FOLLOWERS

Saturday 4 July 2009

GAYA PAS : TATATERTIB JIKA BINCANG UG : APE LE !




Penghuni Gua : Katanya demokrasi cara islam. Membangun bersama islam. Rupanya hipokrit juga. Mulut semua kena tutup.

2. PG lihat , lagi bagus UMNO / BN, amat terbuka untuk mengkritik pucuk pimpinan parti atau menyuarakan pendapat dan pandangan. Ini nak bercakap tentang perpaduan pun nak diambil tatatertib. Zalim lebih daripada parti kominis China lagi. PG rasakan di China sekarang lebih terbuka.

3. Nampak gayanya, semua pendapat pemimpin dan pengikut parti ini kena simpan segala isi hati, pandangan dan pendapat serta kritikan di dalam jubah dan serban mereka. Lepas itu nampak gayanya lagi banyak le tanda masing-masing di dahi kerana menahan perasaan.

4. Kesian jugak sesekali melihat mereka ini. Tetapi memang dasar Parti dan pemimpin parti ini, mahu pengikut dan pemimpin bawahan mengikut pendapat ulamak sepenuhnya. Merekakan orang beriman dan kekasih Allah serta sahabat nabi-nabi. Mungkin ini juga fatwa terbaru mereka kot mengikut islam.

5. Membangunlah anda bersama islam. Tetapi yang PG faham , islam tu keterbukaan terutama dalam isu sebegini. Kecuali yang ditutup dan tak boleh diubah perkara-perkara dasar seperti Rukun Islam dan Rukun Iman. Kalau sentuh kedua perkara dasar ini baru le sesat. Ini , hal perpaduan ummah pun nak dibincang diancam dengan tindakan tatatertib. Masyallah.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR