Penghuni Gua : Dua pelajar yang ditangkap dan disyakki menconteng serta cubaan kianat dengan api bangunan UM baru-baru ini akan dibicarakan pada 7 - 11 Dis 2009. Bagus le. Lagi cepat lagi bagus.
2. Juga kepada pihak pentadbiran universiti Malaya, percepatkan tindakan penggantungan pengajian mereka ini. Tindakan penggantungan boleh dilakukan serta merta terhadap mereka di bawah AUKU semasa proses bicara sedang berjalan. Undang-undang harus dikuatkuasa dan ditegaskan kepada semua orang tanpa mengira statusnya.
3. Jika tindakan penggantungan tidak diambil , maka ini akan memberikan isyarat yang silap kepada pelajar lain bahawa mereka bebas belajar walaupun sedang menghadapi tuduhan di mahkamah. Dengan lain kata, mereka boleh menamatkan pengajian sebelum perbicaraan dan hukuman tamat dan dijatuhkan. Ini akan menggalakkan lagi mereka yang seperti 2 spesis ini untuk melakukan tindakan yang serupa di masa depan.
4. Laksanakan tindakan penggantungan serta merta seperti mana yang telah diambil oleh pihak UM dalam kes-kes lain seperti khalwat, bergaduh, perhimpunan haram. Jadi 2 spesis di atas tiada sebarang keistimewaan. Ini bukan menzalimi mereka, tetapi ia adalah undang-undang. Kuatkuasakan serta merta.
5. Jika dilewatkan atau tidak dilaksanakan pengantungan maka UM akan dilihat bodoh dan terus diperlekehkan di masa depan.
No comments:
Post a Comment