FOLLOWERS

Monday 6 July 2009

PAS PERSOAL LIBERISASI !


Penghuni Gua : Pembelit bersuara lagi. Walaupun PG tidak setuju sepenuhnya dasar liberisasi ekonomi tetapi apabila PAS membuat pertanyaan mengenai perkara di atas maka PG ingin memberikan jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan oleh PAS ini.

2. Pandangan PG sama dengan pandangan Dato A. Kadir Jasin ( KLIK ). Jadi mengenai persoalan yang dibangkitkan oleh PAS: Terjadi begini adalah kerana disebabkan PAS dan PR. PR yang memperjuangkan meritokrasi dan kesamarataan di Malaysia. PAS adalah penyokongnnya.
3. PAS perlu bertanya DAP dan PKR. Inilah pejuangnya. BN dan PM terpaksa mengikut arus ini bagi survivalnya. DAP dan PKR memang bersetuju dengaan dasar liberisasi ini. Ini kerana inilah yang dicanangkan oleh kedua parti DAP dan PAS ini.

4. Jadi betul atau tak betul penghapusan dasar ini pada PG senang sahaj. UMNO /BN terpaksa lakukan demi survival politik UMNO / BN. Jadi PR lah yang menjadi punca perubahan dasar ini. PR lah yang mengadu domba sehingga ada puak dan kumpulan yang naik minyak hingga menggugut kerajaan sehingga BN kehilangan sokongan kaum Cina dan India.

5. Jadi kepada PG, betul atau tak betul, PAS perlu tanya rakan dan teman tidurnya dari PR iaitu DAP dan PKR. Merekalah yang perjuangkannya. Mengapakah PAS bertanya kerajaan. Kalau berani , PAS persoalkan dan buat pertanyaan secara terbuka kepada DAP dan PKR tentang isu ini. Lihat bagaimana reaksinya.

6. Jawapannya PAS tidak akan berani membantah di parlimen pun mengenai isu ini kerana akan dibangkang oleh kedua rakannya dan rakannya ini akan meminta penjelasannya. PAS amat takut dengam DSAI dan Lim Kit Siang. Lihat sahaja, isu kerajaan perpaduan.

7. Dua spesis di atas datang meminta penjelasan TGHH , serta merta irama kerajaan perpaduan berubah dan PAS serta merta mengeluarkan arahan dan amaran kepada pemimpin dan pengikut, bahawa sesiapa sahaja yang membangkitkan mengenai kerajaan perpaduan akan dikenakan tindakan tatatertib.

8. Dengan lain perkataan, persoalan yang PAS bangkitkan ini: jawapannya ada kepada rakan kongsinya iaitu DAP dan PKR. Jangan tanya UMNO dan BN atau kerajaan.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR