FOLLOWERS

Thursday 24 December 2009

LIWAT DSAI : ASAS PENOLAKAN PERMOHONANNYA OLEH YAA HAKIM !


Utusan Malaysia

Anwar tidak boleh "pancing maklumat" daripada pendakwaan
24/12/2009 6:25pm


PUTRAJAYA 24 Dis. - Seseorang tertuduh yang menghadapi dakwaan jenayah tidak dibenarkan “memancing maklumat” kepunyaan pihak pendakwaan sebelum perbicaraan bermula.

Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu pada 6 November ketika membenarkan rayuan pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Tinggi supaya dokumen dan maklumat lain yang diminta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikut Seksyen 51 dan 51A Kanun Prosedur Jenayah dibekalkan untuk beliau menyediakan pembelaan terhadap tuduhan liwat terhadapnya.

Dalam penghakiman bertulis bertarikh 21 Disember yang diperoleh media hari ini, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Hasan Lah memutuskan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf ketika memerintahkan pendakwaan supaya membekalkan dokumen dan bahan berkenaan kepada Anwar.

Mahkamah Rayuan berkata, ia mentafsirkan dengan tegas Seksyen 51 kanun berkenaan dan mengehadkan kuasa budi bicaranya berhubung permohonan untuk memperoleh dokumen berkenaan di peringkat pra perbicaraan.

"Melainkan apa yang diperuntukkan mengikut Seksyen 51A kanun berkenaan, responden tidak berhak untuk memperoleh atau memeriksa keterangan atau bahan yang berada dalam pemilikan pendakwaan sebelum perbicaraan bermula,” kata Hakim Hasan.
- BERNAMA

Penghuni Gua : Itulah asas penolakkanya. Jadi kepada loyar burok di luar tu baca dan fahami dengan teliti. Jangan main serkap jarang aje. Sungai Buloh sudah lama menanti pengunjung ternama.

2. Akan tiba juga harinya. Sabarlah Saiful. Pelandok selalu lupa Jerat . Jerat tak pernah lupa pelandok. Sabarlah Saiful. Sabar.

4 comments:

  1. Jenis pemancing hebat..Kalau tidak masakan hasil pancingan terdiri dari lelaki dan perempuan..Kali ini mahkamah pun nak dipancingnya..

    ReplyDelete
  2. SLM BRO..DGN PENDAKWARAYA PUN DIA NK PANCING?..GILER KE PER DIA TU..DIA INGAT MAHKAMAH TU DIA YG PUNYE..PALOTAK DIA LAH HARKKKK PTUIHH!! KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  3. PG...... kenapa si Nuar takut sangat ni.... kata telah difitnah....... hadap sajalah... kah.kah..kah.. buah gading sudah terbayang di Sungai Buluh.....

    ReplyDelete
  4. Anwar akan mencuba segala helah utk melengah2kan perbicaraan. Dasar orang yg bersalah!

    ReplyDelete

PETA PELAYAR