BEIJING 23 Dis. - Seorang daripada penentang kerajaan China yang terkenal, Liu Xiaobo berdepan dengan dakwaan subversif dalam satu perbicaraan hari ini yang mencetuskan rasa berang aktivis tempatan dan kerajaan antarabangsa terhadap kekerasan Beijing ke atas musuh politiknya.
Xiaobo dituduh 'menghasut aktiviti subversif' dengan menerbitkan esei yang mengkritik Parti Komunis yang memerintah di dalam Internet dan membantu menganjurkan petisyen 'Piagam 08' yang menuntut pembaharuan demokrasi dalam negara yang diperintah oleh satu parti ini. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Penentang dan pendemo haram haram ini akhirnya dijatuhi hukuman penjara 18 tahun pada 26 dis 2009.
2. Apa ikhtibar yang boleh kita ambil?
3. Malaysia juga yang terbaik. Kepada mereka yang tidak sedar diri dan masih mengecam dan kerap mengatakan Malaysia tidak bebas, tidak demokrasi, kejam, melanggar hak asasi manusia dan berbagai kecaman lagi kepada kerajaan harus melihat perkara ini dengan hati terbuka.
4. Malaysia juga yang terbaik. Kekurangan yang ada pada kerajaan kita bukan menjadikan satu alasan bagi menukarkannnya dengan sesuaru yang belum pasti. Kekurangan dan kelemahan kerajaan Malaysia kalau ada ( memang ada ) boleh diperbaiki dari masa ke semasa dan berbagai saluran serta cara untuk kita rakyat Malaysia memperbaikinya dan ruangnya disediakan oleh kerajaan.
5. Kepada penentang dan pendemo haram di Malaysia dan kepada mereka yang sentiasa tidak puashati dan kepada yang sering menuntut persamaan hak, pergilah ke negara China atau jiran kita Singapura atau Thailand, atau Kemboja dan pergilah ke mana di dunia ini. Jika anda membuat onar dan bercakap banyak di sana, anda semua tidak pun sempat mengeluarkan 10 perkataan pun apatah lagi mengecam pemerintah, mempertikai hak peribumi dan agama resminya. Dengan 10 perkataan pertama pun anda semua sudah terhumban ke penjara .
6. Malaysia juga lah yang terbaik. Kita semua boleh terus memperbaikinya bukan menjatuhkannnya. PG bangga menjadi rakyat Malaysia dan bangga dengan kerajaan yang ada. Kita adalah rakyat bertuah. Bertuah dalam semua segi. Cuma ada segelintir rakyat dari berbagai bangsa yang semakin besar kepala. Ada juga saudara sebangsa dan seagama yang kepalanya pun semakin besar setelah mengecapi nikmat pembangunan . Mereka kerap dan selalunya lupa dan terus lupa....
7. Fikirkanlah. Malaysia juga yang terbaik.
Elok juga tu pedemo dijatuhkan hukuman sebegitu..
ReplyDeleteBestkan..?
Best juga kiranya PERASUAH dihukum tembak seperti di Cina tu !
Kalau kat Malaysia siap boleh relax setahun dua then masuk bertanding dalam parti lagi..
Menang pulak tu..!
gua nak gi wat demo haram 8 januari 2010 ni kat kdutaan mesir. lu sokong x?klau gua kena tangkap lu sokong x? agak-agak lu lu nak sokong mana?atau lu sokong mesir?
ReplyDeletepenentang puak uighuir pun dihukum mati. memang malaysia terbaik lah! buka mata. tolonglah. kalau di China raja petra dah lama mati.
ReplyDeleteSalam PG, lihatlah negara komunis ini buat untuk menjaga ketenteraman awan dalam negara mereka.... kenapa DAP, PKR dan PAS tak buat bantahan ?
ReplyDeleteKerajaan Malaysia perlu mengikuti akta yang ada, jangan lagi acuh tak acuh..... teruskan demi keharmonian rakyat Malaysia....
buat demo kt kedutaan mesir??berani ke?blah la lu!!
ReplyDelete