FOLLOWERS

Monday, 7 December 2009

MALAYSIA LAW JOURNAL : KES ANAK SAH TARAF DAN HARTA PUSAKA !


[1994] 1 MLJ 144
Shamugam v Pappah
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (PENANG) — CIVIL SUIT NO 365 OF 1983

Judges EDGAR JOSEPH JR SCJ

Date 5 JULY 1993

Citation [1994] 1 MLJ 144



Catchwords:
Civil Procedure — Mode of commencement — Declaration of legitimacy — Whether proper mode was by way of petition — Whether failure to comply with mode of commencement of proceedings deemed to be waived and treated as mere irregularity not nullifying proceedings — Legitimacy Act 1961 ss 4 & 5

Succession — Distribution of estates — Legitimate children — Whether plaintiff entitled to succeed to deceased’s estate — Whether plaintiff was legitimate child of deceased — Legitimacy Act 1961 ss 4 & 5

Family Law — Marriage — Validity of marriage — Whether defendant was lawful wife and widow of deceased — Civil Marriage Ordinance 1952 ss 4(2) & 6

Evidence — Hearsay — Statement by deceased as to relationship — Whether admissible as evidence of parentage — Whether exception to hearsay rule — Conditions to be satisfied before exception may be invoked — Evidence Act 1950 s 32(e)

Bahasa Malaysia Summary:
Plaintif menuntut suatu declarasi bahawa beliau merupakan anak sahtaraf yang tunggal kepada S Kanapathy s/o Sinnathamby (‘simati’), dan oleh itu, merupakan benefisiari tunggal harta pusaka simati di bawah Akta Pembahagian 1958.

Beliau selanjutnya menuntut suatu declarasi bahawa defendan dan tiga orang anaknya masing-masing bukan isteri dan anak sahtaraf simati, dan dengan demikian, tidak berhak mendapat sebarang bahagian dalam harta pusaka simati. Sebaliknya, defendan mengatakan bahawa beliau merupakan balu sah simati dan terdapat tiga orang anak daripada perkahwinan itu. Defendan selanjutnya menafikan bahawa plaintif adalah anak lelaki simati kerana bapa sebenarnya adalah adik simati. Dengan demikian, defendan menyatakan bahawa plaintif tidak berhak mendapat sebarang bahagian dalam harta pusaka simati dan tuntutannya sepatutnya ditolak.

Suatu bantahan permulaan telah ditimbulkan oleh peguambela defendan selepas pendengaran merit kes ini, bahawa: (i) prosedur yang diikut oleh plaintif apabila memulakan prosiding melalui writ adalah salah dan plaintif sepatutnya memulakan tindakan melalui petisyen; dan (ii) mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar isu mengenai sahtaraf dan perkahwinan.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak kedua-dua tuntutan:

(1) Plaintif tidak menuntut bahawa beliau menjadi atau telah menjadi orang disahtaraf mengikut maksud s 4 Akta Kesahtarafaran 1961 dan oleh itu s 5 Akta Kesahtarafaran 1961 tidak terpakai. Lebih-lebih lagi, adalah terlalu lewat untuk defendan membuat bantahan terhadap bentuk permulaan prosiding; beliau telah memasukkan kehadiran tidak bersyarat, memfailkan pembelaan, kedua-dua pihak telah mengemukakan keterangan untuk menyokong kes masing-masing, dan penghujahan akhir bertulis telah dikemukakan. Kegagalan mengikut keperluan sebarang kaedah mengenai permulaan prosiding mesti dianggap telah diabaikan dan disifatkan sebagai suatu luar aturan yang tidak membatalkan prosiding. Cabang bantahan permulaan defendan ini ditolak.

(2) Plaintif menanggung beban untuk membuktikan bahawa beliau merupakan anak sahtaraf simati. Untuk membuktikan haknya untuk mewarisi harta pusaka simati yang meninggal tidak berwasiat, plaintif mesti membuktikan bukan sahaja bahawa beliau adalah anak simati tetapi mestilah juga membuktikan, disebabkan Akta Pembahagian 1958, bahawa beliau adalah anak sahtaraf simati. Beban membukti juga terletak pada defendan untuk membuktikan bahwa beliau adalah balu sah simati dan bahawa tiga orang anaknya merupakan anak daripada perkahwinannya kepada simati.

(3) Akuan berkanun yang kononnya telah diperakui oleh simati supaya mendapatkan kad pengenalan untuk plaintif memuaskan semua keperluan s 32(e) Akta Keterangan 1950 dan telah diterima dengan betul dalam keterangan. Akan tetapi, walaupun plaintif telah membuktikan bahawa beliau adalah anak kepada simati, beliau gagal membuktikan bahawa beliau adalah anak sahtaraf simati dan oleh itu tidak berhak mewarisi harta pusaka simati.

(4) Perkahwinan defendan kepada seorang lelaki yang lain pada 16 November 1966 telah diupacarakan sebelum perkahwinannya kepada simati yang dikatakan itu pada 6 September 1967, dan hanya dibubarkan pada tahun 1983. Defendan tidak merupakan balu sah simati dan jikapun anak beliau merupakan anak simati, mereka bukanlah anak simati yang sahtaraf, dan oleh itu defendan begitu pun anaknya, tidak berhak mewarisi harta pusaka simati.

Per curiam:

Adalah lebih sesuai jika plaintif ataupun defendan telah memohon melalui petisyen untuk suatu surat mentadbir harta pusaka simati dan untuk pihak yang bertentangan memasukkan suatu kaveat, dan seterusnya hakim boleh memerintahkan supaya sesuatu isu dibicarakan.]

Penghuni Gua : Semuga semua pembaca dan pelajar mendapat menafaat dari paparan kes ini.

1 comment:

PETA PELAYAR