FOLLOWERS

Sunday 6 December 2009

MAAFKAN TGNA : AWANG SELAMAT ! PG MAAFKAN !





Biarlah si luncai terjun dengan labunya. Itulah yang boleh Awang rumuskan daripada isu doa kemusnahan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat terhadap sesama Islam. Apabila disanggah dengan hujah yang merit mengikut landasan Islam, ada sahaja reaksi beliau yang tidak masuk akal. Adakalanya Awang simpati dengan Nik Aziz kerana beliau tidak lagi rasional dan amat keberatan memohon maaf biarpun melakukan kesilapan besar.

Tindakan Menteri Besar Kelantan itu mempertahankan doanya untuk memusnahkan orang yang seagama, mencerminkan beliau bukan ulama sebaliknya politikus yang memperalatkan agama untuk kepentingan politik. Ramai melihat beliau semakin riak, yang Awang juga sependapat.

Sebenarnya bukan kali pertama Nik Aziz berbuat demikian. Tetapi kali ini, ia lebih mendesak sebagai strategi untuk menutup banyak kepincangan dan isu-isu yang melibatkan integriti dan kronisme dalam pentadbiran kerajaan Pas Kelantan.

Isu tajaan haji oleh sebuah syarikat kepada Nik Aziz (yang kemudian dibatalkan setelah perkara itu didedahkan media), kes siasatan SPRM terhadap menantunya, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman dan perpecahan dalam Pas di negeri itu, semakin menyerlahkan kegagalan beliau. Presiden Pas, Hadi Awang berpendapat Nik Aziz mendapat nasihat yang salah berhubung pelantikan menantunya sebagai Ketua pengawai Eksekutif, Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Apa maknanya? Itu belum mengambil kira faktor tidak banyak perubahan di Kelantan di bawah kepimpinannya hampir 20 tahun. Beliau hanya banyak bergantung kepada nasihat dan tidak inovatif, demikian antara suara kritikan di kalangan ahli Pas.

Tidak hairan mengapa Nik Aziz menghadapi kritikan hebat daripada dalaman parti, yang keadaan itu tidak berlaku sebelum ini.

Ada beberapa pemimpin Pas sendiri secara senyap-senyap melihat Tok Guru itu sudah menjadi liabiliti kepada parti kerana semakin banyak melakukan kesilapan, yang memberi kesan kepada imej Pas di peringkat nasional.

Awang ingin bertanya berapa ramai pemimpin Pas yang tampil lantang mempertahankan Nik Aziz dalam isu-isu terbaru yang dihadapinya terutama tajaan haji dan isu menantunya? Kenapa mereka lebih banyak berdiam, mencetuskan persoalan. Bahkan ada yang terang-terang meragui beliau.

Sepatutnya Nik Aziz melihat ini sebagai isyarat penolakan terhadapnya namun beliau terus tenggelam dalam sindrom penafian. Seperti biasa, beliau 'mengugut' tidak mengampunkan mana-mana pihak yang mencetuskan masalah kepadanya sedangkan beliau sendiri adalah punca permasalahan.

Lalu Awang sekali lagi tertanya-tanya apakah beliau maksum dan tidak melakukan dosa. Tidakkah perbuatannya memperalatkan agama bagi isu tertentu tidak berdosa kepada umat Islam di negara ini selain mengelirukan bukan Islam? Begitu juga dengan percaturan politiknya yang mengekang kesatuan Islam biarpun ketika kedudukan umat Islam goyah. Apakah juga kegagalannya yang panjang dalam membawa kesejahteraan ekonomi lebih baik kepada penduduk Kelantan, boleh dibanggakan sedangkan pengurusan Islam berorientasikan kecemerlangan?

Awang tidak berhajat untuk mengulas panjang tentang soal pahala dan dosa. Awang bukan ulama tapi mahu mengajak seluruh umat Islam di negara ini bersama-sama memaafkan sebarang dosa dan kesilapan Nik Aziz. Atas nama Islam, sudah tentu juga kita harus mendoakan yang terbaik untuk beliau walaupun doanya mahu menjahanamkan orang lain. Sesungguhnya rintangan terhadap survival Islam juga boleh datang daripada mereka yang mendakwa diri ulama tetapi sebenarnya turut mensabatoj agama. Kajilah sejarah Islam.

Penghuni Gua : Sepanjang masa, PG memang maafkan TGNA atas keceluparannya. Dan PG doakan semuga Allah sedarkannya ( kalau sedar dihatinya pun sudah kira Alhamdulillah ) atas kesilapan dan keceluparan mulut dan kadangkala perbuatannnya.

2. TGNA pun bukan malaikat. TGNA bukan maksum. Jauh dari maksum pun. Tambahan jadi orang politik. Banyaklah kesilapan dan kesalahan yang dibuat. Semuga Allah merahmati dan memaafkan dan menyedarkan TGNA. Amin.

4 comments:

  1. kalau di pakistan...dah lama nik aziz kena bom sebab becakap semakin takbur dan buat hukum sendiri.

    ReplyDelete
  2. PG, TGNA ini sudah terlalu teruk riaknya...... macam mana pun kita berdoa agar TGNA terus diberi pertunjuk.....

    ReplyDelete
  3. TGNA,
    Tiada maaf bagi mu.

    ReplyDelete
  4. perpaduan orang melayu/islam macammana...
    kekeliruan umat islam macamana...
    betulkan dia dulu..dah insaf dan taubat baru boleh dmaafkan

    ReplyDelete

PETA PELAYAR