FOLLOWERS

Sunday, 6 December 2009

JAMBATAN KAYU RM 1 JUTA? RUNTUH LAGI !




Penghuni Gua : Jambatan di Kg. Kawah Sg Lembing Kuantan , Pahang ini dah le mahal ( RM 1 juta ) , tak sampai setahun runtuh pulak.

2. Apa cerita ni. Mengapa terlalu mahal hanya untuk membina jambatan kayu yang panjangnya hanya 80 meter? Kalau kayu cengal pun baru RM 8 K satu tan. Tak sampai 10 tan pun kalau nak bina jambatan tu. Kos tanam cerucuk dan simen serta kos buroh campur semua sekali dalam RM 200K sahaja. Kalau RM 300 K pun , kontraktor masih boleh untung 70 %. MUngkin ini jambatan yang diperbuat dari perak kot. Itu yang mahal tu.

3. Runtuh pula. Apa design jambatan ini yang tidak mengambil kira banjir dan kekuatan arus sungai yang melanggar tebing. JUga jambatan tu pulak dibina hampir paras air sungai. Apa design ni!Bodoh sangat ke jurutera JKR sehingga boleh meluluskan pelan ini dan juga boleh meluluskan bayarannya. Adakah ia mengikut spesifikasi pembinaan?

4. Kepada SPRM, siasat le sikit. Ini ada unsur tidak sihat dan rasuah di dalam pembinaan jambatan ini. Jangan bincang bab lain le. Lihat dari segi kos sahaja kita sudah tahu dan kita boleh agak ada yang tidak betul tentang kosnya.

5. Kalau SPRM tidak menyiasat kerana alasan tiada lapuran dibuat : jawapanya senang sahaja. Jadikan tulisan PG ini sebagai satu lapuran polis. Apa susah sangatnya.

6. Inilah yang memeningkan kepala PM dan MB. Bukan salah kerajaan, tetapi salah pentadbir yang diberi amanah tetapi tidak menjaga amanah tersebut malahan mengkhianati amanah . Inilah yang dikatakan " Harapkan pagar, pagar makan , akar-akar padi " . Kepada kerajaan, ambil tindakan kepada mereka yang bertanggungjawab dalam kesalahan dan kecuaian ini segera agar ianya tidak berulang dan menyusahkan rakyat dan menjejaskan nama baik kerajaan.

7. Sakit hati membaca berita-berita sebegini.

5 comments:

  1. Silap silap yang dapat untung tu sendiri (kalau ada) dok jadi kaki kutuk kerajaan.

    Maaflah. Bukan tuju kepada sapa sapa. Tetapi hamba dah terlalu biasa dok jumpa pegawai kerajaan yang dok buat kerja begitu. Alasan paling biasa kita dengar ialah orang lain dok makan.

    Cuma harapan kita hari ini rasanya lebih baik kerana SPRM dah jadi semakin aktif. Itulah sebabnya mereka pun hari ini asek dok kena serang.

    Rupanya yang buat kerja akan kena serang dan malanglah kalau penyerang itu ialah yang kerjakan ia. Macam kat Selangor baru baru ni la.

    ReplyDelete
  2. Jangan salahkan wakil rakyat atau orang politik semata-mata jika berlaku bencana. Kakitangan kerajaan juga perlu diperiksa sama. Mereka ini kadang-kadang yang menjatuhkan imej kerajaan. Rasuah banyak berlaku di kalangan mereka. Lebih tinggi pangkat lebih besar habuan......

    ReplyDelete
  3. STUJU PENDAPAT BRO AMIR. ORG GOMEN NI PUN ADE GAK YG KAKI 'KHIANAT'. ITU ADALAH KENYATAANNYA. SBB TU UTK MEMPERBETULKAN KEADAAN, KDG2 KITA TERPAKSA BANTAI GAK WARGA GOMEN YG BUAT KEJE 'IKUT SUKE HATI PEROT' DIORANG

    ReplyDelete
  4. HHmm..PAYAH..lagu nih..
    Kan ada berita baru2 ni..Ttg aset bekas Timbalan Ketua Polis (timbalan ONLY)yg bernilai 40 Juta LEBIH..??
    Amacam?
    La ni sapa nak siasat sapa?
    BUKAN kerana setitik nila rosakan SUSU sekawah tapi SUSU tu dah bertukaq jadi NILA..
    malanggg..

    ReplyDelete

PETA PELAYAR