FOLLOWERS

Saturday 4 July 2009

DAP RASIS : MB KEDAH BARU TAHU !






Penghuni Gua : Kesian kepada MB Kedah dari PAS. Rupanya baru sekarang dia tahu DAP tu perkauman. Macam manalah nak perintah Malaysia macam ni. Lambat sangat nak memahami seseorang atau satu-satu parti itu perkauman atau tidak.

2. Untuk makluman Azizan ( MB PAS Kedah ), DAP tu bukan sahaja perkauman, tetapi amat menentang islam ini. Hudud apa lagi. Karpal dah cakap : langkah mayat nya dahulu baru hudud boleh dilaksanakan.

3. Tapi Nizar kata DAP tak perkauman, sebab itu dia boleh mogok lapar dengan YB-YB dari DAP. Berbuka bersama lagi.

4. Itu lah. bagus juga jadi begini. Mungkin Allah nak tunjukkan kuasanya dan menunjukkan balasannya kepada mereka yang munafik ini. Dua-dua parti ini pun munafik. Bagus le gitu. Mungkin dengan peristiwa dan petunjuk ini , PAS lebih sedar apa itu persaudaraan islam, prpaduan islam. Dah jelas DAP itu penentang islam secara totok, boleh tidor sebantal.

5. Takkan kerana YB Ngeh baca ayat suci dan Lim Guan Eng nak mencontohi Umar Abd Aziz, maka terus boleh bersekongkol dengan DAP. Si kafir baca ayat pun boleh terdengar laungan takbir. Dunia akhir zaman.

6. Nasib kau le Azizan. tapi kalau betul pun nak roboh kual dan tokong haram apa salahnya cakap betul pun. Dah memang haram. Atas tanah kerajaan. Di India dan di China dan di mana-mana negara pun , kena pohon kebenaran untuk membina rumah ibadat. Apatah lagi di Malaysia . Ia bagi menjaga keharmonian kaum. Perlu kebenaran. Yang tiada perlu diroboh. Ini pulak di dirikan bukan ditanah sendiri.

7. Tetapi fatwa sebelum ini dari pemimpin PAS, ialah UMNO tak beriman. Jadi layanlah DAP tu, merekakan parti beriman.....................................................

1 comment:

  1. salam bro,

    Yang beriya-iya sangat nak 'bersaudara' dengan DAP ni Pok Nik kita di pantai Timur tu. hehehe

    ReplyDelete

PETA PELAYAR