melayu tidak percaya Razak Baginda kongkek sama altantuya, Melayu percaya Najib bersih..kah..kah.kah..kah Melayu sudah cerdik..Melayu sudah bijak..Melayu sudah tidak mahu kena tipu..
    Kah..Kah...Kah..Melayu sudah maju..Melayu sudah boleh sekeh kepala cina mata sepet..Kah..kah..Kah... Melayu sudah pandai kurangkan gula dan sedia harga gula dinaikkan..Melayu sudah Maju..Kah..Kah..Kah.. Melayu kita sudah maju...kah..Melayu terinmawang ehsan kerana kebvijaksanaan Najib... patutnya wang ihsan tu harta Tun Razak dan Tun Hussien tetapi dengan kemurahan jati dan kebangsawanan Najib maka diberikan hasil minyak kepada rakyat Kelanta,...Kah..kah..kah..Kah.. Nik Aziz tak faham2 lagi ke..apahal mau doakan yang buruk2 pada Najib...dah dapat duit diam-diam la. Kalau bising2 tanda tak bersyukur... Anwar pun apa sibuk2 dah meliwat buat la cara meliwat...kah..kah..kah..kaha..lepas ni sapa pula yang akan kena liwat..kah...kah..kah.
    Liwat..l;iwat..liwat..itu zikir Melayu..kah..kah..kah...,Ummi Hafilda apa kabar? Azwan Ali dah sokong Dr. Asri....nanti kena liwat nngan Dr. Asri lagi best cerita 1Malaysia....kah..kah..kah..

    ReplyDelete

PETA PELAYAR