FOLLOWERS

Tuesday, 14 July 2009

EXCO SELANGOR DENGAN GENG 'UNDERGROUND" DAN AKTIVITI......


Dipetik dari blog : DEPA KATA


Kecoh juga jadinya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dengan dakwaan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong (PKR) di blognya, yang ada pejabat anggota EXCO tertentu di Selangor menjadi tempat perjumpaan dan mesyuarat mereka yang terlibat dengan perniagaan-perniagaan ‘underground’ (baca:haram)..

Maka melalaklah wakil-wakil rakyat DAP dalam sidang DUN Selangor berikutan dakwaan itu. Yang paling melompat ialah Ronnie Liu dan Teresa Kok. Depa berdua kata, Wee buat dakwaan itu sebab dendam lamanya pada DAP.

Tapi Wee nampaknya cool saja. Dalam posting terbarunya, Wee mempersoalkan kenapa Liu dan Teresa panas punggung terhadap dakwaannya. Baginya siapa makan cili dia yang rasa pedas. Di Selangor ada lagi EXCO dari PKR dan PAS, tetapi kenapa mereka tak melompat pun dengan dakwaan itu. Bagi Wee, sapa makan cili dia la rasa pedas.

Tapi betul ka Liu dan Taressa makan cili?

Aik, takkan parti setulus dan sesuci DAP ada kena-mengena dengan kerja-kerja haram kut. Tapi kalau betul ada, kita nak tahu, siapa dia?

Dan kita juga nak tengok apa Lim Kit Siang nak kata; kita tengok apa Karpal Singh nak komen sebab kita tau kalau dakwaan macam tu kena kat EXCO MCA atau Gerakan, belum apa-apa lagi depa gerenti menyalak...

Posted by jeanbara at 8:16 AM
Di bawah ini dipaparkan kenyataan Wee Choo Keong mengenai Ronnie Liu dan Teressa Kok tersebut.

Dipetik Dari blog :Wee Choo Keong
Member of Parliament for Wangsa Maju


Kenyataan saya dalam blog yang menyokong saranan YB Azmin Ali supaya diadakan pertukaran untuk exco Selangor adalah mudah dan jelas. Saya tidak pernah menyebut nama exco yang terlibat atau dari parti mana beliau berada. YB Ronnie Liew Liu melatah ke atas kenyaatan blog saya sama seperti YB Teresa Kok melatah di atas ucapan YB Azmin Ali semasa di Dewan Negeri Selangor yang mencadangkan supaya diadakan pertukaran untuk exco kerajaan negeri Selangor.

Kenyataan saya adalah berdasarkan ucapan balas kepada saranan YB Teresa Kok supaya memecat YB Azmin sebagai presiden Kelab Penyokong Kerajaan. Saya sangat terkejut kerana ucapan saya menyinggung YB Ronnie Liew Liu. Saya dapat memahami perasaan YB Teresa yang tidak berpuas hati dengan saya kerana saya telah menuduh beliau menggelarkan beliau sendiri sebagai ‘senior’ exco walaupun tidak ada terma didalam Perlembagaan Negeri Selangor untuk jawatan sedemikian. Tentu sekali beliau tidak membalas balik tuduhan saya itu.

Dalam memberi maklum balas kepada kenyataan awal saya, YB Ronnie Liew Liu menyatakan bahawa apa yang saya telah utarakan adalah kerana ‘dendam saya terhadap kepimpinan parti’ dan kerana saya telah keluar parti DAP. Untuk makluman semua, saya telah dipecat dari DAP pada 1998 atas alasan saya tidak menunjukkan kesetiaan kepada pucuk pimpinan.

Namun, peristiwa ini telah berlalu. YB Lim Kit Siang telah menyatakan di parlimen bahawa YB Lim Guan Eng, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saya dalah mangsa kepada ketidakadilan Barisan Nasional. Saya juga ada membuat kenyataan yang serupa di parlimen. Saya juga menyokong usul dan kenyataan dari ahli-ahli parlimen DAP termasuk YB Lim Kit Siang di parlimen. Saya gembira untuk menyatakan bahawa saya mempunyai hubungan yang baik dengan YB Lim Kit Siang dan ahli-ahli parliament DAP yang lain baik di dalam mahupun di luar parlimen

Oleh itu, alasan yang dihujah oleh YB Ronnie Liew Liu itu adalah amat tidak berasas sama sekali. Seandainya alasan YB Ronnie Liew Liu boleh diterima pakai, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri sebagai Ketua Pembangkang tidak layak untuk mengemukakan sebarang isu berkaitan BN kerana beliau adalah bekas Perdana Menteri yang telah dipecat daripada UMNO, sama seperti saya yang dipecat daripada DAP

Sepatutnya YB Ronnie Liew Liu tidak perlu untuk melatah dan marah dengan kenyataan saya kerana saya tidak menyebut nama beliau atau nama parti beliau. Tambahan pula, bukan hanya YB Ronnie Liew Liu seorang sahaja yang memegang jawatan ahli exco, ada lagi ahli exco yang lain daripada PKR dan PAS, dan mereka pula tidak langsung ‘terasa’ dengan kenyataan yang saya utarakan dua hari lepas. Perumpamaan yang paling sesuai saya berikan adalah SIAPA MAKAN CILI DIA TERASA PEDAS!

Saya mungkin tidak melawat pejabat ahli exco tersebut tetapi itu tidak bermakna yang saya tidak mengetahui apa yang telah berlaku di sana. Sama seperti polis, mereka tidak pernah melawat rumah tumpangan, rumah urut, pusat perjudian dan sebagainya. Tetapi mereka masih dapat mengetahui aktiviti yang berlaku berdasarkan maklumat yang diterima. Saya akan mendedahkan nama ahli exco yang terlibat pada masa yang sesuai kelak

Perhatian saya pada isu ini sebagai ahli Pakatan Rakyat dan Ahli Parlimen yang mahukan pakatan rakyat ini meneruskan ketelusan untuk berkhidmat kepada rakyat. Saya percaya YB Ronnie Liew Liu dan YB Teresa Kok juga berkongsi cita-cita yang sama.

Seperti YB Ronnie Liew Liu and YB Teresa Kok, saya juga mengalu-alukan siasatan daripada pihak polis atau mana-mana badan penguatkuasa ke atas isu ini dan saya berjanji akan memberi kerjasama sepenuhnya.


Penghuni Gua : PR kan pakatan bersih. Itulah yang disokong penuh oleh PAS tu. DAP dan PKR ini memperjuangkan islam. Sebab itu PAS sayang sangat. UMNO tak islam. UMNO sokong arak dan keluar lesen judi menurut Harun Taib ( lihat komen Ust ini mengenai UMNO hari ini ). DAP dan PKR tak luluskan. Mereka tak lulus lesen arak dan judi. Umno semuanya buat.

2. Butanya kau PAS. Kepada PR ; Inilah gambaran sebenar Pakatan anda. Semuanya Undergrounds. Kes Ronnie Liu pun tak habis lagi di mahkamah kerana melindungi pelacuran / menghalang penguatkuasa dari mengambil tindakan terhadap pusat hiburan dan pelacuran.

3. Bagus lah. Itu yang PAS sokong sangat DAP dan PKR ini. Itulah islam PAS.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR