FOLLOWERS

Wednesday, 23 December 2009

KES DR HASSAN : HUKUMAN MALAM INI. TEKA APA HUKUMANNYA ?


MStar Online

Rabu Disember 23, 2009

Nasib Hassan Ali Ditentukan Malam Ini
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK


PETALING JAYA: Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat yang akan bermesyuarat malam ini bakal menentukan nasib Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Mohd. Ali berhubung dakwaan menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Pengerusinya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagaimanapun berkata, beliau berharap isu berhubung siasatan berkenaan tidak diperbesarkan bagi menjaga maruah dan kepentingan parti.

"Insya-Allah kami akan bermesyuarat malam ini bagi meneliti dokumen-dokumen yang berkaitan dalam siasatan ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Malam ini nasib Dr Hassan Ali Pesurohjaya PAS Selangor akan ditentukan. Cuba teka apakah hukuman dan kesalahanya?

2. Tekaan PG ialah Dr Hassan Ali didapati tidak bersalah dan semua tuduhan yang dilemparkan kepadanya adalah konspirasi dan tuduhan jahat dari blogger UMNO/BN. Inilah jenis keputusan dan alasan yang akan diambil oleh PAS atau Tuan Ibrahim. Skrip sudah ditulis dan macam biasa lah.

3. Cuba pembaca teka dan buat telahan, apakah kesalahan dan hukuman yang akan diterima oleh Dr Hassan Ali.

4. Bagi PG, " Dah lama buat kajian tentang PAS ini" . Wayang aje lebih dan mengata serta memfitnah orang aje lebih tak kira siang atau malam. Lihat aje le dalam kes kahwin Bung Mokhtar. Habis Blogger PAS dan PKR mengutuk YB Bung Mokhtar. Itu kira halal tu.

5. Tetapi bila bab Ketua Pemuda PAS Kelantan kahwin dua secara haram ( akan ditentukan oleh mahkamah nanti ) iaitu melalui sindekit , semuanya senyap kemetot. Menipu dan memalsukan dokumen perkahwinan lagi dan menggunkan doumen palsu sebagai tulen. 2 kesalahan. Kalau ada yang gatal tangan buat repot polis, maka jauh lagi le jalannya. Merengkok le dia dalam penjara. Tapi tak apalah. Mereka kan ahli syurga. Mana boleh buat benda haram dan salah. Kita semua ini je tidak islam dan kafir dan sentiasa buat salah.

6. Inilah contoh pemimpin dan parti yang hanya berdegar-degar cakapnya tetapi jika diteliti akhirnya didapati punggung mereka lebih sendat dengan tahi. 7. Biarkanlah si Luncai terjun dengan labunya. Sebab itu bagi belia dan pengundi muda , anda pelu meneliti kata pepatah " Kepandaian dan kealiman seseorang itu bukan dilihat dari tuturkatanya tetapi dilihat dari perbuatannya.


12 comments:

  1. salam,

    well said!

    ReplyDelete
  2. Di gugurkan dgn talak 3, ishh ishh ishh ishh ishh memang padan dgn muka Dr. Hassan, seorang pengkianat bangsa dan agama, kita rakyat marhen mahukan wang RM1juta yg kerajaan telah belanjakan untuk beliau belajar sampai ke PHD, tetapi sanggup jadi pembangkang yg hanya tahu bercakap tetapi tak serupa, dan tak bikin. Lepas ini Dr. Hassan carilah teman2 belaiu dari DAP, PKR dan PAS, si Bala, Si Siva, Kapal anak beranak, Lim anak beranak, mereka ini sedang menanti pelawaan beliau untuk dijadikan " Cina, India atau Bai buta". Kesian si labu ini....

    ReplyDelete
  3. Bro..
    Ketua Penerangan bukan Ketua Pemuda Pas Kelantan rasanya yg nikah kat Masjid Airport Subang tu..
    Biasa la tu berkokok berderai derai, ekor bergelumang tahi.... politik menghalalkan cara..walau dgn menjual agama sekali pun ..

    ReplyDelete
  4. Ya , Benar Bro.Beginilah komen yg kita mahu.Kalau tak faham juga memang bahalol.

    ReplyDelete
  5. Ramalan 'Nujum Pak Belalang'. Ana pun rasa camtu juga. w/salam.

    ReplyDelete
  6. SLM BRO.RASANYA PASTI AKAN ADA SAMBUNGAN DRAMA LAGI. DRAMA PAS NI X AKAN HABIS SETAKAT TU JE. APA PUN KITA TUNGGUUUU! HUHUHU

    ReplyDelete
  7. Tuan Man tu ada pengetahuan tentang tatatertib ke?
    Mesti keputusan tak bersalah punya. Silap teknik.
    Akan minta media tak besarkan kes dan yang paling Utama segala tuduhan adalah kerana mainan politik BN........
    Hakim pun terror ... ptuuuuih !

    ReplyDelete
  8. Hanya UMNO saja yang berani menghukum pemimpin-pemimpinnya yang telah terbukti bersalah. Pemimpin-pemimpin parti lain belum ada. Apa lah besonya salah Hassan Ali tu? Setakat nak berkawan dengan UMNO je....hehehe...
    Kemungkinan hukumannya, Hassan tak bersalah. Alasannya saja-saja je nak buat propaganda....hehehe

    ReplyDelete
  9. aku pun stuju dgn PG. dibebas dan dilepaskan. yg besalah umno jugekkkk..... puak2 ni ikut strategi PAP di singapura, anak didik dia DAP pon mcm tu, buat2 bergolak dan bermasalah. sbb dlm pas pon ramai yg rasional dan ramai yg fanatik. so bila berlakun bergaduh. yg rasional sokong hassan yg fanatik sokong nik aziz. lepas dah sejuk. didapati tak bersalah dan damai. mesejnya supaya ahli terus wala dan tak keluar parti. dah faham sangat dahhh.

    joe

    ReplyDelete
  10. PAS busuk dan hancing sampai ke kepala!!!!

    ReplyDelete
  11. Memang dah menjadi kebiasaan bagi PAS utk mendiamkan kesalahan pemimpin2nya kerana nak menjaga aib orang!
    Tetapi jika hal2 yg berkaitan dgn BN, PAS akan heboh satu M'sia.
    Rakyat bukannya bodoh!
    Tunggulah PRU13!

    ReplyDelete

PETA PELAYAR