FOLLOWERS

Friday, 11 December 2009

MALAYSIA LAW JOURNAL : KES NIAT CURANG DAN FAKTA PEMBUKTIANNYA !


[1991] 1 MLJ 240
Zulkifflee bin Hj Hassan & Satu Yang Lain lwn Pendakwa Raya
Case Details:

Malaysia MAHKAMAH TINGGI (KUALA LUMPUR) — ULANGBICARA
JENAYAH BIL 42–51–89 DAN 42–52–89

Judges FAIZA TAMBY CHIK PK

Date 13 JUNE 1990

Citation [1991] 1 MLJ 240




Catchwords:

Undang-Undang Jenayah — Pecah amanah jenayah — Pengurus bank dituduh atas tuduhan pecah amanah jenayah kerana meluluskan tujuh surat kredit dengan melampaui kuasanya dan menyebabkan kehilangan salah kepada bank — Adakah niat curang dibuktikan — Fakta-fakta yang menidakkan niat curang — Keterbukaan transaksi — Kanun Keseksaan (FMS Cap 45), ss 109 and 409

Keterangan — Inferens yang menentang — Pihak pendakwa gagal mengemukakan buku yang mendedahkan transaksi pembayaran ketujuh-tujuh surat kredit oleh perayu — Beban bukti — Akta Keterangan 1950, s114 (g)

Facts:

Perayu pertama dituduh atas tujuh tuduhan di bawah s 409 Kanun Keseksaan (FMS Cap 45) dan perayu kedua atas tujuh tuduhan juga di bawah ss 109 dan 409 Kanun Keseksaan di mahkamah sesyen Kuala Lumpur.

Kedua-dua didapati bersalah dan disabit lalu dihukum penjara. Perayu pertama dikatakan telah meluluskan pembayaran tujuh naskah surat kredit pada masa-masa yang berasingan antara 29 Januari 1983 hingga 12 September 1983. Ketujuh-tujuh surat kredit bernilai antara $68,054 hingga $2,885,614. Dengan itu, beliau dikatakan memungkiri kontrak nyatanya disisi undang-undang di mana beliau telah melupuskan dana bank dengan bertindak melampaui kuasa dan budibicaranya, sebagai seorang pengurus bahagian di bank tersebut.

Oleh itu, beliau telah melakukan pelupusan tersebut dengan curang dan menyebabkan kerugian salah kepada bank. Perayu kedua pula telah dituduh mengemukakan ketujuh-tujuh surat kredit tersebut kepada pihak bank dan telah menyakini pihak bank bahawa bank yang mengeluarkan tiga surat kredit yang pertama itu wujud dan beliau sendiri telah melawatinya di Hong Kong. Beliau juga dikatakan berjumpa dengan pengerusi bank tersebut yang menyebabkan perayu pertama dipanggil dan diberikan surat kredit keempat. Jadi tindak-tanduk perayu kedua dikatakan suatu perbuatan membantu dan bersubahat untuk perayu pertama melakukan pecah amanah jenayah mengenai harta bank.

Holdings:

Diputuskan, mengenepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan ke atas kedua-dua perayu:

(1) Untuk berjaya membuktikan tuduhan di bawah s 409 Kanun Keseksaan adalah penting bagi pihak pendakwa membuktikan bahawa perayu pertama telah melakukan dengan niat hendak menyebabkan kedapatan salah kepada seseorang lain atau kehilangan salah kepada seseorang lain, maka adalah dengan itu dikatakan melakukannya dengan curang seperti ditakrifkan oleh s 24 Kanun Keseksaan.

(2) Daripada keterangan saksi pendakwa, pihak pendakwa telah gagal membuktikan kesnya kerana: (a) Walaupun perayu pertama telah meluluskan pembayaran terhadap ketujuh-tujuh surat kredit tersebut, dan melakukannya dengan melampaui bidang tugas dan budibicaranya, dia telah membuat pembayaran tersebut secara terang-terang tanpa rahsia dan membuat pembayaran tersebut bukan sekali tetapi tujuh kali dan dalam jangkamasa panjang selama tujuh bulan 15 hari.

(b) Perayu pertama juga melaporkan setiap pembayaran tersebut di dalam ‘daily open position report’ seperti dikehendaki oleh peraturan bank. Jelas kelakuan terbuka tanpa sembunyi-sembunyi oleh perayu pertama menunjukkan bahawa tidak ada sebarang kegocohan langsung yang dilakukan oleh perayu pertama dan ini menidakkan niat curangnya.

(c) Tidak terdapat keterangan daripada pendakwa yang menunjukkan secara terperinci samada setiap naskah surat kredit yang dipersoalkan telah tidak diperiksa dengan teliti (melainkan surat kredit pertama yang telah diperiksa dengan teliti). Dalam suasana ini, dua inferens boleh dibuat iaitu inferens yang menguntungkan dan yang merugikan. Satu perkara tetap dalam perbicaraan jenayah ialah dalam keadaan begitu inferens yang menguntungkan hendaklah diberi kepada yang tertuduh.

(d) Kehilangan salah berlaku kepada bank kerana keatau kelalaian yang nyata tidaklah boleh disamakan dengan pecah amanah jenayah tanpa niat curang dibuktikan.

(e) Kegagalan pihak pendakwa mengemukakan buku yang dipanggil ‘Outward Documentary Bill’ yang mengandungi ‘daily open position report’ itu sebagai barang kes adalah satu kelemahan yang tenat terhadap kes pihak pendakwa. Oleh itu, mahkamah membuat inferens yang menentang di bawah s 114(g) Akta Keterangan 1950.

(3) Pihak pembela tidak seharusnya dipanggil membela diri di mana pihak pendakwa telah gagal membuktikan kesnya. Bukti sesuatu kes terhadap seseorang yang tertuduh bergantung kepada keterangan positif yang mengiakan kebersalahan yang tertuduh yang dikemukakan oleh pihak pendakwa dan bukannya ketiadaan atau kelemahan penjelasan yang diberikan oleh yang tertuduh.

(4) Oleh kerana pihak pendakwa telah gagal membuktikan kesnya di peringkat prima facie, maka tuduhan di bawah s 409 Kanun Keseksaan tidak dapat dipertegakkan. Maka tuduhan persubahatan di bawah s 109 terhadap perayu kedua juga tidak dapat dipertegakkan dan gugur dengan sendirinya.

Penghuni Gua : Semuga semua pembaca dan pelajar mendapat menafaat dari paparan ini .

4 comments:

  1. Assalamualaikum Worih,

    Nak tanyo sikit niha, mala-fide boleh dibuktikan tanpa written documents? den tengah bersiap nak belo diri kalau ado mangkok getah yang nak belasah den, kes tak bosar, tapi nak berjago-jago gak la.

    CDR

    ReplyDelete
  2. boleh tapi menang kalah le tak boleh tentukan. tetapi saksi yang kompeten perlu ada ok le. panjang ceritanya

    ReplyDelete
  3. If there was an award for “Sell-Out Journalist of the Year” it would go hands down to The Sun’s Ng Kee Seng.
    Ng Kee Seng is now the new Executive Editor of The Star after his recent blatantly once-sided articles and news stories in favour of Ong Tee Keat and in complete ignorance of all other points of view.
    Leslie Lau of the MalaysianInsider was spot on when he referred to Ng as an "undistinguished veteran journalist".

    ReplyDelete

PETA PELAYAR