Malaysiakini
DAP Kedah memutuskan untuk keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star.Sebelum itu, pada jam 3.30 petang petugas Majlis Bandaraya Alor Star menjalankan operasi merobohkan pusat penyembelihan tersebut.Berikutan itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su dan penyokongnya cuba menghalang operasi tersebut tetapi tidak berjaya. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Beginilah yang terjadi sekiranya dasar perkahwinan hanya berdasarkan kepada cinta yang buta. Cinta hanya kepada fizikal seseorang bukan kepada roh dan semangatnya.
2. Cinta itu hanya di mata. Mata kita ini penuh dengan syaitan. Nampak cantik maka katanya jatuh cinta. Wal hal bukan cinta tetapi nafsu.
3. Dalam prkahwinan ini yang mustahak ialah kasih sayang dan kesihan belas. Ini hanya ada di hati. Jika hati kita kata sayang maka itulah perkahwinan yang kekal.
4. Kekalnya satu-satu perkahwinan itu juga adalah kerana satu perkataan sahaja iaitu : " PERCAYA ". Kalau tidak ada kepercayaan maka terlerailah perkahwinan tersebut. Kita bukan pernah lihat Nabi Muhamad tetapi kita percaya. Maka pegangan kita kekal sehingga hari ini.
5. Dalam hal DAP di kedah dan PR seluruh negara, ia hanya perkahwinan syaitan. Bukan ada hala tuju dan niat kerana untuk agama, bangsa dan negara. Ia hanya perkahwinan berdasar untuk kepentingan peribadi, untuk jatuhkan UMNO dan mahu berkuasa sahaja dan agenda peribadi oleh beberapa orang pemimpin atasan. Bukan ikhlas. Jadi kesan akhirnya ialah: BERCERAI.
6. Perkahwinan PR hanya menunggu masa untuk terlerai. Tunggulah masa untuk mereka berpisah. Ini mungkin permulaannya.
TERKINI
MB Kedah serah kepada DAP Pusat
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, menyerahkan kepada DAP Pusat untuk menentukan tindakan DAP negeri ini keluar daripada Pakatan Rakyat. Katanya, beliau bersedia menerima keputusan itu jika DAP negeri ini mengatasi keputusan DAP Pusat.
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, menyerahkan kepada DAP Pusat untuk menentukan tindakan DAP negeri ini keluar daripada Pakatan Rakyat. Katanya, beliau bersedia menerima keputusan itu jika DAP negeri ini mengatasi keputusan DAP Pusat.
Beliau berkata, DAP Kedah tidak sepatutnya memutar belitkan isu perobohan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya, di sini dan mengaburi mata rakyat hanya untuk menutup kelemahan mereka sendiri.
"Saya tidak pernah mengarahkan premis itu dirobohkan, tetapi mereka yang minta tangguh selama sebulan. Saya layan dan bagi kerjasama. Saya minta mereka cari tempat baru dulu tapi mereka bohong selepas sebulan tidak ada apa-apa sekarang mereka kata hendak keluar...keluarlah kalau DAP Kedah mengatasi DAP Pusat.
"Saya serahkan Pas Pusat dan pimpinan Pakatan Rakyat Pusat untuk menentukan isu ini. Apa yang saya kesal mereka ini main politik apa...perbuatan ini seolah-olah mahu mengembalikan kerajaan Kedah kepada Barisan Nasional (BN). "Dulu masa kita bincang mengenai kerajaan perpaduan dengan Umno mereka kacau sekarang kita sepakat dalam Pakatan Rakyat pun mereka kacau," katanya. Berita lanjut : KLIK
bye bye dap..bleh blah bersama babi2 itu
ReplyDelete"Saya tidak pernah mengarahkan premis itu dirobohkan" Inilah kerap kali alasan MB nya memutar belit fakta..begitu juga dengan kes YB Arumugam yang senada saja alasannya.
ReplyDeleteSaya tidak pernah ! Saya tida Tahu ! dan berbagai... alasan...MBnya..akhirnya dia meminta bukti!!
Bagus PAS Kedah.. jangan jadi pak turut kerana politik.. Kalau ikut jalan Allah, rugi mana pun akan ada balasan yang amat besar di sebaliknya.
ReplyDeleteBegitulah DAP mengugut PAS dan PKR, DAP rasa parti dia sudah berkuasa sangat...... PAS pastikan anda mempertahankan akidah.......
ReplyDelete1. Walaupun terdapat perpecahan dikalangan pakatan rakyat..tetapi kita haruslah berwaspada disebabkan ini berkemungkinan salah satu taktik pakatan rakyat untuk mengabui pemikiran rakyat dimanik urai..berkemungkinan disebabkan ketiadaan isu mereka sengaja mewujudkan isu ini untuk memangcing undi orang melayu dengan menyatakan didalam kempen mereka bahawa PAS sanggup kehilangan rakan (DAP) demi untuk memertabatkan agama islam...tetapi bila habis pilihanraya mereka akan bercamtum kembali..so kena berhati-hati dengan permainan politik pakatan rakyat sebab mereka boleh melakukan apa sahaja demi untuk memancing undi.
ReplyDelete2. Berani ke PAS nak keluar daripada PR..kebanyak pemimpin mereka gilakan kuasa ....mana mereka berani keluar sebab sekali karpal singh sergah jee dah kecut teloq...