FOLLOWERS

Monday, 6 July 2009

BICARA PEMIMPIN PAS : DI DAKWA ADA CAMPUR TANGAN POLITIK




Penghuni Gua : Munafik ini memfitnah lagi. Bicara lambat salah, bicara cepat salah.

2. Bicara lambat dikatakan ada campurtangan politik juga contoh dalam isu MB Nizar di Perak. Dicerca YAA Hakim kerana lambat memberikan tarikh mendengar rayuan Nizar. Dalam kes ini , kes dipercepatkan, juga salah kerana dikatakan ada campurtangan politik . Dikatakan juga kerana ini bertujuan menggangu dan menghalang pemimpin ini ke Manek Urai bagi memberi bantuan kepada calun PAS.

3. Inlah fitnah terbaru munafik ini. mana buktinya tuduhan ini. Berikan buktinya. kalau boleh bukti mengikut cara islam / hudud. Takkan main tuduh sahaja. Neraka kita bila mengadap Allah nanti.

4. Tak ada kena mengena pilihanraya dengan penentuan tarikh perbicaraan Mahkamah. Mahkamah tak ambil peduli pun tentang PRK Manek Urai. Dipercepat dan diperlambatkan tarikh bicara ini semuanya atas budibicara mahkamah dan ia tiada kaitan dengan politik.

5. Lagi pun apalah sangat bantuan yang boleh diberikan oleh 4 pemimpin PAS ini di manek Urai. Dah puas dah pengundi dan rakyat Manek Urai mendengar berbagai kempen dan ceramah dari semua parti yang bertanding. Mereka hanya menunggu masa untuk mengundi sahaja.

6. Jadi kepada 4 pemimpin ini, jangan cari alasan lagi. Anda membuat onar dan melanggar undang-undang , anda beranilah menanggung akibatnya. Mengapa pula mahkamah perlu mengikut telunjuk anda bila sesuatu kes itu perlu dibicarakan. Jika tidak berpuashati atas tarikh tersebut, buat rayuan untuk pindaan tarikh berkenaan. Apa guna cakap dipentas politik? Ada saluran rayuan. Apa nak kepoh-kepaoh kalau kita sendiri bodoh dalam hal perundangan.

7. Atau pun kalau nak sangat ke Manek Urai , senang sahaja. Tiru sahaj cara nak tangguhkan kes dalam kes liwat DSAI. Peguam sakit . Anda berempat juga boleh repot sakit. tetapi ingat " tentukan ambil ubatnya, nyatakan apa sakitnya". Juga perlu ingat, sakit ini sehingga tak boleh berjalan. Jangan ambil cuti sakit tetapi berada di Manek Urai. Nahas le anda semua................

8. Kalau buat begitu, naya peguam anda nak menjawab kepada YAA Hakim. Jadi inilah sedikit sebanyak yang PG boleh ajar. Lama juga PG bergelumang di mahkamah. Macam-macam gelagat dan alasan boleh diberikan.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR