KPI menteri esok
Oleh ZULKIFLI
Oleh ZULKIFLI
PUTRAJAYA 11 Dis. – Ahad ini merupakan hari penting kepada menteri-menteri Kabinet apabila prestasi mereka akan dinilai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Setiap menteri akan mengemukakan dan membentangkan apa yang telah mereka laksanakan dan capai sejak Prestasi Petunjuk Utama (KPI) diperkenalkan April lalu.
Ia akan dilakukan pada mesyuarat KPI di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur lusa.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim memberitahu, Perdana Menteri dijadual mempengerusikan mesyuarat itu dan seterusnya membuat penilaian melalui panduan perunding dan Jabatan Perdana Menteri sendiri. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Esok? bagus juga. KPI Menteri akan diukur dan sewajarnya diumumkan atau setidaknya rombakan dibuat serta merta bagi menteri yang KPInya tidaak mencakap standard yang ditetapkan.
Berdasarkan pemerhatian PG, KPI beberapa menteri adalah seperti berikut :
DS Najib ": Amat baik dan boleh ditingkatkan. Tetapi jangan terlalu liberal. Ada perkara yang perlu kita tegaskan dan patuh pada perlembagaan.
Tan Sri Muhyiddin Yassin : Amat baik dan ada ketegasan. Kesetian dan ketegasannya amat dipuji.
3. Dato Seri Ong Tee Keat : Gagal. Lebih baik tendang aje dia keluar. Cakap pun tak pandai kerja nya lagi teruk. Menteri Pengangkutan tetapi dah banyak kali melawat pasar sentul dan pasar borong Selayang. Boleh blah.
4. Dato Koh Tsu Koon : Gagal. Asyik suroh orang minta maaf sahaja. Kerja slow. Terpaksa dibatu oleh Dato Idris Jala , jika tidak KPI pun tak jalan. Persepsi umum melihatnya hanya makan kaji buta sahaja.
5. Dato Zahid Hamidi : Kira OKlah. Tapi asyik cakap nak tukar kapal terbang aje. Tak ada kerja lain. Ada apa-apa ke?
6. Dato Sharizat Jalil : Masih ada dalam kabinet ke. Dia ni masih Menteri ke? Tak ada pun tak apa. Rasa ada tapi tiada. Rasa tiada dan memang tiada pun...
7. Dato jamil Baharum : Sebagai orang baru kira OK dan boleh dikekalkan sebagai Menteri . Menteri ini perlu dihantar ke BTN atau INTAN bagi mengasah gigi beliau agar lebih tajam dan tegas. Juga mulut dia perlu diasah dengan emas sepuloh agar boleh bercakap sikit. Kira oklah. ( kena asah macam burung tiong agar boleh bercakap ).
8. Liow Tiong Lai : Amat baik dan perlu dikekalkan. Nampak lebih menonjol selepas berkrisi dengan bosnya , Ong Tee Keat.
9. Menteri Wilayah : Kemetot. Nama pun orang tak ingat sebab beliau muncul dan bersuara serta muka mula berpeluh dan senyum sumbing bila PM buat lawatan mengejut. Kemudian hilang. Dia ini perlu masuk kelas tuisyen atau diajar public speaking,
10. Dato Hishamuddin : Banyak sangat amaran, amaran. Perlu lebih tegas dan pastas bertindak. Kira ok lah juga.
11. Dato Rais Yatim : Amat baik. Dia ni patut diletak di Kementerian Dalam negeri . Kalau dikementerian Dalam negeri, beruk-beruk yang mempersoalkan hak istimewa orang Melayu, Agama islam ( termasuk yang pertikai dana pembinaan masjid ) serta mereka yang nak sangat membawa balik bapak komunis tu: akan berkumpul beramailah di dalam Kem Tahanan Kemunting. Aman sikit Malaysia ini. Beruk-beruk ini nampaknya dah makin besar kepala sangat.
12. Dato Idris Jala : Diam sangat. Perlu dihantar ke Intan untuk kursus Public speaking kot. Kerja PG percaya amat baik. Mungkin sibok sikit kerana terpaksa melapur dan membantu menteri yang paling lembab ( tetapi terpaksa dilantik menteri kerana menjadi ketua parti ) iaitu Koh Tsu Koon.
13. Sahzzriman : Kerja Raya. Kira OK.
14. Ismail Sabri. OK.
15. Saberi Chik : Letih dah lihat dia ni. Dok di Kemeterian penerangan pun slow. Di Kementerian sukan pun ............hmmmm buat habis ke beras aje. Tiada sebarang kemajuan. Baik PM turunkan aje kelas nya. Jadi MP aje cukuplah.
16 . Nazri Aziz : Mulut tiada insuran. Juga makan gaji buta. KPI gagal.
17. Mashitah : Menteri ke Tim. Menteri ke . Entah. Ini bukan baik jadi rakyat biasa udahlah. Liabiliti kepada PM aje. Menyampah melihatnya pun
Dengan lain perkataan , beberapa Menteri wajib digugurkan seperti Koh Tsu Koon dan Ong Tee Keat ( susah juga sebab dia ni ketua parti. ) atau ditukarkan kementerianya. PM sepatutnya mengenengahkan Dato Idris Jala dan beberapa Menteri seperti Dato Rais Yatim dan juga beberapa MP lain yang lebih muda dan bertenaga bagi menterjemahkan aspirasi PM menjadi nyata. Sharizat tu baik dok rumah udah le. Lantik le orang lain. Kementerian ini adalah kementerian yang amat penting . Tetapi dalam keadaan sekarang amat terkebelakang dari segi prestasinya.
Satu lagi nak tambah : Dengar cerita Khary Jamaluddin akan dilantik sebagai Tim Menteri ? Tak usah le. Buat semak dan liabiliti kepada PM daan kerajaan aje. Biarlah KJ kekal dikeadaan sekarang. Tiada langsung dalam politik laagi baik.
Kepada DS Najib : Perlu tegas dengan KPI dan jangan jadikan KPI , satu lagi perkara yang boleh dipermainkan oleh Menteri-Menteri. Laksanakan dengan tegas.
SEDAP BETUL LU PUNYA GOMEN...tapi ketegasan perlu bila jadi ketua agar stabil keadannya. Puak PAS bila lagi buat KPI...komen org memang sedap....PG bolehlah buat nilai kerja YB PAS dan semua PR agar kita tahu prsetasi puak Hampas ni...bye.
ReplyDelete