FOLLOWERS

Monday 14 December 2009

MALAYSIA LAW JOURNAL : KES ROGOL / BEBAN PEMBUKTIAN !


[1994] 2 MLJ 12
Public Prosecutor v Mohd Ali bin Abang & Ors
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUCHING) — CRIMINAL APPEAL NO KG19 OF
1990

Judges CHONG SIEW FAI J

Date 1 MARCH 1994

Citation [1994] 2 MLJ 12



Catchwords:

Criminal Procedure — Appeal — Against acquittal — Charge of rape — Burden on prosecution to show order of discharge and acquittal wrong

Criminal Procedure — Trial — Cautioned statement — Proof beyond a reasonable doubt that cautioned statement voluntary — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) s 113(1)(a)(i) — Evidence Act 1950 s 24

Criminal Procedure — Trial — Charge of rape — Burden on prosecution to prove that intercourse had taken place — Medical report silent as to whether intercourse had taken place — Whether report was of help to prosecution as it did not say that there was no sexual intercourse

Criminal Procedure — Appeal — Against acquittal — Charge of rape — Credibility of witness successfully impeached — Whether whole evidence of witness to be disregarded

Criminal Procedure — Trial — Charge of rape — Whether sessions court judge could amend charge to one of attempted rape or abetment of rape — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) s 158 — Penal Code (FMS Cap 45) ss 354 & 511

Bahasa Malaysia Summary:

Responden pertama dan kedua telah dituduh kerana merogol pengadu itu tetapi hakim mahkamah sesyen telah melepaskan dan membebaskan mereka pada penghujung kes pihak pendakwa tanpa pembelaan mereka dipanggil. Pihak pendakwa telah membuat rayuan terhadap keputusan itu.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak rayuan itu:

(1) Pada rayuan, beban terletak pada pihak pendakwa untuk menunjukkan bahawa perintah pelepasan dan pembebesan itu adalah salah. Adalah menjadi tugas pihak pendakwa untuk menunjukkan secara konklusif bahawa inferens bersalah itu adalah nyata dan hanya di mana, atas fakta dan keadaan yang terbukti kes itu, keputusan itu tidak dapat dicapai berdasarkan undang-undang, suatu campur tangan pada rayuan terhadap suatu pelepasan boleh dijustifikasikan.

(2) Beban membukti bahawa suatu pernyataan beramaran atau suatu pengakuan salah telah dibuat secara sukarela, iaitu ia tidak dibuat akibat suatu dorongan, ugutan atau janji, sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam s 113(1)(a)(i) Kanun Acara Jenayah (FMS Bab 6) (‘Kanun itu’) dan s 24 Akta Keterangan 1950, terletak pada pihak pendakwa dan tahap membukti yang diperlukan adalah melebihi keraguan yang munasabah.

(3) Beban membukti terletak pada pihak pendakwa untuk menunjukkan bahawa perhubungan seks telah berlaku. Jika laporan perubatan tidak menyatakan sama ada hubungan seks telah berlaku dalam jangkamasa yang munasabah dari masa dakwaan itu dibuat, laporan itu tidak akan membantu pihak pendakwa.

(4) Manakala merupakan tugas majistret atau hakim mahkamah sesyen untuk mempertimbangkan sama ada keterangan di dalam suatu kes menunjukkan bahawa tertuduh telah melakukan kesalahan selain daripada yang beliau telah dituduh, obligasi utama terletak pada pihak pendakwa untuk menarik perhatian majistret atau hakim mahkamah sesyen kepada kemungkinan menghukum tertuduh atas kesalahan yang berlainan. Di sini, telah dihujahkan bahawa bagi responden kedua, hakim mahkamah sesyen sepatutnya mempertimbangkan pemakaian s 158 Kanun itu dan meminda tuduhan itu supaya menjadi suatu tuduhan cuba merogol atau bersubahat untuk merogol. Tetapi s 158 tidak digunakan terhadap responden kedua, dan pihak pendakwa juga tidak merujuk kepada sebarang bahagian spesifik keterangan itu untuk menunjukkan bahawa hakim mahkamah sesyen sepatutnya mempertimbangkan ss 511 atau 354 Kanun Keseksaan (FMS Bab 45). Mahkamah tidak yakin bahawa hakim mahkamah sesyen telah membuat kesilapan apabila beliau gagal mempertimbangkan penggunaan kuasa mahkamah di bawah s 158. Mahkamah juga tidak yakin bahawa ia mempunyai justifikasi untuk menukar tuduhan itu dengan menggunakan ss 511 atau 354 Kanun Keseksaan (FMS Bab 45) terhadap defendan kedua.

(5) Apabila kebolehpercayaan seseorang saksi dicabar, ini tidak bermakna bahawa kesemua keterangan saksi itu mesti tidak diendahkan. Mahkamah masih berkewajipan untuk meneliti secara berhati-hati keseluruhan keterangan untuk menentukan bahagian mana keterangan itu adalah benar dan bahagian mana yang patut tidak diendahkan.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembacadan pelajar. Tq

1 comment:

  1. malayan law journal, not malaysia law journal...

    ReplyDelete

PETA PELAYAR