FOLLOWERS

Wednesday 23 December 2009

BERIADAH DI KOLAM AIR PANAS BEMBAN JASIN !

Pada 16 Dis 2009 jam 9 malam , PG dan keluarga seramai 8 orang termasuk ibu mertua ( lumpuh ) telah ke kolam Air Panas Bemban, Jasin Melaka. Di Kolam ini PG dan keluarga mandi dan merendam kaki dalam kolam-kolam air panas yang disediakan mengikut kepanasan tertentu.

2. Bagi yang sakit ghaut, sakit ,kulit, banyak lemak dan lenguh-lenguh sendi serta yang sakit lumpuh / strok , bagus datang ke sini untuk beriadah dan merawat. Badan akan lebih segar dan banyak kebaikannnya.

3. Bagi kanak-kanak, disediakan beberapa kolam air suam yang sesuai untuk mereka. Puaslah mereka mandi. Bayaran yang dikenakan ialah RM 4 bagi dewasa dan kanak-kanak RM 2. Bagi yang menjadi ahli bayarannya ialah RM 2 dewasa dan RM 1 kanak-kanak. Kadang kala dapat tiket percuma untuk 5 orang lagi.

4. Masa operasi dari jam 9 pagi hingga 3 pagi setiap hari. Dicadang datang waktu malam le baru le sedap menikmati kehangatan air.

5. Perjalanan dari bandar Melaka hanya mengambil masa 15 ke 20 minit. Ada tanda jalan. Ikut sahaja.

6. Selamat beriadah . " Jika anda melawat Melaka , anda telah melawat Malaysia selurohnya ".

3 comments:

  1. haha. saya dpt rasakan yang tuan ni seorang ayah dan suami yang baik. =)

    ReplyDelete
  2. Ye Betul, Melawat Melaka seperti melawat Malaysia. Macam-macam ada.......
    Selalu ke Jasin tapi tak tau pulak ada kolam air panas.....hehehe

    ReplyDelete
  3. satu lagi ada di gadek. dua-dua tempat amat baik kemudahannya. kunjungilah

    ReplyDelete

PETA PELAYAR