FOLLOWERS

Wednesday, 9 December 2009

ZAID SAMAN KADIR JASIN : INIKAH WAJAH PEJUANG KEBEBASAN DAN KETERBUKAAN ?




Pemimpin PKR Datuk Zaid Ibrahim hari ini menyaman penulis blog popular Datuk A Kadir Jasin kerana didakwa memfitnahnya sebagai "pengacau" dalam parti itu, Oktober lalu.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri menuntut bekas tokoh media itu membayar ganti rugi dan memohon maaf kepadanya berhubung artikel 'Zaid, the Hurricane Hattie of PR' di blognya pada 21 Oktober lalu.Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Inikah contoh pejuang kebebasan , liberal, ketelusan dan keterbukaan ? Sudah lah Zaid. Cakap sahaja yang lebih tentang keterbukaan, ketelusan, liberal dan kebebasan. Tetapi tindakan anda jauh panggang dari api.

2. PG bukan nak puji bekas-bekas PM Malaysia seperti Tun Mahathir, DS Najib. Bertan-tan sehari mereka memfitnah dan memaki hamun mereka. Sardin sahaja mereka ini. Kerana apa? Sebab seperti Tun Mahathir dan DS Najib ini adalah contoh tentang keterbukaan dan kebebasan. Ia terjemahkan perkataan dan percakapannnya kepada perbuatanm dan tindakannya. Mereka akurt, sebagai pemimpin , inilah sebahagian asam garam yang akan dan perlu dihadapi.

3. Zaid Ibrahim? Tak payah cakaplah. PG lihat komen beliau apabila dato Kadir Jasin mencuitnya sedikit. Katanya ia masih boleh tidor lena kerana Dato kadir ini hanya budak dan penulis upahan UMNO / BN sahaja. Maknannya tak berbekas langsunglah beliau dengan tulisan Dato Kadir tu. Alih-alih, melenting juga beliau dengan tulisan tersebut. Langsung beliau tak boleh tidor. Sekarang , semua dibuat sekatan dari sesiapa sahaja membuat komentar terhadap beliau. Boleh jalan lah Zaid. Cakap sahaja yang lebih.

4. Kita lihat apa kata Zaid selepas beliau dicubit oleh Dato Kadir dahulu :

“Bagi saya, kalau PKR, PAS atau DAP yang mendakwa saya ini satu watak kartun dan seorang pengacau, maka saya perlu meneliti tuduhan tersebut. Tetapi kalau setakat penulis upahan UMNO yang membuat tuduhan, saya rasa saya masih lagi boleh tidur nyenyak. Lagi pun tak berapa syok nak melayan budak-budak upahan, terutamanya yang hati mereka dah terlalu busuk "

5. PG lihat tidak ada apa pun fitnah dalam tulisan dato Kadir tu. Tetapi lihat le sekarang. Melenting pejuang kebebasan bersuara, pejuang liberal, keterbukaan dan ketelusan. Sebab itu PG selalu cakapkan , Zaid dan mereka yang sepertinya ini hanya pandai bercakap sahaja. Pakai air liur semua boleh. Bila kita lihat pada tindakan dan perbuatan, habok pun tak ada. Sama sahaja mereka ini. Apa kurangnya Mahfuz, DSAI dan banyak lagilah termasuk si Husam dan sebagainya. Saman tak berhenti.

6. Memang lah saman tersebut sah dari segi undang-undang. Tetapi kalau tengok apa yang mereka cakap bukan main terbuka lagi fikiran dan tindakan mereka. Akhirnya semuanya diikat dan ditutup dengan undang-undang serta perintah mahkamah. Sama sahaja seperti tindakan Lee Kuan Yew yang menghalang dan menutup mulut penentangnya sehingga bangkrap semuanya. Tetapi apa hairannya, itulah sifu mereka. Mereka ini belajar dari sana.

7. Kepada Dato Kadir : Relak lah Dato. Tak ada apa nak ditakut dan dihairankan. Inilah wajah mereka sebenarnya. Dato lagi bagus dan lebih terbuka. Dato tak ada ambil sebarang tindakan yang sama pun terhadap Zaid walaupun difitnah oleh Zaid dato penulis upahan UMNO . Itulah bezanya. Sepatutnya Dato pun wajar mengambil tindakan balas yang serupa. Tetapi itulah bezanya mereka yang berjiwa besar dan berjiwa kuman.

8. Kepada Zaid : Boleh jalanlah dan jangan bercakap le tentang kebebasan bercakap, keterbukaan dan sebagainya. Kena cubit sikit pun dah melatah. Kalau lah mereka semua ini memerintah Malaysia, mungkin semua penulis dan penentang yang mengkritik mereka akan tersadai di kem kemungting atau Simpang Renggam di ISA kan oleh mereka. Mereka semua telah menunjukkan wajah sebenar mereka.

9. Bagus juga dengan tindakan Zaid ini. Inilah petunjuk yang Allah ingin sampaikan kepada kita semua siapa Zaid dan orang yang gah sangat bercakap tentang kebebasan, ketelusan , islam liberal dan sebagainya. Itulah Maha kayanya Allah. Sedikit demi sedikit Allah pamerkan wajah sebenar mereka . Itupun jika mahu memikirkannnya.

10. Inilah wajah sebenar mereka. Sudahlah................Cakap sahaj lebih.

7 comments:

  1. Keterbukaan bersuara bagi mereka ini hanyalah untuk perkara yang tidak benar sahaja. Untuk membuat fitnah dan tuduhan tanpa bukti, semua dibenarkan. Untuk mendedahkan perkara benar alamat kena samanle. Baik PKR, DAP dan PAS sama aje

    ReplyDelete
  2. inilah pejuang pak kadok...sampai terlodeh kainnya.

    ReplyDelete
  3. SLM BRO..KETERBUKAAN TAIK KUCING LAH!..FUCKATAN SEBENARNYA TAK TAU APA MAKNA KETERBUKAAN, KEBEBASAN, KETELUSAN TU!. YG DIORANG TAU ADALAH KETERBUKAAN, KEBEBASAN, KETELUSAN CARA DIORANG YG TAK SUKA DI KRITIK, DI HENTAM ATAU DI KUTUK.

    SKET2 NAK SAMAN!..MMG BTUL LA DIORANG NI BACUL! XDE TELOW! KEHKEHKEHKEH HARKK PTUIIHH!!

    ReplyDelete
  4. zaid ni pondan sgt. kalau pondan sgt tutup sahaja lah blog dia tu..

    ReplyDelete
  5. ini satu lagi loya buruk...
    cakap jer lebey...
    pejuang kebebasan dan keterbukaan kepala hotak
    masa jadik menteri pon...watak macam bukan menteri
    asek2 nak gado dgn menteri lain..

    ReplyDelete
  6. Sekarang rakyat boleh menilai di antara BN dan PR!
    Di PRU13 nanti rakyat akan membuat pilihan yg betul!

    ReplyDelete

PETA PELAYAR