FOLLOWERS

Tuesday 14 July 2009

PRK MANEK URAI : KEPUTUSAN RESMI PAS MENANG !


Sah : Keputusan Rasmi pilihanraya kecil Manek Urai : Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah telah memenangi nya dengan majoriti 65 undi.

2. Kepada YB Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah diucakan tahniah atas kemenangan tersebut.

3. Kepada BN , tahniah juga walaupun kalah tetapi ada fight. Baca isyarat dari pengundi. Ini satu permulaan yang baik kepada BN dan UMNO .

4. Kepada Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah , anda hanya ada masa lebih kurang 2 tahun sahaja. Jika tidak bekerja keras, maka jawatan YB tersebut mungkin terlepas dari genggaman. Kemenangan ini tipis sahaja. Jadi faham apa yang pengundi mahukan. Kepada YB ini juga , jadilah wakil rakyat yang berbeza dari Mat Sabu, Mahfud dan beberapa yang lain . Mereka ini penuh dengan fitnah, kata nista dan sebagainya. Anda jadilah diri anda.

5. Demokrasi masih tegak di Malaysia. Mujur juga tak ada hantu di Manek Urai. Sebut pun mereka tak berani. Tapi yang selalu sibuk bab hantu ni kebanyakkannya, PKR. Sebab mereka semua hantu termasuk yang menjadi hantu raya ialah.............DSAI.

6. Apapun. Tahniah YB Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah. Jawatan bukan kebanggaan tetapi satu amanah dan tanggunjawab.

Nota : PAS kalau nak menang di Manek Urai pada PRU13 , tentukan YB Abe Uji ditukar dengan yang berpelajaran. UMNO pula kalau nak menang di PRU 13, tentukan kekalkan Tuan Aziz sebagai calunnya. Jadi inilah analisis ringan tentang isyarat yang dihantar oleh pengundi manek Urai. Juga kepada BN, tentukan bina jambatan seperti mana dijanjikan walaupun BN kalah. Tak apa. Rakyat diutamakan. Segerakan pembinaannya.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR